BAB 41

3.4K 146 2
                                    

Wana bangun dari pembaringan. Topang ketiak dipegang lalu dia berdiri. Memandangkan hanya tapak kaki kanan yang mengalami lecur ringan, bolehlah juga dia bergerak sendiri.

Wajah pada pantulan cermin dipandang sekilas sebelum muka dibasuh. Bahunya terhinjut tatkala bunyi tembakan kedengaran. Dada yang berdetak hebat dipegang. Bunyi tembakan itu kedengaran kuat sekali dan dia pasti ia berdekatan sahaja.

Kaki dihayun keluar dari bilik air. Tangan menggigil kecil hendak membuka pintu bilik disusuri debar di dada. Bunyi bising di luar agak menakutkan dirinya.

Air liur ditelan seraya memulas tombol pintu. Namun, bunyi tembakan sekali lagi mengejutkan Wana sehingga tombol pintu yang dipegang terlepas. Debar di dadanya semakin kencang.

"Adam...." Wana menggumam perlahan. Adam tiada di dalam biliknya.

Digagahkan juga diri untuk membuka pintu kembali. Dia perlu cari Adam. Kepala dijengul keluar sambil kaki melangkah ke hadapan. Wana melangkah perlahan menuju ke anak tangga.

"Mama.... Arshad," panggil Wana.

"Argh!" Jeritan seseorang mengejutkan dia. Mata meliar ke bawah mencari punca jeritan tersebut.

Topang ketiak digerakkan ingin menuruni anak tangga. Baru satu anak tangga dia berpijak, topang ketiak bergeser hingga menyebabkan dia hilang keseimbangan badan. Tanpa sempat berpaut, tubuh berguling jatuh ke tingkat bawah.

"Dah jatuh huh?" Hilaian tawa seseorang kedengaran dari tingkat atas. Wana yang mengerang kesakitan, memandang ke arah gerangan itu.

Mata membulat kecil melihat Adam dipegang seolah-olah ingin menjatuhkannya dari tingkat atas.

"Adam!" Terjerit Wana tatkala pegangan Adam dilepas. Bunyi tubuh si kecil itu jatuh menghempap lantai kedengaran.

"Adam...." Tangan terkapai-kapai ingin mencapai tubuh Adam yang sudah berlumuran darah. Pipi Wana mula basah dengan air mata.

Tak mungkin! Tak mungkin Adam dah pergi. Adam tak boleh tinggalkan dia!

"Wana sayang," suara Farhan kedengaran. Wana menoleh ke muka pintu.

"Farhan. Anak saya isk... isk."

Bang!

Terkedu.

Detak di dada Wana seolah-olah terhenti melihat dahi Farhan dibasahi darah. Suaminya rebah longlai ke lantai.

Hilaian tawa daripada gerangan di tingkat atas kedengaran mengejek.

"Farhan!"

"Tak ada sesiapa dapat terlepas dari tangan aku."

"Farhan...." Esakkan Wana semakin kuat.

Kenapa gerangan itu bunuh Farhan dan Adam? Siapa pula yang bermusuh dengan mereka?

"Farhan...." Terasa sesak dadanya. Wana membuka mata. Keadaan di sekeliling diamati.

Dia berada di dalam bilik.

Nampaknya, sekali lagi dia mengalami mimpi ngeri. Namun kali ini, mimpi yang dialaminya membuatkan air mata dia mengalir. Terlalu ngeri untuk diingat kembali.

Wana mencapai telefon apabila deringan kedengaran. Skrin yang memaparkan nombor daripada pemanggil tidak dikenali ditenung seketika. Butang jawab dileret seraya mengubah posisi baring kepada duduk.

"Hello?"

“Long time no see, Shafwana Farhannah.”

"Encik siapa?"

"Kau tak perlu tahu, tapi aku nak kau ikut semua arahan aku."

"Encik tak ada hak nak arah-arahkan saya. Saya tak kenal encik!"

TAKDIR DIATempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang