nine

231 22 263
                                    

Setelah 2 hari berlalu, ahli TXT masih tidak bertegur sapa dengan ahli PLUTO

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setelah 2 hari berlalu, ahli TXT masih tidak bertegur sapa dengan ahli PLUTO. Bukan itu sahaja, mereka pun tidak rehat di rooftop bersama-sama.

Sehinggalah kelas muzik pada hari khamis. Semua pelajar kelas STAR berkumpul di bilik muzik seperti yang diarahkan oleh Sir Jimin.

“ Okay semua, hari ni saya nak awak semua bahagi kepada 10 kumpulan. Bermakna satu kumpulan 2 orang ” kata Sir Jimin.

“ Ahh kata jelah berpasangan ” kata Jinyoung.

“ Saya dengar apa yang awak kata tu Mr.Bae. ” kata Sir Jimin.

“ Okay dah boleh mula kira dari 1 sampai 10 kemudian ulang balik daripada 1 ” arah Sir Jimin.

“ 1, 2 , 3 , 4 , 5 , 6 , 7 , 8 , 9  , 10. 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6 , 7 , 8 , 9 , 10. ” Dari ahli TXT ke ITZY pergi ke PLUTO dan diakhiri ahli CIX.

“ Nombor satu depan saya ” kata Sir Jimin lalu Yeonju dan Janet serentak mengikut arahan namun terhenti seketika melihat muka masing-masing.

“ Awak? ” serentak mereka berkata sebelum mengambil tempat dihadapan Sir Jimin seperti tiada apa-apa.

“ Nombor dua sebelah kiri saya ” kata Sir Jimin lalu Jade dan Taehyun bergerak mengikut arahan.

“ Nombor tiga ke kanan saya ” kata Sir Jimin lalu Yong En dan Hueningkai keluar. Mereka sempat bertukar pandangan lalu mengedipkan mata masing-masing.

“ Nombor empat belakang kumpulan nombor 1 dan nombor 5 dibelakang kumpulan nombor 2 ” kata Sir Jimin.

Soobin duduk dibelakang kumpulan Yeonjun dan Janet sebelum Minjae menyertai dia. Mereka melihat satu sama lain buat 1 saat kemudian mengalihkan pandangan.

Manakala Hazel dan Beomgyu berlanggar apabila hendak mengambil tempat dibelakang Jade dan Taehyun.

“ Nombor 6 belakang nombor 3. Nombor 7 belakang nombor 4. 8 belakang group 5 dan 9 belakang group 6. So nombor 10 bahagian yang tinggal tu tempat kumpulan kamu ” kata Sir Jimin lalu ahli ITZY dan CIX bergerak mengikut nombor kumpulan.

“ Dengan baki masa yang kita ada sekarang ni, saya nak awak bincang dengan pasangan masing-masing tentang persembahan apa yang awak berdua boleh buat. Saya nak tengok pada hari Isnin semua dah bersedia.” kata Sir Jimin.

Jade mengangkat tangannya lalu Sir Jimin mengangguk tanda membenarkan Jade bertanya. “ Persembahan ini ada tema ke? ” soal Jade.

Sir Jimin menggelengkan kepala lalu menjawab “ Tak ada tema spesifik. Hanya untuk persembahan antara kelas. Dalam kelas ni akan ada 1 kumpulan yang akan dipilih untuk berlawan dengan kelas Dream. ” 

“ Ouhh~ ” serentak semua pelajar kelas Star membalas.

“ Eh waktu kelas saya sudah tamat, terima kasih pelajar” kata Sir Jimin.

❝ acadeмy мoa ❞Where stories live. Discover now