<~• Bab 1 •~>

25 4 2
                                    

Aku adalah seorang remaja. Kehidupanku seperti biasa normal, tiada apa-apa yang mengujakan. Hanya dimulakan dengan rutin yang sama setiap hari. Keluargaku juga hanya biasa-biasa, seorang ayah dan seorang ibu. Aku anak tunggal. Hidupku bahagia tidak sehingga.....

•12.12.2013•

"Ayah dan mama nak gerak dah ni, jangan nakal-nakal tau tinggal dengan Makcik Dina. Kalau mama tahu Haris buat perangai, mama denda Haris tak boleh makan coklat, paham?!. " kata mama dengan nada yang tegas.
"Mama ni memang pandai nak ugutkan, tahu-tahu jer coklat tu my favorite dessert." kataku dengan nada merajuk . Kami semua tertawa.

"Haris, jaga solat ya anak, doakan ayah dan mama selamat ke tanah suci untuk menunaikan ibadah haji. Doakan kami dapat haji yang mabrur" kata ayahku pula. Aku hanya mengganggukkan kepala menandakan ya.

"Mama dan ayah jangan lama-lama tau kat sana, ingat kat sini ada hati yang merindu tau." kata Haris dengan nada yang agak sedih.

"Alololo intan payung kesayangan bucuk-bucuk mama ni pun rindu mama dan ayah hahahaha." jawab mama diiringi ketawa.

"Yelah, hati anak mana yang tak sedih kalau berjauhan dengan ibu bapa diorang. Lagi-lagi kalau anak tu anak manja macam Haris ni."Haris membantah.

"Hahahahaha, Haris ni jangan sampai mama tak jadi pergi sebab kamu ya. Okay mama dan ayah janji balik ya. Janganlah Haris risau ya." kata mama dengan senyuman yang manis.

"Okay. Sayang mama!" kata Haris dengan riangnya.

Kami berpelukan sebelum mereka bertolak. Aku juga sempat menyalam kedua-dua orang tua ku. Dengan hati yang gembira, aku melambai-lambaikan tanganku kepada ayah dan mama sehingga mereka keluar dari perkarangan rumah. Walau hati ku menyatakan syukur, mataku tetap mengalirkan air mata kesedihan kerana berjauhan dengan dua insan tersayang. Aku doakan semuanya baik-baik sahaja. Itulah kali terakhir aku melihat mereka.

Seminggu kemudian,

Aku menghabiskan bacaan Al-Quran ku. Itulah satu-satunya cara untuk ku keluar dari masalah dan kesedihan dunia. Segalanya lesap.

Aku bersiap awal hari ini untuk pergi ke masjid. Tok kampung menyuruhku untuk menolong mengemas dan membersihkan persekitaran masjid. Maklumlah, ada penceramah luar datang. Jam telah menunjukkan tepat pukul tiga. Aku melangkah keluar dari rumah. Tiba-tiba, Makcik Dina memanggilku dengan riak muka yang sedih, pucat dan kecewa. Aku terkejut dan gelisah. Aku hanya mampu menanyakan kenapa.

"Haris, makcik harap kamu kuat ya." kata makcikku sambil mengalirkan air mata.

Aku kaku. Lidahku terasa berat untuk bercakap. Aku takut jikalau benda yang ku takuti selama ini terjadi. Hatiku berdebar dengan kencangnya.

"Ayah dan mama kamu telah kembali ke ra-rahmatullah semasa me-menunaikan haji. Makcik dapat tahu kerana salah seorang dari jemaah haji menghubungi makcik baru sebentar tadi. Makcik harap kamu tetap tabah ya nak. Allah lebih sayangkan mereka.." kata makcik Dina dengan air mata kesedihan. Berharap agar aku tetap tabah menerima ketentuan takdir Allah.

Aku kaku. Tiada ekspresi. Diam membisu, tiada kata untuk diperkatakan. Hatiku hancur, remuk, berkecai seperti ditikam berkali-kali. Air mata ku deras mengalir. Aku berasa sesak nafas. Nafasku hilang, udara seperti tiada. Badanku terhuyang-hayang. Mataku mulai berasa berat. Segalanya seakan-akan kabur. Gelap.

Cinta Dalam Diam Where stories live. Discover now