![]()
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image. "ACHOOOO!"
"Heish orang dah kata jangan mandi kolam lama sangat. Kang dah selsema!"
Aku memarahi kookie yang langsung tak dengar cakap aku. Tengok lah sekarang, dah tiga kotak tisu habis digunakan untuk buang hingus dia.
"Ma-manalah kookie tau sampai jadi macam ni..."
Suaranya sedikit serak. Wajahnya kelihatan agak pucat.
Alah dua kali pandang rasa bersalah pula marah dia tadi "(
"Lain kali dengar cakap noona yoon. Jangan mandi kolam lebih satu jam. Nanti kamu demam kookie-ah..."
Kookie diam sahaja dengar aku membebel. Matanya sudah tertutup rapat.
"Nah, makan ubat dulu."
"Ala... Taknak laaa... Ubat pahit..."
Kookie merengek tidak mahu makan ubat. Matanya dibuka sedikit memberi reaksi tidak mahu makan ubat.
"Kookie nak sihat balik kan?"
"Nak..."
"Ha, kalau macam tu, kena makan ubat dulu baru cepat sihat!"
"Hmm... Taknak lah."
Eyyy budak ni. Ada jugak yang kena penampor aku kang.
"Oh, okey... Noona yoon nak balik lah. Tinggal kookie sorang-sorang dalam rumah ni. Kau kawan lah dengan hantu."
Aku acah nak bangun daripada katilnya tapi belum sempat aku nak bangun, kookie pantas pegang tangan aku buatkan aku terhenti.
"Jangan tinggal kookie sorang sorang dalam rumah ni noona. Kookie takut..."
Kookie merengek seperti budak kecil. Wajahnya kelihatan sembap dan tangannya genggam erat tanganku.
"Kalau macam tu,kookie kena makan ubat dulu."
"Okey."
Ha kau nampak? Mudah je nak pujuk budak ni makan ubat.
Ubat cecair berwarna oren sudah tersedia pada sudu tunggu masa nak masuk dalam mulut je.
"Ha, kapal terbang nak masuk ni. Cucuuuuuu say aaaaaaa"
Kookie pantas membuka mulutnya apabila sudu yang aku pegang masuk ke dalam mulutnya. Sekali telan, ubat itu selamat masuk dalam perut.
"Eyek. Tak syedap!"
Habis menggeletar tubuh kookie apabila ubat itu memberi impak kepadanya. Aku tengok reaksi dia pun nak ketawa. Kiyowo.
Rambutnyaku usap lembut lalu tapak tanganku diletakkan di atas dahinya. Sedikit panas menandakan dia akan demam.
Kookie pegang tanganku lembut. Dapat dirasakan haba pada tangannya.
"Nak tidur dengan noona..."
Sekali lagi dia merengek dan buat muka seposen. Aku gelengkan kepala tengok muka dia yang cute tu. Eyyy geram aku!
Aku baring di sebelah dia. Selimut dan bantalnya dibetulkan supaya tak sakit badannya nak tidur nanti
"Tidurlah."
Perlahan-lahan tapak tanganku menyentuh kawasan lengannya. Ditepuk lembut.
"Guwamo."
Dia pandang aku tak berkelip. Senyumannya melebar walaupun dalam keadaannya yang sakit.
Aku angguk perlahan membalas katanya. Aku usap lembut wajah comelnya.
"Saranghae noona."
Chuppp!
Dengan sekelip mata, bibirnya telah bertemu bibirku. Dia mencium lembut bibirku. Kejap dan singkat.
Sehinggakan, aku pun tak sedar yang dia telah cium aku.
Degun degun
WEHHH APESAL JANTUNG AKU BERDEGUP KENCANG NI?!
"Kookie sayang noona."
Perlahan-lahan dia mendekatiku. Aku yang masih lagi blur hanya diam langsung tak bergerak macam patung.
"Kookie cintakan noona."
Bamm!
Kau dengar bunyi apa? Yeah. Itulah bunyi jantung aku sekarang ni. Terus jantung aku berhenti berdegup bila kookie pantas memeluk erat tubuh aku.
Ini bukan pelukan biasa-biasa ye gais.
Kau bayangkan, lelaki perempuan, duduk atas katil yang sama. Dalan selimut yang sama. Saling bertentang mata, bercium, dan.... Berpelukan.
"Selamat tidur noona...."
![]()
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image. .
.
.
.
.
Oh my my my!💜

YOU ARE READING
[C] Jeon Junior
Fanfic"Jika diberi peluang, kookie ingin bersama noona hingga akhir hayat kookie." Its Jeon Jungkook fanfiction 2019 Start- Sunday, 1 sept 2019 End 31 December 2019 ▫Written by ; guanllivers