BAB 30

3.6K 139 2
                                    

Nia mengetuk pintu rumah Wan Deejah disertakan salam. Tak ada orang sangat dah. Cuma ada beberapa orang kawan Wana sahaja di dalam. Langkah diatur ke dalam sambil memapah Farish apabila salamnya dijawab.

"Eh? Sejak bila Farhan bertongkat?" Andi kerutkan dahi. Terkejut melihat penampilan Farish yang disangka Farhan.

Farish lorek senyuman lebar membuatkan mereka terkedu. Pertama kali tengok 'Farhan' tersenyum lebar. Itulah yang difikirkan oleh mereka.

"Bakal adik ipar saya tak kurangnya cantik. Selamat berkenalan Wana," tutur Farish.

Insyirah dan Dianne ternganga.

"Bakal adik ipar? Sekejap! Kau Farhan ke bukan?" tanya Danish. Pening pula dia. Takkanlah Farhan yang pendiam tu tiba-tiba buat drama? Buang tabiat!

Farish ketawa kecil.

"Aku Farish, kembar Farhan. Farhan tak dapat datang sebab kerja."

"Kembar Encik Farhan.... Encik Farhan ada bagitahu. Tak sangka pula seiras sangat." Wana ukir senyuman manis. Dia berjalan menghampiri sofa lalu bantal segi empat tepat yang berselerak dikemaskan.

"Encik duduklah," pelawa Wana. Farish menurut. Nampaknya, betullah kata Arshad bahawa Wana seorang yang sopan dan lembut. Daripada cara Wana bercakap dan tingkahnya pun dah boleh tahu.

"Saya Adriq, kawan Wana." Adriq hulur tangan ingin berjabat. Farish senyum dan menyambut huluran tangan itu.

"Patut ke kita salam juga?" tanya Danish separa berbisik.

Andi buat muka. Adriq dah salam tu salam sajalah! Tanya lagi. Sepak kang!

"Pergi kenalkan diri." Bahu Danish, Andi tolak. Lelaki itu juih bibir sebelum menghampiri Farish.

"Saya Danish, kawan Wana juga."

"Andi." Andi hulur tangan setelah Danish selesai berjabat tangan.

"Aku macam pernah tengok kau. Kita kenal ke?" tanya Insyirah seraya memandang ke arah Nia.

"Kau pernah sekolah dekat Kelantan?" tanya Dianne pula. Dia pun rasa macam pernah tengok rupa Nia.

"Pernah, tapi sekejap je." Jawab Nia.

"Pelajar paling cemerlang tingkatan lima, Arshania Qisra." Danish berpeluk tubuh. Macam mana dia boleh tak ingat bila cikgu asyik sebut nama tu? Mentang-mentang dia selalu gagal bahasa inggeris. Terus menempel nama tu dekat otak.

"Macam mana awak kenal?" Dianne sepetkan mata. Dia turut berpeluk tubuh.

"Jangan salah faham. Cikgu asyik sebut nama dia sebab aku gagal bahasa inggeris. Memang terus lekat dekat otak muka dan nama dia masa tu." Ujar Danish.

Dianne toleh ke arah lain. Acah merajuk sekejap. Pandai-pandailah Danish pujuk nanti.

"Farhan dah bagitahu dia tak dapat datang?" soal Farish.

"Ada. Em encik nak makan apa-apa atau nak minum? Saya tolong ambilkan."

"Tak ada. Saya dah makan."

"Weh! Farish! Lama tak nampak!" Sergah Qisya. Di sisinya, Syah memegang beg kerja. Semalam dia terpaksa bermalam di hospital kerana menggantikan syif kawannya. Petang seperti ini barulah dia dapat pulang.

"Kau memang tak berubah dari dulu. Bergaduh lagi dengan Syah?"

"Bergaduh tu penambah rasa cinta," tutur Syah lalu dia ketawa.

Tidak semena-mena bahunya ditampar Qisya.

"Gedik! Makin lama makin tak betul perangainya." Qisya duduk di atas salah satu tempat duduk yang kosong. Penat tak terkata. Malam ini lenalah dia tidur. Dah ada suami sekarang, boleh suruh suami urutkan bahu. Pergh!

TAKDIR DIATempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang