BAB 46

3.2K 115 4
                                    

Bau hanyir darah menusuk rongga hidung. Siapa yang tergamak menembak dua orang perempuan sehingga tak nampak rupa sebegini? Kejam sungguh!

“Kedua-dua mangsa memiliki tujuh tembakan di wajah dan dua tembakan di dada. Tiada sebarang kesan pergelutan atau lain-lain. Hanya tembakan,” ujar Lin.

Bang!

Satu lagi tembakan kedengaran mengejutkan mereka. Bunyinya terasa tidak jauh. Mata masing-masing mula meliar mencari arah tembakan tersebut.

“Suspek masih ada berdekatan. Berpecah dan cari!” Ashraff memberi arahan.

“Lin, kau boleh uruskan mayat ni?” Farhan menyoal.

Mendapat anggukan daripada Lin, dia berlari pergi dari situ untuk mencari keberadaan suspek. Berhampiran Lin sudah terdapat dua orang anggota polis yang berjaga. Taklah dia risau sangat nak tinggalkan Lin.

Bunyi tembakan berbalas semakin kuat. Entah berapa ramai mangsa yang berada di bangunan usang ini.

“Tuan! Kami jumpa mayat kanak-kanak di tingkat atas,“ lapor salah seorang anggota polis.

Lin yang mendengar segera ke tingkat atas diikuti pengawai tadi. Sempat dia berpesan agar mayat dua perempuan tadi dijaga.

Dahinya berkerut melihat kes kematian serupa dengan kes bulan-bulan yang lalu. Ada sesuatu berupa serbuk putih sekitar bibir dan pipi.

Serbuk beracun.

“Raff! Kiri kau!” Jerit Farhan. Terkejut dia melihat Ashraff hampir-hampir sahaja ditembak. Nasib baik lelaki itu bertindak pantas dengan menyembunyikan diri.

Rentak dada berubah kencang. Peluh merenik-renik di dahi. Penat berlari, penat juga berlawan dengan penjenayah.

Farhan menjengulkan kepalanya sedikit. Tembakan dilepas sekali lagi, tetapi tidak mengenai sasaran.

Buk!

Tidak terduga, dia ditendang dari arah belakang. Farhan terbongkok kesakitan. Berdenyut bahagian pinggangnya terasa. Tidak menunggu lama, Farhan mula melawan lelaki tersebut.

Sepakan diberi, namun sempat dielak oleh lelaki itu. Begitu juga dengan tumbukan bertubi-tubinya. Deru nafas sudah mengah. Lelaki itu dilihatnya telah mengeluarkan sebilah pisau.

Gigi diketap. Peluh didagu menitik ke bawah. Kaki dihayun sekuat mungkin untuk menepis pisau tersebut daripada menikam tubuhnya. Tidak berhenti setakat itu, Farhan terus memulas tangan lelaki itu ke belakang. Setelahnya, tangan lelaki itu digari.

“Tuan.” Dua orang pengawai polis menghampiri Farhan. Lelaki itu dibawa pergi oleh mereka.

“Mana Lin?” soal Farhan. Pandangan matanya meliar mencari kelibat Lin sekitar kawasan di mana dua mayat perempuan tadi terbaring.

“Lin dekat tingkat atas. Ada mayat lain dekat sana.”

Bunyi tembakan dari tingkat atas mengejutkan Farhan. Lantas, dia berlari ke arah tangga.

Bang! Sekali lagi bunyi tembakan dilepas. Farhan jengulkan kepala di sebalik dinding. Langkah diatur ke dalam apabila melihat dua orang anggota pasukan khas berbalas tembakan di jendela. Nampaknya, suspek berada di bangunan sebelah.

Farhan mencangkung. Serbuk putih pada pipi mangsa diamati.

“Serbuk beracun lagi?” soal Farhan mahukan kepastian.

“Nampak sama. Aku kena dapatkan keputusan dekat makmal dulu untuk kepastian. Mayat ni yang telan serbuk beracun, tapi tak kena tembak dekat kepala.”

“Mayat ke 26, tak kena tembak dekat kepala. Kenapa agaknya?” Farhan berfikir sejenak.

Apa yang menyebabkan perbezaan itu? Motif?

TAKDIR DIATempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang