BAB 44

3.4K 115 4
                                    

“Rajin pula kau nak ikut aku.” Insyirah memandang ke arah Aisya yang sedang mengambil bakul.

“Aku bimbang sebab kau kata nak pergi seorang. Kebetulan hujung minggu ni aku memang nak beli barang dapur. Aku beli teruslah sekarang sambil-sambil teman kau,” jelas Aisya.

“Sayangnya kau dekat aku. Harap-haraplah melebihi sayang kau dekat Adriq. Biar dia cemburu.” Tawa dihambur melihat Adriq juihkan bibir.

“Mengada. Kaukan ada Ashraff. Aku rasa dia sayang kau lebih berbanding aku.”

“Apa-apa sajalah. Aku cuma nak tengok Adriq cemburu. Tak pernah lagi aku tengok rupa dia cemburu macam mana.”

“Rupa dia masam sangat. Lepas tu manja macam budak kecil.”

“Sayang tak boleh bongkar lebih-lebih. Jatuh imej abang nanti kalau Syirah jadikan bahan mengusik,” tutur Adriq.

“Kau dah nak jadi bapak orang. Jatuh imej sikit tak ada hal.” Insyirah buat muka.

“Bisinglah kau. Persiapan nak kahwin macam mana? Ada masalah?” Adriq menukar topik.

Soalannya dibalas gelengan oleh Insyirah menandakan tiada masalah. Setakat ini semua baik-baik sahaja. Hanya menanti hari yang sedang ditunggu-tunggu.

“Dua minggu lagi.” Aisya menepuk perlahan bahu Insyirah. Dia pun tak sabar nak tengok Insyirah kahwin.

“Dah tak lama. Aku tak sabar.” Insyirah ketawa. Bahagia rasanya.

“Berpecah dulu. Aku nak ke bahagian khas untuk perempuan,” kata Insyirah lagi. Melihat anggukan daripada Aisya, dia berjalan pergi dari situ.

Langkah Insyirah terhenti apabila bakul yang dibawanya terlanggar bahagian pinggang seseorang. Mengaduh kesakitan lelaki itu seketika. Boleh tahan kuat langgarannya.

“Eh! Maaf encik, saya tak sengaja.”

“Tak apa. Saya yang jalan laju sangat tadi.” Sepasang matanya memandang seraut wajah Insyirah. Spontan senyuman nipis membentuk di bibir.

“Saya macam kenal awak,” tutur lelaki itu.

Insyirah sudah kerutkan dahi. Lelaki di hadapannya ini sedang menggunakan taktik dulu-dulu nak mengurat awek ke? Kalau dengar dek Ashraff, mahu cair tahi telinga lelaki itu dibebel Ashraff nanti.

“Saya tak kenal encik. Sorry.” Insyirah segera membuka langkah. Malas dia mahu melayan lelaki tidak dikenali.

“Insyirah Raisha.”

Mendengar namanya disebut, Insyirah hentikan langkah. Badan dipusing ke arah lelaki itu semula.

“Macam mana encik tahu nama saya?”

“Kan saya dah cakap, saya macam kenal awak dan saya memang kenal awak.” Dia tertawa kecil. Ramah nadanya kedengaran. Namun, entah apa yang tersirat di sebalik keramahan itu.

“Encik siapa? Dari mana encik kenal saya?”

“Saya tak rasa nak jawab soalan awak secara terus terang. Tapi, saya akan bagi petunjuk mudah. Budak nerd yang awak reject. Ingat tak lagi Insyirah Raisha?” Sudut bibirnya naik mengukir senyuman.

Insyirah berasa tidak sedap hati. Senyuman di wajah lelaki itu terlihat agak menyeramkan. Tanpa balasan, Insyirah beredar. Dia takut sesuatu yang tidak diingini terjadi.

“Kita akan berjumpa lagi, Insyirah Raisha.” Gumam lelaki itu.

Adriq yang sedari tadi memerhati dari kejauhan, mengerutkan dahi. Dapat dia agak ada sesuatu yang tidak kena antara Insyirah dan lelaki itu. Lihat sahajalah dari mimik wajah tidak senang Insyirah.

TAKDIR DIATempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang