Part 1

59 0 0
                                    

Di sebuah bandar yang sangat sibuk dengan kegiatan ekonomi yang membangun dengan pesat sekali. Terdapat sebuah sekolah ELITE dimana hanya anak-anak dari golongan bangsawan dan mempunyai bakat terunggul sahaja mampu bersekolah disitu.

"ST.DIAMOND PRIVATE HIGHSCHOOL" dari namanya sahaja sudah pasti pelajar-pelajar disekolah ini mempunyai 'PERMATA' yang ada didalam diri mereka sendiri. Sekolah ini adalah impian semua pelajar tidak kira lelaki atau perempuan kerana sistem pembelajaran yang amat sistematik dan bertauliah diberikan oleh guru-guru dari universiti terkenal dunia.

6:50 am ..

....ANNOUNCEMENT SEKOLAH .... 

"Sebagai pengetua sekolah St.Diamond Private HighSchool , saya amat berbesar hati ingin menyatakan bahawa pelajar-pelajar 4 Emerald sekali lagi telah membanggakan nama sekolah dengan meraih Johan dalam acara Choral Speaking dan Bicara Berirama. Sekolah amat berbangga dengan pencapaian kamu semua. TERIMA KASIH.."

"Punyalah penat dia memekak pagi pagi ni , terima kasih je ?" Ujar Aery

Aery , seorang pelajar yang mahir dalam bidang akademik Biologi. Dia mampu memahami kesemua prinsip biologi dengan pantas berbanding pelajar lain yang ada di kelasnya. Dia digelar "Prof Aery" di kalangan rakan kelasnya.

"Kau tak terharu ke dia ucap terima kasih ? Penat dia bercakap , duit letrik dia kena bayar lagi , ucap lah sama sama kok ye pun" balas Kristan

Kristan , seorang pelajar mahir dalam bidang akedemik Algebra Matematik. Dia juga dikenali sebagai "Encik Kerek" kerana sikapnya yang angkuh selepas mampu menjawab soalan yang tidak mampu dijawab oleh rakannya. Dia juga sering dibahan kerana sikap angkuhnya mampu ditibai oleh seorang gadis dari kelas lain.

"En.Kerek ! Betul tak kiraan aku ni ? Samson mula bersuara menanyakan soalan mengenai pengiraan.

Samson , pelajar bidang akademik Fizik . Sebut sahaja mengenai hukum sains , pantas sahaja dia mula membuka hujah. Dia telah memenangi beberapa pertandingan sains diperingkat negeri membuatkan dia mendapat gelaran "Encik Luar Kotak"

"Sam , kau jangan tanya pasal soalan boleh tak ? Kan pagi ni belum tiba masanya untuk belajar." marah Kristan yang masih mamai dek sejuk pagi

"Kau ni ! Aku tanya je , kau tahu tak kita ni kena buat persediaan awal . Macam mana kalau cikgu tanya kita nanti , lepas tu kita tak dapat jawab , kan susah jadinya tu .. sebab tu laa blaa blaa blaa ..." Hujah Samson menasihati Kristan yang masih buai mimpi.

"Dia mula dah .. haihh ~" keluh Nia mendengar hujah panjang lebar dari Samson pada waktu pagi.

"Tak boleh ke , kau lepaskan Kristan tu satu hari tanpa soalan ? Kesian aku tengok dia kena soalan bertubi-tubi dari kau tiap-tiap hari" sambung Nia lagi cuba mempertahan Kristan dengan nada yang lembut

Nia , pelajar bidang Akademik Trigonometri yang amat lemah lembut ketika bersuara. Namun disebalik kelembutan terdapat sedikit kepedasan yang mampu dibacarakannya. 

"Apa kau ni ? Kita ni pelajar , setiap kita harus belajar benda baru .. blaa blaa blaa" Samson mula berhujah kepada Nia dengan pantas

"Aku pulak yang kena sekali . Haihh" Bicara Nia di dalam hati sambil mengiyakan apa yang dibacara oleh Samson.

"Hhahahaha !! Ceramah diorang semua Sam !! CERAMAH DIORANG !!" Ujar Aery dengan nada kejam sekali. 

Sibuk mereka berbincang sesama sendiri. Masuk sekumpulan lagi pelajar kedalam kelas . . .

"Oh my , the dogs are barking so loudly early in the morning don't they ? "

Suara milik siapakah itu ? 

Bersambung :*

The Life of UsWhere stories live. Discover now