Diluar hujan turun dengan lebatnya. Petir berdentum dan kilat memancar bagaikan berperang sesama sendiri. Darvid merasa resah dan gelisah bila memasuki waktu senja. Dia cuba menelefon Thanit namun tidak berjawab.
"Mana Thanit ni?" Rungut Darvid resah.
Dia memerhatikan keadaan disekeliling biliknya, nampak suram walaupun bercahaya. Wajah Darvid tetiba beriak cemas.
"Phi Tae. . . Phi Tae. . . "
Pantas Darvid menoleh. Suara halus yang manja itu masih lagi memanggil dirinya. Rasa takut mula bertandang.
"Diam! Diam aku kata! Jangan ganggu aku. Penipu! "
Lantas Darvid membuka radionya semaksimum mungkin. Lagu daripada kumpulan SBFIVE dibiarkan berkumandang didalam biliknya. Setelah merasa lebih lega, nafas Darvid mulai tenang. Sejak diganggu, Darvid bagaikan orang hilang akal. Seringkali dia mendengar orang memanggil namanya sayup-sayup. Tidak cukup dengan itu ditambah dengan gangguan fizikal dari bunyi ketukan dipintu, kelibat orang melintas tiba-tiba sering membuat Darvid hidup dalam ketakutan. Semuanya terjadi dikala waktu senja. Akibat sering diganggu, dia terpaksa mengambil ubat penenang seperti yang disarankan oleh rakannya yang juga merangkap sebagai seorang doktor peribadinya iaitu Thanit Itthipat.
"Ingat apa aku cakap ni. Ambil bila perlu, bukan jadikan sebagai keperluan! "pesan Thanit. Namun siapa yang tahan dengan gangguan yang berlarutan. Pejam mata dan segala bisikan dan ketukan bakal mengganggu tidurnya. Keletihan, Darvid bersandar dikepala katil biliknya. Gema lagu yang membisingkan suasana diperlahankan. Dalam keadaan yang separuh sedar, dia mula memasuki ke alam mimpi.
DAM! DAM! DAM!
Darvid kaget, Matanya yang terpejam seketika kini terbeliak. Pintu biliknya diketuk berulang kali, hingga bergegar daun pintunya. Peluh mula terpercik membasahi dahi.
"Pergilah! Jangan ganggu aku! Pergi!Pergi!Pergi kau dari sini!"jerit Darvid.
Pandangan matanya tepat diarahkan ke arah pintu yang bergegar. Kemudian bunyi pintu itu menghilang. Nafas Darvid yang pantas seolah baru lepas berlari cuba ditenangkan degupnya. Namun belum sempat jantungnya bertenang, satu suara lelaki menangis sayu pula menyerang telinganya. Semakin lama, ia semakin dekat seolah berada betul-betul disebelahnya. Dan sekilas...
Fuuhhh....
Satu hembusan nafas dingin mengulit tepat ditelinga kanan Darvid.Dia melompat dari katilnya lantas berlari menuju ke kerusi panjang yang berada disudut biliknya.
"Pergi!, pergi, pergi, PERGI!"jerit Darvid. Kerana tak tertahan lagi dia segera mencapai botol berwarna putih yang berada disisi meja. Ditonggeng botolnya dan diambil beberapa biji pil terus ditelannya. Botol mineral dicapai dan diteguk airnya dengan rakus.
"Darvid!Darvid!Darvid!"
Disebabkan dirinya sudah dikuasai oleh dos yang berlebihan, Darvid seakan akan menyerupai seorang penagih dadah yang tidak mempeduli keadaan sekelilingnya.
"Kau nak apa? Apa yang kau mau dari aku? Pergi mampus ! Hahahaha!"
Setelah puas ketawa, Darvid terdiam. Tiba-tiba wajahnya berubah pilu. Tanpa henti air mata berlinangan membasahi pipi seolah menangisi pemergian orang yang tersayang.
"Maaf...maafkan aku...aku minta maaf. Aku sayang sangat kat kau. Sayang sangat..." tangis Darvid sambil menunduk menahan sedu sedan. Namun emosinya tetiba berubah menjadi marah sambil memandang ke lantai.
"Tapi memang patut pun kau mati. Balasan yang setimpal dengan apa yang kau lakukan. Aku tak salah... tak salah...Kau memang patut mati.MATI! MATI!"
YOU ARE READING
Kerana Cinta #HalloweenSeasonWithEES by ARIE78
Mystery / ThrillerKerana setianya seorang lelaki terhadap cinta sehingga dia sanggup merosakkan dirinya sendiri. . . Tae Darvid. . . seorang yang penyayang tetapi kerana Tee Thanapon sampai dia menjadi gila. . . #HalloweenWItthEES #ThrillerBersamaEES #HorrorBersam...