Kring! Kring! Kringg!!
Loceng digital berbunyi nyaring, pasti mahu mengejutkan pemiliknya yang lena dibuai mimpi. Satu tangan mulus keluar dari comforter tebal.
Tangan itu terkapai-kapai mahu mencari punca bunyi bising yang mengganggu ketenteraman paginya. Dapat sahaja apa yang dicari, terus diketuk jam itu.
Hah, diam pun! Aman hidup. Terus terkulai tangan itu selepas dapat apa yang dicari. Tuan punya badan terus berlayar ke alam mimpi.
Tak sampai 5 minit, tidurnya diganggu lagi. Satu jeritan nyaring memanggilnya. "Tengku Roseanne Adelea!!!!!"
Laju Rose menyebak selimutnya dan menekup telinga. Berkerut dahinya. "Ish, apa bising-bising pagi-pagi buta ni Kak Ris??"
Tengku Iris Leanna membebel lagi. "Pagi-pagi buta apanya Rose oii!! Dah nak pukul 9!" Tangannya terus memegang lengan Rose. Digoncang lengan itu.
"Bangun, bangunnn!!! Bukan Rose dah janji dengan mama nak teman dia shopping ke??" Iris terus berusaha mengejutkan adiknya.
"Eh, bila masa?" Segar pula rasa kelopak mata Rose. Jelas kelihatan iris matanya yang berwarna biru laut. Bukan Iris, singa betina kat depan dia ni!
"Tahun lepas. Dah, dah! Pergi mandi cepat! Bau macam kambing gurun. Hmph!" Iris mengipas mukanya. Kecil besar je Rose tengok kakaknya tu.
Nasib dia kakak. Kalau tak, aku luku-luku kepala dia! Gumam Rose dalam hatinya. Dengan muncung tapir, dia meloncat turun dari katil empuk dan berjalan ke bilik air.
30 minit kemudian...
Segar! Itu sahaja yang dirasai oleh Rose apabila selesai berendam dalam bilik air. Fuh, selesa gila!Rambut perang panjangnya dililit dengan tuala. Ting! Tiba-tiba satu Whatsapp baru masuk ke telefonnya. Lantas, tangannya lincah mencapai Iphone yang terletak elok di atas katil.
Sebaik sahaja dia selesai membaca Whatsapp itu, Rose mengeluh. Lelaki ni tak habis-habis nak kacau dia. Macam psiko pun ada.
Telefonnya terus dicampak ke atas katil. Matanya merenung tajam skrin telefon itu. Masih tidak habis-habis berbunyi. Kemudian ada satu panggilan masuk pula.
Ish, menyampah! Butang off ditekan. Senyap. Rose mengalihkan pandangan ke tempat lain. Fikirannya mula melayang ke kejadian 7 tahun dulu. Sewaktu SPM baru sahaja melabuhkan tirainya.
7 tahun dulu...
"Weh, Rose. Sini jap." panggil Hairul. Gadis itu yang sedang berbual dengan kawannya terus menoleh.Kaki Rose melangkah ke arah Hairul. Kini, mereka berdepan. Mata mereka bertentang. Jantung Rose mula berdebar.
"Aku tau, kau suka aku kan?" Fulamak straight to the point teruih! Rose tergamam sebelum mengangguk sedikit. Mangkuklah, mesti si Ris bagitau ni. Tunggu kau!
Hairul mengeluh. Dia tidak sampai hati untuk menghancurkan perasaan gadis ini tapi dia terpaksa. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum dia menghembuskannya.
"Sorry la. Aku ada orang lain. Dia kaya. Tak macam kau." Ayat itu perlahan tetapi bagaikan belati yang membelah hati Rose.
Mata Hairul tertumpu kepada seorang pelajar perempuan. Rose turut memandang dengan hati yang luka. Farisha?
Takkan hanya sebab Farisha mendedahkan statusnya sebagai orang kaya, terus Hairul terpikat? Rose tahu, dia jauh lebih kaya dari Farisha. Tapi dia tak suka dapat perhatian.
Hairul dapat belajar di sekolah swasta ni pun kerana biasiswa dan dia menyangka Rose pun sama. Hanya kerana Rose sangat low profile.
Jadi, selama dia berkawan dengan Hairul, lelaki ini tidak ikhlas?
YOU ARE READING
Ego Seorang Tengku
Romance*Daily updated. Tengku Daniel Alexander, pewaris harta berbilion ringgit. Rupa paras yang sangat kacak menyebabkan ramai wanita tergila-gilakannya. Tetapi dia sangat angkuh. Terlampau angkuh dengan darah kacukan yang mengalir di tubuhnya dan kekaya...