Jam telah pun menunjukkan pukul 8:00 malam. Hazel terjaga dari tidurnya apabila mendengar ketukan pintu."Hazel dah mandi ke belum?ni baru bangun ke?" Katherine melihat anaknya yang kelihatan seperti baru terbangun dari tidur.
"Hazel mengantuk sangat petang tadi itulah tertidur. Mumy baru sampai ke?" tanya Hazel.
"Mumy lambat keluar dari office hari ni sebab jam 12 tengahari tu mumy ambil masa pergi daftar nama Hazel dekat sekolah baru. Esok mumy tak dapat pergi daftar sebab ada meeting terpaksalah mumy tukar hari ni,"
"Kesian mumy mesti penatkan. Hazel minta maaf sebab tak sediakan makanan untuk mumy dan daddy. Kalau macam tu Hazel pergi mandi dulu lepas tu Hazel sediakan,"
Puan Katherine tersenyum memandang anaknya.
"No it's okey sweetie. Biar mumy aje sediakan nanti. Hazel mandi dulu sementara tu mumy siapkan makanan lagipun Hayden dah relakan diri untuk bantu mumy di dapur nanti..."
"Tapi Hazel nak bantu juga. Lagipun dah lama rasanya Hazel tak buat kerja dapur. Boleh lah mumy," kata Hazel sambil menarik-narik tangan ibunya.
"Kalau macam tu-" Katherine terhenti bercakap sebaik sahaja pintu bilik Hazel tertutup secara mengejut. Hazel memandang ke arah pintu itu dan melihat Kris berdiri di situ.
Puan Katherine mula kehairanan. Dia memandang pintu bilik Hazel yang sudah tertutup rapat dan yang pelik baginya tiada pula angin masuk dalam ruang bilik tadi.
"Pintu bilik Hazel rosak ke?" ujar Katherine pelik.
"Tak...urm...Hazel pun tak tahu rosak ke tak pintu tu..." balas Hazel yang tidak tahu apa jawapan yang paling sesuai untuk ibunya. Hazel memandang Kris yang memandangnya dengan pandangan seolah- olah meminta maaf kepadanya.
"Mumy sekolah baru Hazel tu besar tak?Hazel tak sabar pula nak tengok," kata Hazel yang sengaja menukarkan topik.
"Sekolah baru Hazel tu besar dan bangunannya tinggi. Oh sebelum mumy lupa nanti mumy bagi kertas yang diberi semasa mumy pergi daftar,"
"Kertas apa mumy?"
"Kertas keterangan lanjut tentang sekolah tu nanti Hazel check aje. Hazel dah bersedia tak untuk hari esok?"
"Hazel dah sedia," kata Hazel sambil menunjukkan thumbs up. Puan Katherine mengangguk seraya tersenyum.
"Baguslah kalau macam tu. Mumy nak turun dulu. Kesian Hayden dekat bawah tunggu mumy," Hazel hanya mengangguk. Lega hatinya apabila ibunya tidak bercakap tentang pintu itu lagi.
"I'm sorry Hazel. Saya tak sengaja tadi," kata Kris sebaik sahaja puan Katherine keluar dari bilik.
Hazel tidak berkata apa-apa malah dia hanya merenung wajah kacak Kris itu.
"Hazel...did you angry?look Im so sorry about just now..." ujar Kris yang bersungguh sungguh meminta maaf ketika itu.
"Saya tak marahlah,"
"Sorry sebab-"
"Kris...saya cakap saya tak marahlah," pintas Hazel.
"Kenapa suka sangat nak potong bila saya tengah cakap ni?" tanya Kris yang kadang- kadang pandai geram juga dekat Hazel sebab suka sangat nak potong bila dia tengah bercakap.
"Saya sukalah..." kata Hazel penuh selamba.
Kris tersenyum meleret."Suka apa?" katanya dengan nakal. Hazel membuat roll eyes.
"Malas nak layan hantu yang tak pandai faham bahasa ni. Kris saya nak mandi tolong keluar," pinta Hazel sebelum berlalu menuju ke tempat mandi tetapi langkahnya terhenti apabila Kris bersuara.
"Pandainya nak lari dari soalan saya kan?tak apalah saya ni kan cuma hantu. Manusia manalah nak layan saya dengan baik,"
"Kris...jangan nak buat drama boleh tak?saya nangis nanti baru tau. Dahlah saya nak mandi ni keluar cepat,"
"Yelah. Jangan pula nangis dalam bilik air tu. Nanti saya pula yang susah," kata Kris sebelum berlalu keluar. Hazel hanya menggelengkan kepala. Terima jelah kenyataan dapat berjumpa dengan hantu ni.
***
"Wah sedapnya bau,"
Hazel melihat makanan yang sudah siap dihidangkan di atas meja. Terasa perut mula berbunyi minta diisi. Hm macam tau tau je perut aku ni.
"Tengoklah chef dia. Siapa lagi kalau bukan chef mama and chef Den!" kata Hayden dengan bangga sekali. Hazel hanya mengiyakan saja kata-kata abangnya. Abang aku memang pandai memasak tapi tak setanding aku. Puji diri sendiri tak apa kan?
Sebastian yang baru sampai di dapur terus mengambil tempat duduk di sebelah isterinya.
"Aipp no!no!don't eat first," kata Katherine apabila melihat Hazel yang terlebih dahulu memegang sudu.
"What...why?Hazel lapar lah mumy," kata Hazel sambil memuncungkan mulutnya.
Sumpah dah tak tahan dengan nafsu makan sekarang ni."Mumy selalu nasihatkan sebelum makan mesti buat apa dulu?" Katherine memandang Hayden dan Hazel.
"Pry..." ujar Hazel dengan Hayden dengan pantas. Alamak macam mana boleh terlupa tadi.
"Yes that is. Then, lets pry together."
"Lord,bless us and these your gifts which we are about to receive from your goodness. We ask this through Christ, our Lord, Amen."
Selesai sahaja berdoa mereka pun makan.
"Hazel you are going to start your new school tomorrow. Hazel sudah bersedia ke?" kali ni giliran Sebastian pula bertanya.
"Yes dad, Hazel dah ready," balas Hazel penuh yakin.
"Baguslah kalau macam tu. Hazel mesti kena jaga attitude dan disiplin hari pertama sekolah dan bukan hari pertama sahaja tapi hari lain pun begitu juga. Paling penting mesti hormat guru," kata Sebastian yang tidak pernah lupa memberikan nasihat kepada anaknya.
"Okey. Hazel janji Hazel tak akan lupa nasihat daddy dan mumy," kata Hazel seraya tersenyum. Katherine dan Sebastian terus membalas senyuman Hazel.
"Good girl!"
Enjoy🍀
YOU ARE READING
ʟᴏᴠᴇ Fʀᴏᴍ Dɪғғᴇʀᴇɴᴛ Wᴏʀʟᴅ ✔ [Completed]
Romansa#Rank No.2 in Supernatural [21.08.2020] #Rank No.8 in Humor [18.08.2020] #Rank No.8 in paranormal [27.03.2020] #Rank No.3 in humor[3.04.2020] #Rank No.1 in Paranormal [18.05.2020] #Rank No.1 in supernatural [28.10.2020] [PROCESS IN EDITING] Takdir i...