"Awal kau sampai hari ni Chan"tegur Hansol yang baru tiba di kelas.
"Aku tak boleh tidolah.Nightmare"Chan membalas singkat.Dia amat bimbang jika perkara tadi akan terjadi.Entah kenapa dia rasa mimpi tu macam betul.
"Nightmare?Semalam kau tengok citer hantu ke?"Hansol menyoal lagi.Setahu dia,Chan ni jarang sangat layan cerita hantu kalau sensorang.
"Taklah.Mungkin semalam aku tak basuh kaki dulu kut"Hansol hanya mengangguk mendengarnya.
Sesi pembelajaran bermula.Chan tidak dapat fokus kerana hal tadi.Perasaannya meronta ronta untuk bertemu Seungcheol. Cukuplah sekadar melihat hyungnya itu hadir ke sekolah.
"Kringg!"
Chan bingkas bangun setelah guru sudah keluar.Diheretnya Seungkwan dan Hansol yang sedang berbual.
"Eh nak heret aku pergi mana ni?" Seungkwan bingung dengan Chan yang nampak cemas.
"Kajja pergi kantin!"Chan terus mengheret mereka keluar dari kelas.
"Sabarlah nak!"Hansol hampir jatuh tersungkur sebab tersepak meja.Kesian kau bang.
Mereka berjalan laju ke kantin terutama sekali Chan.Habis pelajar lain dipintasnya.
"Kau nak pergi kantin lelaju apesal?Tak breakfast ke kat rumah tadi?"Chan hanya mengabaikan soalan Seungkwan. Dia kini sabar menunggu kelibat hyung tertuanya muncul.
"Auch kena palau!"Seungkwan memegang dadanya.
Chan,Hansol dan Seungkwan memang akan rehat di kantin bersama 10 orang hyung yang lain sejak tahun pertama mereka masuk ke sekolah tu.
Macam mana 3 orang budak ni rapat dengan sunbaenim diorang?Sila tanya tuan punya bodi.
"Weh korang!"
Chan segera mengalihakan pandangan ke arah Wonwoo dan Mingyu yang berlari ke arah mereka.
"Ada apa hyung?"tanya Chan cemas. Dahla cemas pasal Seungcheol tak habis lagi,ni cemas pulak sebab tengok Mingyu macam tak cukup oksigen berlari.
"Seungcheol hyung pengsan!"Mingyu yang baru sahaja terduduk letih di bangku meja tersebut memberitahu.
"Mwo?!"Chan berdiri.Begitu juga dengan Hansol dan Seungkwan.
"Kenapa boleh jadi macam tu?Seungcheol hyung okey tak sekarang ni?"Hansol menggoncang badan Wonwoo yang baru je melepaskan karbon dioksida dan menyedut oksigen.
"Seungcheol hyung tak sedar lagi"jawab Wonwoo agak mengah.
"Chan nak pergi kat Seungcheol hyung!"
"Kajja!"Wonwoo dan Mingyu segera bergerak ke bilik rawatan bersama Chan.
"Tunggulah kitorang!Cepatlah Kwan!"
"Ish sabolah!"Seungkwan yang sedang mengikat tali kasut itu berdecit.
Dia tak tahu ke kalau biar tali kasut terbuka masa berjalan tu bahaya?Kang tak pepasal dia pulak yang pengsan sebab jatuh terpijak tali kasut.
YOU ARE READING
[ C ] dream ⦂ 𝙡𝙚𝙚 𝙘𝙝𝙖𝙣
Фанфик❝ It's just a dream, isn't it? ❞ + kiyowo cover by Pinterest + lee chan fan fiction + svtbbuing's storyline 2O2O start : 11O72O end : 3OO72O