Ok guys , kenyang ?
* Semua atlet *
" Kenyang coach ! ""OK bermula hari ini kamu akan makan tengahari , dan makan malam di sini." , jelas ketua jurulatih.
"Manakala , sarapan pagi kita akan ambil di sekolah sukan.Jelas? " Sambungnya lagi.Aku yang kepenatan seharian berjalan, termangu-mangu mendengar ucapan serta peraturan yang di tetapkan.
Mengantuk betul aku.
Macam ada pemberat ja menyangkut dekat kepala aku.Kebetulan masatu baki air mineral aku masih ada. Aku pun minumlah sedikit untuk menghilangkan dahaga.Aku tepuk sedikit kaki ku , jenuh juga menunggu coach siap berucap ni.
Kesengsaraan kami berakhir sebentar kemudian , kami dibenarkan untuk pulang ke bilik.
Dalam masa berjalan tu , Senior sparing hurdle Ku menegur aku .
"Ian , lepak di luar kita nanti. Aku nak bawa main ML" , pelawanya sambil menbuat muka yang berseri-seri.
Biasalah , dia ni walaupun perempuan tapi lebih champion banding lelaki.Pendek kata, memang best main ngan dia ni, tak selfish , tak pandai-pandai gi farming sendiri.
"Ah.. okay cun", balas Ku pendek sambil buat thumbs up.
Kami duduk kat kerusi yang ada meja kat tengah-tengahnya di area hadapan bilik kitaorang.
"Bah main jum " , katanya .
"Okay " , balasku sambil mengambil tempat bersebelah dengannya.
Namun , dengan tiba-tiba line aku hilang.
" Babi ah , sorry ah Jill , aku.. aku tak sengaja " , kataku sambil cuba menggunakan skill namun tidak berjaya kerana line Ku cukup lambat untuk melambatkan pergerakan ku.
VICTORY!
kedengaran suara kedengaran dari telefon."Takpela , menang juga pun . Tak rugi apa-apa " , jawabnya selamba setelah berperang beberapa minit.
Aku tersengih sahaja mendengar kata-katanya.Nasib juga la menang kalau tak , habis Si Jill sorang ni menyumpah-seranah enemy's team ni karang , silap haribulan kena band second time .
Jill menekan butang lock screen dekat telefonnya.
"Ahhh , battery phone tinggal 52%, malas main dah" , katanya perlahan sambil mengeliat."Hmm , aku takda line la kat sini . Bosan", kataku.
" Kau digi kan? Ah memang takde line digi kat sini . si Tang pun tiada line tadi tapi dia ada dua sim so beruntung la dia.
" Patutlah " , balasku sambil meletakkan telefonku ke atas meja.
" Tau ka Ian , Famous kau sini", kata Jill sambil melirikkan matanya ke belakangku.
" Apa pula? ", Jawab Ku kehairanan sambil memusing kan kepala ku ke belakang .
Wah ternyata mereka sedang memerhatikan aku.Lucu juga laa.
" Faham dah? " , Kata Jill sambil ketawa terkekeh-kekeh.
" Bongo la kau ni", balasku sambil menyekeh kepalanya.
" Aduh , sakitlah bodo.HAHAHA . Bukan salah pun apa aku cakap kan? Tapi kan Kau teda line sekarang ni , girlfriend kau tak marah ke?", Soalnya kembali
" Ahh...aku single la " jawab Ku selamba sambil tersenyum.
" Apa ? Gila la , punya lama sudah relay kamu tu . Kenapa break?" , Soalnya lagi dengan nada yang meronta-ronta ingin mengetahui kebenaran.
" I just fed up with her , so I left her" , jawab Ku ringkas.
Jill sekadar mengangguk.
Dalam masa yang terluang ni, aku pun cerita la dekat Jill tentang kejadian yang berlaku dekat asrama di petang hari tadi.
Pecah ketawa Jill dibuatku.Berair-air matanya akibat ketawa secara berlebihan.
" Aduh Ian , cramp perut aku. " , Kata Jill dengan suara yang masih bersisa dengan nada tertawa.Jam sudah menunjukkan pukul 10pm.
Loceng asrama sekolah ni pun berbunyi.
Kesemua mereka berjalan keluar dari bilik ." Ah , ni la kali bilik study dioarang mungkin " , teka ku .
Habis sahaja cerita Ku bersama Jill tadi , kami terus beransur masuk ke bilik.
Aku mengambil tempat di sebelah Jill , hehe memandangkan aku biasa dengannya.
Aku merebahkan badanku .
Dan menutup rapat kelopak mataku.
Mencuba untuk melelapkan mata dalam keadaan yang agak hingar.
Hingar-bingar dengan suara dalam bilik ini dan asrama ini.
Terdengar suara pelajar asrama bandaraya ni berteriakan " minum malam , minum malam!" .
Aku teringatkan keadaan sewaktu di asrama sekolah Ku pula, terbalik dengan di sini. Sebab dekat sana babu yang teriak-teriak " minum madam!" .
Semakin lama semakin perlahan bunyi yang Ku dengar di persekitaran Ku.
Aku pun lena.
YOU ARE READING
Secret Stalker ( Slow update )
Fantasíastatus : ongoing Kamu percaya ka dengan cinta pandang pertama? Saya langsung tia percaya oh 😂 tapi lepas ni kejadian , saya betul-betul terkena dengan saya pnya batang hidung sendiri 🙂 . . . sebenarnya kejadian ni terjadi selang beberapa bulan s...