Alam Remaja

22 3 0
                                    

"Eh,Itsukiiiiiiiii !"
suara kedengaran datang dari belakang aku.Aku pun menoleh ke belakang untuk melihat gerangan yang memanggil nama aku.Rupanya,dia adalah Hattori,rakan satu sekolah semasa sekolah rendah.Panjang barisan teratur dihadapan meja tempat pendaftaran kemasukan murid tingkatan satu Sekolah Menengah Fujiku."Eh,Hattori....." jawabku sambil menjabat tangan yang dihulurkannya."Kau kelas mana?Aku kelas 1-C." tanya si Hattori.Aku pun dah lupa aku kelas apa,dahlah aku datang pendaftaran sengsorang je.Mak bapak aku sibuk berniaga sampaikan tak dapat nak teman aku.

"Aku lupa lah aku kelas mana,tak silap aku 1-A kot"

"Boleh tak kau teman aku pergi tengok nama aku kat papan dekat lobi sekolah tu?" pinta aku pada Hattori.

"Kelas 1-A" hasil 3A 2B 1C UPSR di sekolah rendah aku dahulu."Eh kejap,apesal ada 4 orang je siak lelaki kelas kau ?" tanya Hattori dengan kelirunya.Aku pun macam tak percaya boleh ada 4 orang je lelaki kat kelas aku.Macam macam lah sekolah petak ni.Maklumlah cermin mata pengetua pun petak macam sekolah dia.

Selesai sahaja sesi pendaftaran yang diadakan tadi,kami dikumpulkan di dewan untuk Program Orientasi Tingkatan 1.Satu persatu guru memperkenalkan diri masing-masing supaya kami senang nak "identify" mereka.Seterusnya,makluman tentang peraturan sekolah disampaikan oleh Cikgu Tanaka,guru disiplin di sekolah itu.Macam yang aku cakap,kasut sukan tak boleh pakai walaupun pada hari yang mempunyai matapelajaran sukan.Inilah ragam sekolah petak ni.

Dikatakan selepas Cikgu Tanaka selesai berucap,akan ada pendatang luar memberi ucapan motivasi untuk kami,tetapi sudah 10 minit selepas habis ucapan cikgu tadi kami tunggu,tak sampai-sampai jugak.Agaknya dia jalan pejam celik pejam celik macam aku cakap kat prologue.Tiba-tiba seorang wanita naik ke pentas dan berkata "Sementara kita tunggu penceramah luar tu sampai,cikgu nak seseorang naik atas ni buat persembahan."

"Tak kisahlah nyanyi ke,buat lawak hambar ke" sambung cikgu yang bertag nama "Futaba".

"Haa,kamu!" kata cikgu sambil menuding jarinya pada Hattori yang sedang duduk di hadapanku.Hattori pun lantas bangun tetapi dia seperti nak tak nak naik ke pentas itu.

"Aku nak nyanyi lagu apa doh ?"

"Nyanyi jelah lagu Dirgahayu,lagu Faizal dengan Dato' Liza tu"

"Siapa nak nyanyi part Dato' Liza tu giler ?" tanya Hattori dengan gementarnya.

"Kau lah" jawab aku dengan selamba-derknya.

"Eh kau ni kalau kene sepak dengan aku sia sia je kau hidup" marah dia sambil gelak sendu.

Dia pun mengambil keputusan untuk menyanyikan lagu "Gemuruh" nyanyian Faizal,penyanyi yang popular pada zaman itu.Dengan confidentnya dia nyanyi dari awal sampai habis.Semua bersorak untuk dia kerana keyakinan dan keberanian yang ditonjolkan dia.Aku pun bangga dengan kelebihan yang ada pada dia.

Tengah seronok memekak tiba-tiba penceramah luar tu sampai.Kitorang hadam satu satu perkara yang diucapkan oleh dia.Selesai sahaja program orientasi itu kami diarahkan untuk beratur mengikut kelas yang ditetapkan.Cikgu berasa amat hairan melihat aku dan tiga orang lelaki sahaja yang beratur di barisan paling hujung.Cikgu pun memindahkan beberapa orang murid untuk masuk kelas aku supaya semua bilangan murid bagi setiap kelas sama rata.Aku perhatikan sorang sorang yang pundah masuk kelas aku.Tiber nama Hattori kena panggil.Memang happy iler ah bila dapat tau Hattori sama kelas dengan aku yeay ahahahahaha.

[BERSAMBUNG]

stay tuned for next chapter yea gais !

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 23, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Capailah TangankuWhere stories live. Discover now