Bab 18 -Nightmare

64 6 0
                                    

Beberapa hari telah berlalu sejak penyerangan tersebut. Khairul masih pengsan, tidak diketahui sebabnya.

Hari ini, merupakan giliran Daniela menjaga Khairul. Selalunya dia hanya mengemas bilik Khairul sebelum memerhati si rambut putih salju.

Sedang dia mengelap habuk pada rak buku Khairul, matanya terpaku pada sebuah buku yang agak lusuh. Dia tahu buku tu -buku yang sama Raja Ryozo bacakan kepada mereka-terbakar sewaktu pembuli-pembuli durjana terjumpa buku lama tu.

Buku tersebut bertajuk 'Sayap yang Patah'. Peralatan mengemas diletakkan di atas meja sebelum buku tersebut dibuka. Sebaik sahaja dia membuka helaian pertama, debu hama menyapa hidungnya membuatnya terbersin kecil.

"Masih sama," ujarnya perlahan. Matanya masih tidak lepas dari bait-bait kata yang tertulis. Sesekali matanya melirik ke arah Khairul. Tanpa sedar, bibirnya mengukir senyuman nipis.

"Kau masih simpan buku ni. Terima kasih..." gumamnya. Buku tersebut diletakkan di atas meja kopi sebelum peralatan mengemas diambil semula.

Dia memandang Khairul yang bergerak-gerak kegelisahan. Dia berjalan ke sisi katil sebelum menepuk bahu Khairul.

"Rul,"

"J...jangan..."

"Jangan apa-apakan..."

"Khaisara..."

'...itu yang terjadi ke?'

Mulutnya bergerak mahu menyatakan sesuatu sebelum diketap kembali. Peralatan mengemas sudah diletakkan di bucu ruangan. Di tangannya terdapat  buku Sayap yang Patah,karya Haru Arakawa, helaian pertama diselak dan dia mulakan pembacaan.

Entah mengapa dia merasakan cerita tersebut hampir sama dengan kisah hidupnya. Perbezaannya, heroin itu tidak menjadi pembunuh upahan manakala dirinya ialah pembunuh upahan.

"Urgh..." Kepala diangkat apabila terdengar suara Khairul. Dia tersenyum kecil melihat Khairul yang mengosok-gosok matanya perlahan.

"Dani...?" Suara Khairul kedengaran, perlahan. Daniela bangun dari duduk dan menghulurkan tangan kanannya.

"I know, Ia sakit bukan? Melihat mimpi-memori-yang engkau mahu buang jauh-jauh," ujarnya bersama senyuman manis.

Khairul perlahan-lahan bangkit dari perbaringan. Anehnya...dia tidak berasa sakit di perutnya. Seperti tusukan tersebut tidak pernah berlaku.

"Ada pemuda bernama Zaf yang pulihkan luka kau tu." Daniela membalas, dia menyambung pembacaannya yang tergendala sebentar tadi.

"Uhm," Khairul membalas perlahan. Otaknya sedang cuba menyambungkan kesemua titik-titik itu bersama. Mata birunya membulat saat kesemua titik tersebut bersambung.

Patutlah dia berasa nama Zaf tidak asing ditelinganya. Nama tersebut milik serigala yang sentiasa bersamanya itu!

"Wei Khairul, kau pernah dengar lagu  Demons oleh Imagine Dragons  tak?" Daniela memecah hening yang singkat antara mereka. Khairul terus memandangnya bersama anggukan kecil.

Daniela menarik nafas panjang sebelum dia membuka lagu tersebut di telefon bimbitnya. Lagu Demons ialah lagu yang bertepatan dengan rahsia mereka kerana... setiap orang menyembunyikan Iblis di dalam diri mereka.

I wanna hide the truth
I wanna shelter you
But with the beast inside
There's nowhere we can hide

No matter what we breed
We still are made of greed
This is my kingdom come
This is my kingdom come

When you fell my heat
Look into my eyes
It's where my demons hide
It's where my demons hide

"Wei...Dani," Khairul memanggil membuatkan Daniela mengangkat muka,

Dia melihat iris biru laut Khairul tertumpu pada buku di tangannya itu. Dia menghulurkan buku tersebut kepada Khairul, Khairul mengiringkan kepala sedikit sebelum mengambilnya.

"Kau jumpa buku ni dekat mana?" soal Khairul sambil membelek-belek buku tersebut, matanya membulat saat melihat nama penulis di buku itu.

"Rak buku kau."

Haru Arakawa...

Dimana ya,dia pernah mendengar nama tersebut? Ah! Tiga tahun yang lalu, dia sedang lalu dihadapan bilik kerja Raja Ryozo lalu terdengar perbualan Raja Ryozo dan Aqif.

"Dia masih hidup, lelaki tu," ujar Raja Ryozo, matanya menatap bola kaca yang memaparkan kawasan lelaki itu berada.

"Siapa?" Aqif menyoal, dia cuba melihat apa yang dipaparkan di bola kaca tersebut namun dia tidak melihat apa-apa.

"Haru. Haru Arakawa, ayah Daniela." Raja Ryozo menjawab perlahan. Aqif dapat melihat tangan Ryozo yang berbalut sarung tangan tersebut mengepal kuat.

"Tapi...tapi...bukan kita nampak dia mati depan mata kita ke!" Aqif menjerit terkejut. Raja Ryozo mengeluh sebelum memandang wajah penasihatnya.

"Ilusi."

"..."

Suara Daniela mengomel, menyentakkannya  dari terus terbuai dalam kenangan silam.  Mata biru lautnya memandang wajah bulat Daniela.

Pada pandangannya...dia melihat bayangan seorang gadis berambut hitam paras bahu, bermata merah cair di sebelah Daniela sebelum matanya berkelip lalu penampilan Daniela berubah menjadi asal.

"Kamalia..." nama tersebut terlepas dari bibirnya membuatkan Daniela mengiringkan kepala.

"Rul? Kau demam ke apa? Nama aku Daniela, bukan Kamalia." balas Daniela hairan. Khairul terhantuk apa waktu dia pengsan hari tu?

"Eh? T..tak ada apa-apalah!"  Khairul menjawab kekok sambil mengaru belakang kepalanya. Daniela merenung mata Khairul, cuba mencari penipuan di balik dua mata tersebut.

"Ok." Daniela membalas perlahan sebelum dia mengeluarkan telefon pintarnya dari saku seluar.

"Wei, aku tak sabar nak tunggu hari Ahad! Tak sabar nak guna teknik yang Ace ajar kita tu!" ucap Daniela bersemangat. Khairul hanya mengangguk sebelum tersenyum kecil.

Buku dihulurkan semula,

"Terima kasih," balas Daniela lalu mengambil kembali buku tersebut. Tanpa mereka sedar, Khaisara dan Lufti yang menunggu di luar, memasang telinga.

Mereka berdua berpandangan sebelum tersenyum.

'Nampaknya...mereka dapat menguruskan hal itu.'

Bagi mereka, mimpi ngeri yang menghantui lena, hanyalah angin yang bertiup sepoi sepoi bahasa.

Ia tidak membawa ancaman tetapi...

"Ia membawa amaran," Suara itu berkata sebelum hilang ditiup angin lembut.

"Ia membawa amaran," Suara itu berkata sebelum hilang ditiup angin lembut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Rebirth Of The WolvesWhere stories live. Discover now