EPISOD 09

20.5K 883 10
                                    

"Hah! Penat!" Putri menjerit kecil lalu tubuhnya dihempas ke atas sofa diruang tamu. Penat habis tubuh dia. Sendi-sendi dia pun rasa longgar dah.

"Dah call bagitahu mak kau belum? Kang risau pula dia." Soal Amellyn sebaik saja punggungnya dijatuhkan pada sofa berhadapan dengan Putri. Gugusan kunci diletakkan di atas meja kaca dihadapannya.

"Ah. Lupa pula." Balas Putri seraya tubuhnya ditegakkan. Telefon bimbit miliknya dari dalam bag tangannya dikeluarkan sebelum no si ibu di dail.

Tak lama menunggu, panggilan dah dijawab.

Amellyn yang melihat Putri mula ralit berbual dengan Puan Habsah terus punggungnya diangkat dari sofa. Tangannya memberi isyarat kepada Putri bahawa dia ingin ke atas dimana biliknya terletak.

Putri membalas dengan anggukan kecil sebelum tubuhnya kembali direbahkan pada sofa.

Amellyn Natasya mengangkut bagasi kecil miliknya mendaki anak tangga perlahan-lahan. Dia pun turut penat. Nak-nak tadi berejam tunggu dekat tol Gombak. Lagi lenguh kaki dia.

Masuk saja ke dalam biliknya, Amellyn meletakkan bagasi tadi betul-betul bersebekahan dengan almari pakaiannya. Kakinya perlahan-lahan menapak ke arah katl di tengah ruang bilik sebelum tubuhnya dihempas ke atas katil tersebut dengan kaki yang terjuntai ke bawah.

Tangan kanannya diletakkan di atas perutnya. Beberapa minit kemudian tangannya mengusap lembut permukaan perut miliknya.

"Alhamdulillah anak mama selamat." Bisik Amellyn perlahan. Bibirnya mengukir senyuman lebar dengan mata yang terpejam erat.

"Eh! Belum solat Isyak!" Marah Amellyn. Pipinya ditepuk beberapa kali sebelum dia mengubah posisi tubuhnya kepada duduk. Kedua-dua tangannya ditongkatkan kebelakang. Kepalanya disengetkan ke kiri dan ke kanan, cuba membetulkan urat lehernya.

Nafas ditarik dalam sebelum dihembus perlahan-lahan.

Kakinya menapak mendekati meja solek bersebelahan dengan cermin tinggi di sudut bilik.

Satu persatu pin tudung dibuka dan diletakkan di dalam bekas khas. Nanti hilang. Tahu-tahu jelah orang perempuan macam mana kalau dengan pin tudung. Beli banyak-banyak, tahu-tahu hilang.

Tudung bawal miliknya diletakkan di dalam bakul baju bersebelahan dengan bilik mandi sebelum dia menapak masuk ke dalam bilik mandi. Tuala dah ada dalam bilik mandi.








"Weh Ell."

Amellyn Natasya berpaling ke arah pintu bilik. Putri sedang mengintai. Hanya ada kepala yang menjenguk disebalik pintu.

"Apa?" Soal Amellyn. Telekungnya dibuka lalu dilipat kemas. Diikuti dengan kain.

"Barang dapur dah habis. Malam ni pun aku ingat nak order luar." Balas Putri sambil melangkah masuk ke dalam bilik Amellyn. Cantik dan kemas.

Bau pun macam Amellyn dah.

"Esoklah kita pergi beli. Barang aku pun banyak habis dah ni." Ujar Amellyn. Dia hanya memerhati tindak-tanduk Putri dari dalam cermin tinggi dihadapannya. Santai terbaring atas katil orang.

"Eh. Kau nak pergi mana sarung tudung bagai?" Soal Putri pelik. Anak matanya turun naik memandang Amellyn yang sudah siap menyarung tudung sarung hitam dikepala itu.

"Keluar makanlah. Kau taknak makan ke?" Balas Amellyn. Bahagian depan tudungnya dibaiki sebelum dia menapak keluar dari biliknya. Sempat bag dompet dan telefon miliknya disambar.

"Eh tunggu aku!" Jerit Putri. Laju saja kakinya berlari keluar dari bilik Amellyn dan masuk ke dalam biliknya. Tangannya menyambar tudung yang tergantung di belakang pintu. Bag dompet dan telefon dah ada dekat bawah.

Laju kakinya melangkah menuruni anak tangga. Sampai saja di ruang tamu bibirnya terus memuncung geram. Elok saja Amellyn duduk bersantai dekat ruang tamu sambil main fon.

"Cepat lah. Tadi nak cepat sangat." Ujar Putri sambil menapak mendekari pintu rumah.

"Eh laju." Perli Amellyn.

Putri mendecit kecil sambil matanya menjeling tajam ke arah Amellyn Natasya yang baru melangkah keluar dari rumah. Pintu grill ditutup rapat sebelum dikunci.

"Kau drive." Arah Putri sebelum tubuhnya masuk ke dalam perut kereta milik Amellyn. Amellyn Natasya mengeluh kecil sebelum tubuhnya turut masuk ke dalam perut kereta.

"Eh esok kau kerjakan? Mesti jumpa dengan Rykal kan? Nak minta tolong boleh tak?" Bertalu-talu dia menyoal Amellyn yang sedang menghidupkan enjin kereta itu.

"Apa dia?" Soal Amellyn bernada bosan.

"Kirimkan salam sayang untuk Rykal. Bagitahu dia nanti auntie princess bawa dia jalan-jalan lagi." Balas Putri teruja.

"Ouh dan... bagitahu dia aku nak bawa dia jalan-jalan berdua saja. Mama dengan mummy Ila dia tak boleh ikut." Sambung Putri dengan senyuman lebarnya.

Amellyn hanya memandang sekilas sebelum hujung bibirnya naik sedikit, senyum sinis. Menyampah betul dengan Putri.








"Mama!" Jerit Rykal teruja apabila sosok tubuh Amellyn yang tersarung dengan kot putih doctor melangkah mendekati kaunter. Terus Rykal melompat turun dari kerusi yang didudukinya tadi lalu berlari pantas ke arah Amellyn.

"Rykal rindu mama!" Jerit Rykal teruja. Tubuh Amellyn dipeluk erat.

Amellyn menarik tangan kecil milik Rykal ke arah susunan kerusi di tepi dinding. Kesian orang nak lalu lalang kalau dia dengan Rykal buat jejak kasih dekat tengah jalan.

"Rykal dah makan sarapan belum?" Soal Amellyn sambil membetulkan rambut kusut milik Rykal.

"Dah! Mummy Ila bawa nasi lemak ayam goreng!" Balas Rykal teruja. Dah lama dia tak jumpa dengan mama dia yang satu ni. Rindu tak dapat ditahan dah.

"Iya? Sedap tak mummy Ila masak?" Soal Amellyn lagi.

"Sedap!" Rykal mengangguk laju.

Amellyn Natasya tergelak kecil dengan reaksi yang diberikan oleh anak kecil itu. Tangannya perlahan-lahan mengusap lembut rambut lebat milik Rykal.

"Ah.. auntie princess pesan, nanti dia nak bawa Rykal jalan-jalan." Ujar Amellyn Natasya saat teringat akan pesanan Putri semalam. Gedik je perempuan tu.

Melihat senyuman Rykal yang semakin melebar itu membuatkan Amellyn sekali lagi tergelak kecil. Rambut lebat Rykal dikusutkan kasar.

"Dah. Mama nak jumpa pesakit. Nanti mama rehat mama jumpa Rykal lagi." Sambung Amellyn Natasya seraya punggungnya diangkat dari permukaan kerusi. Rykal mencebik kecil sambil kepalanya mengangguk faham.

"Rykal jangan ganggu akak nurse. Rykal duduk je dekat dalam bilik Rykal. Nanti doctor nak check Rykal tapi Rykal tak ada. Rykal nak duduk sini lama lagi ke?" Sempat Amellyn berpesan.

"Tak nak. Dekat sini bosan." Balas Rykal mengeleng laju. Dia tak nak duduk sini. Bosan. Tak ada kawan.

"Jadinya Rykal kena duduk dalam bilik je. Jangan pergi mana-mana. Nanti mama dating." Puncak kepala Rykal ditepuk lembut sebelum Amellyn melangkah pergi.

Esok lusa Rykal dah boleh keluar. Tapi tak tahu lagi nak bagi dia duduk dekat mana. Anak lelaki itu dah tak ada sesiapa. Kena bincang dengan Suhaila ni.

AMELLYN RAYDENWhere stories live. Discover now