"So how your first day school so far honey?" tanya Katherine. Apa-apa perkembangan anaknya di sekolah harus dia ketahui kerana itulah tanggungjawabnya sebagai seorang ibu.
"It's good mum," balas Hazel yang sememangnya sudah bosan disoal dengan pertanyaan seperti itu. Memandangkan kali ini ibunya yang bertanya jadi dia memberikan jawapan positif.
Di meja makan hanya ada Hazel, Katherine dan Sebastian. Hayden pula baru sahaja keluar dengan kawan katanya nak pergi gym. Kadang-kadang aman juga kalau Hayden tak ada sebab kalau dia ada kat rumah sudah tentu mereka hanya tahu bergaduh sahaja.
"Baguslah kalau macam tu. Sebenarnya daddy dan mumy ada nak cakap something," kata Sebastian pula.Dia dan isterinya berpandangan sebentar.
"Sabtu ni daddy dan mumy akan pergi berjumpa dengan client di oversea selama 2 minggu. Hazel tak apakan?kalau Hazel bosan bawalah Sofia dan Jade tidur di sini untuk temankan Hazel buat sementara waktu,"
"No it's okey mum, dad. Hazel faham kerja mumy dan daddy. Kalau Hazel bosan nanti Hazel bawa diorang tidur di sini," walaupun berat hati untuk dia berjauhan dengan ibu bapanya namun Hazel tetap menjaga perasaan kedua-dua orang tuanya ketika itu.
Katherine dan Sebastian tersenyum memandang ke arah anak mereka itu.
Selesai sahaja makan malam, Hazel pun menuju ke ruang tamu. Dia berasa sedikit terkejut apabila menyedari Kris yang berdiri di tangga sedang memerhati gerak gerinya mungkin dari tadi lagi.
Kris ni kadang-kadang boleh buat aku terkejut sebab dia ni jenis yang suka tempat gelap kalau waktu malam. Kalau siang pula dia tak suka tempat yang bercahaya. Yup!memang pelik tapi itulah dia Kris.
Hazel memandang semula ke arah tangga rumah tetapi Kris sudah tidak ada disitu. Dah hilang rupanya.
"Cari saya ke?"
Hazel tersentak apabila melihat Kris yang sudah berada tepat dihadapannya sekarang.
"Macam mana kau boleh ada di depan saya sekarang bukan tadi kau di tangga ke?"
"I can do whatever I want. Tak terkejut ke?"
"Hazel bercakap dengan siapa tu?" tiba-tiba Sebastian bersuara dari dapur. Dia pelik apabila terdengar anaknya seakan-akan bercakap dengan seseorang. Atau dia yang salah dengar?
"It's nothing dad. Hazel saja nak berlatih berlakon," balas Hazel acuh tak acuh. Boleh tahan juga pendengaran ayah aku ni sampai dapur pun dia still boleh dengar atau suara aku yang terlalu kuat.
"That's good keep practicing," balas Sebastian. Hazel hanya mampu menahan gelak. Rasanya aku boleh jadi actress tak lama lagi.
Kris menggelengkan kepalanya. Sedar tak sedar senyuman kecil terukir di bibir pucatnya. "Hazel saya ada nak beritahu sesuatu tapi sebelum tu kita pergi rooftop dulu?bolehkan?" ujar Kris perlahan.
Hazel tidak membalas sebaliknya hanya menganggukkan kepalanya. Takut pula selepas ini kalau ibunya pula yang terdengar dia seperti bercakap seorang diri.
Sampai sahaja di rooftop mereka hanya duduk bersebelahan dan untuk seketika mereka melihat pemandangan di langit pada waktu malam yang dihiasi dengan bintang yang berkelipan dengan indah.
Hanya cahaya bulan sahaja yang menerangi rooftop itu. Angin malam pula terasa begitu hangat hingga membuatkan Hazel berpeluk tubuh menahan sejuk tetapi tidak bagi Kris.
"Kau nak cakap apa tadi?cakaplah," kata Hazel. Pandangannya masih tertumpu pada bintang-bintang yang berkelipan itu.
"Kalau saya tanya soalan ni jangan marah tau," kata Kris. Dia memandang wajah Hazel seketika.
"Cakaplah saya tak marah pun tapi saya tak janji..." Hazel tersenyum nipis.
"Saya cuma nak bagi jawapan untuk soalan kau petang tadi masih ingat lagi tak?"
Hazel mengangguk.
Flashback.
"Bosan tu adalah juga. Tapi macam yang kau dah tahu saya ni hantu saya boleh pergi mana mana je asalkan tempat tu membuatkan saya aman,"
"Saya nak tahu tempat mana yang kau selalu pergi untuk tenangkan diri sebelum kau...em...macam ni," kata Hazel dan berasa sedikit serba salah untuk memberikan soalan itu.
Kris tersenyum tapi tidak lama senyuman itu bertukar kepada senyuman sinis. "Perlu ke kau tau tentang itu?" ujarnya.
"Tak perlu rasanya tapi saya nak tahu juga,"
"Kenapa kau nak tahu?bukankah itu tidak penting?"
"Ini bukan soal penting ke tak. Saya nak tahu sebab macam ni lah cara saya nak kenal kau dengan lebih rapat. Kalau bukan sekarang bila lagi saya nak tahu,"
End flashback.
"Kalau kau nak tahu tempat untuk saya selalu tenangkan diri adalah di bukit sebab saya suka tengok pemandangan dari atas bukit,"
"Tak takut ke seorang diri di atas bukit tu?" kata Hazel.
Kris menggelengkan kepalanya. "Semasa saya masih hidup saya selalu berharap akan seseorang yang saya cintai akan bersama dengan saya di tempat itu. Saya selalu meletakkan harapan agar dia akan bersama dengan saya tapi keadaan sahaja yang tidak mengizinkan waktu itu,"
Enjoy🍀
Bersambung...
YOU ARE READING
ʟᴏᴠᴇ Fʀᴏᴍ Dɪғғᴇʀᴇɴᴛ Wᴏʀʟᴅ ✔ [Completed]
Roman d'amour#Rank No.2 in Supernatural [21.08.2020] #Rank No.8 in Humor [18.08.2020] #Rank No.8 in paranormal [27.03.2020] #Rank No.3 in humor[3.04.2020] #Rank No.1 in Paranormal [18.05.2020] #Rank No.1 in supernatural [28.10.2020] [PROCESS IN EDITING] Takdir i...