BAB 36

3.4K 134 9
                                    

Susuk tubuh berpakaian putih menyapa pandangan mata. Wana kerutkan dahi. Dari belakang, susuk tubuh itu terlihat sangat dikenalinya.

Kaki cuba dihayun mendekat, namun langkahnya seolah-olah tiada. Gerangan itu masih jauh walaupun dia berlari ke situ.

Wana mengah. Dia keliru. Apa yang sedang berlaku? Kenapa dia tak boleh menghampiri gerangan itu walhal gerangan itu langsung tidak bergerak? Tidak kira selaju mana dia berlari, gerangan itu masih jauh seperti asal.

"Haris!" Sebaris nama dilaung kuat.

"Haris!" Wana memanggil sekali lagi. Kali ini, gerangan itu berpaling ke arahnya.

Wana melorek senyuman lebar. Gembira tidak terkata apabila gerangan yang dipanggilnya itu benar-benar Haris.

Bang!

Bahu terhinjut saat satu tembakan dilepas ke dada Haris. Mata membuntang luas. Cecair merah pekat mencemari pakaian putih lelaki itu.

"Haris!" Jerit Wana. Dia cuba berlari lagi, namun jarak mereka masih kekal sama. Air mata mula menuruni tubir mata.

"Kau tak layak bahagia," satu suara yang sudah lama tidak didengar kedengaran.

Dada Wana berombak kencang. Perlahan-lahan kepala ditoleh ke belakang. Air liur ditelan melihat Ikmal mengacukan pistol ke arahnya.

"Kau tak layak hidup Wana," suara Arifah pula kedengaran.

Wana semakin takut. Kaki terundur beberapa langkah. Dia mahu lari daripada Arifah dan Ikmal.

Saat kaki tersepak sesuatu, Wana jatuh terduduk. Gugup dirinya memandang susuk tubuh berdarah Haris. Bahu Haris disentuh dan digoncang, mengharap lelaki itu akan bangun.

“Haris.... Haris! Bangun Haris!”

Hilaian tawa Arifah dan Ikmal mengejutkannya. Kepala dikalih memandang ke arah mereka.

“Awak nak saya bangun, Wana? Tapi awak yang buat mata saya tertutup selamanya.”

Satu suara kedengaran dari arah kanan. Wana menoleh ke tepi. Riak wajahnya jelas tidak percaya dengan apa yang dilihat. Kalau Haris di sana, siapa di hadapannya? Bukan ke Haris ditembak tadi?

Air mata setitik jatuh ke bawah apabila dia menunduk. Mulut ternganga kecil saat wajah Farhan menyapa pandangan mata. Hidung dan mulut lelaki itu berdarah.

“Wana...” panggil Farhan. Dia terbatuk kecil sambil tangan cuba menyentuh pipi. Namun belum sempat sampai, tangan itu jatuh longlai ke bawah.

“Farhan!”

“Wana....” Farhan kerutkan dahi. Entah apa yang dimimpikan oleh Wana sehingga berpeluh sakan walhal bilik mereka sejuk dengan penyaman udara.

Dahi Wana dilap menggunakan jari jemari. Kemudian rambut Wana dibelai lembut. Melihat Wana membuka mata, Farhan lorek senyuman nipis.

“Farhan,” panggil Wana. Gugup mata memandang seraut wajah suaminya itu.

“Hm. Mimpi buruk?”

Soalan Farhan dibalas anggukan.

Bunyi letupan kuat membuatkan Wana tersentak. Laju dia memeluk tubuh Farhan. Risau sungguh apa yang berlaku di dalam mimpi benar-benar terjadi.

Telapak tangan meraba belakang badan Farhan, mencari jika ada sebarang kecederaan. Dia takut walaupun itu hanya mainan mimpi. Bagaimana perkara itu boleh terjadi sedangkan Arifah, Ikmal dan Haris sudah tiada?

“Farhan tak apa-apa, kan? Tak luka?” Tanya Wana seraya melepaskan tautan pelukan. Bahagian dada Farhan pula disentuh. Tiada luka berdarah pun.

“Farhan tak apa-apa. Wana mimpi apa sampai jadi macam ni?”

TAKDIR DIATempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang