BUNTANG mata Aamily melihat kertas di tangan. Dia pandang pula wajah Kikie di hadapannya.
"Apa semua ni, Kikie?" jerit Aamily di tengah-tengah Arena Court.
Kikie hanya ketawa sambil tutup mulut. Dia sudah agak yang Aamily tidak fokus langsung sewaktu mesyuarat Kelab PRS tempoh hari.
Aamily mencampak beberapa helai kertas itu. Dia yang duduk bersila mula melunjurkan kakinya.
"Macam mana kita nak join semua tu? Aku tak bolehlah aktiviti-aktiviti macam tu," rengek Aamily.
"Itulah. Lain kali fokus masa orang tengah berucap. Masa tu fikiran kau ke mana?" sindir Kikie.
Aamily mengeluh kasar. Dia menjeling wajah Kikie yang tersenyum sinis. Waktu itu kan dia sedang sibuk tilik tubuh tinggi lampai yang sedang beri ucapan itu. Sebab itulah dia tidak fokus.
"Kau tengok ni. Aktiviti campfire dalam hutan ni mengarut sangat. Apa motifnya?" soal Aamily lagi.
"Tujuannya untuk membina semangat setiakawan dan membentuk kepercayaan dalam satu kumpulan. Memupuk remaja menjadi seorang yang stabil, bertimbang rasa, bersedia dan rela menolong individu lain. Kalau kau nak tahu semua matlamat PRS kau kena tanya Juan."
Kikie beri jawapan.
Aamily pandang Kikie dengan pandangan tidak percaya. Kawannya itu lebih positif dan bersangka baik selepas menghadiri mesyuarat Kelab PRS.
Nampaknya yang harus masuk kelab tersebut adalah Kikie dan bukan dirinya.
"Apa? Aku cakap yang betul kut," ucap Kikie sambil jongket bahu.
Aamily mengeluh perlahan. Dia kutip semula kertas yang bertaburan. Dalam fikirannya sekarang mahu berjumpa dengan Juan dan minta lelaki itu terangkan segala-galanya.
Dia tidak kisah kalau Juan memerlinya. Apa yang dia tahu dia harus berterus terang dengan Juan. Dia berharap sangat Juan memahami dan beri pelepasan kepadanya. Itu pun kalau lelaki itu setuju.
"Kalau kita tak turut serta dalam program Kelab PRS ni nanti merit kau macam mana? Kelab ni yang akan cukupkan kredit kau, Mily."
Kikie cuba sedarkan Aamily tentang hakikat itu.
"Aku kena jumpa Juan nanti."
Aamily nekad. Dia susun semua kertas-kertas dan masukkan ke dalam beg.
"HELO, Nana kan?" tegur Aamily.
Ceria sahaja wajahnya.
Nana memandang Aamily dari atas ke bawah. Entah kenapa setiap kali melihat Aamily dia jadi cemburu. Aamily langsing dan pandai bergaya. Dari atas hingga bawah semuanya barangan mewah sahaja. Cantik dan berkulit mulus semula jadi.
Sedangkan dia? Rambut pun macam sabut kelapa. Langsung tak pandai bersolek macam Aamily. Hanya lip balm dan tepuk-tepuk bedak Baby Johnson di muka.
"Nak apa?" Dingin sahaja Nana bertanya.
Kikie di sebelah Aamily sudah mula perasan sikap Nana yang agak dingin. Seperti tidak suka dengan mereka berdua.
"You nampak Juan tak?" soal Aamily.
"Entah, tak tahu."
Nana mahu terus melangkah.
"Takkan you tak tahu? You kan kawan baik dia."
Dahi Aamily mula berkerut.
"Eh, kalau kawan baik pun, takkan semua hal dia aku kena tahu."
Nana jeling paras Aamily.
YOU ARE READING
CIK PEMBANTU JELITA
Любовные романыTajuk: CIK PEMBANTU JELITA Penulis: HANNY ESANDRA Harga: RM24 / RM27 ISBN: 978-967-2116-56-1 POS PERCUMA! 🍀Untuk melanggan http://www.wasap.my/+60132588069