LELAKI kacak itu berdiri di tepi bilik janitor. Sejak tadi dia hanya mundar-mandir di situ. Tak tahu apa yang harus dia buat. Sakit hati kerana tidak dibenarkan bertemu dengan perempuan yang dia sukai. Kepalanya buntu memikirkan bagaimana dia mahu menemui perempuan itu.
"Kau buat berapa kerja, Wani?"
Lelaki kacak itu menadah telinga mendengar bicara Wani dan seorang lagi belum diketahui namanya. Kebetulan dia berada di situ.
"Dua kerjalah. Satu kerja tetap dan satu lagi kerja part-time," beritahu Wani.
"Aku kasihankan kau. Kenapa kau tak tinggalkan saja suami penagih dadah tu?" tanya perempuan tanpa nama itu.
"Aku fikirkan anak-anak aku. Anak-anak aku rapat dengan dia. Nanti..."
"Wani, kau yang letih kerja. Memanglah anak-anak kau akan tanya pasal dia, tapi sekurang-kurangnya kau dah tak bela biawak hidup. Kau cari duit untuk anak-anak kau saja."
Pantas perempuan tanpa nama memintas cakap Wani.
"Aku tak tahu, Mila." Wani menggelengkan kepalanya.
"Aku ni sakit hati tengok kawan aku kerja berhempas-pulas. Laki kau buat apa? Tunggu kau bagi duit untuk beli dadah. Kau kena fikir panjang, Wani. Suami tak bertanggungjawab macam tu, kau patut tinggalkan." Mila memberi nasihat lagi.
"Aku... aku masih sayangkan dia."
"Aku tak tahu nak cakap apa lagi."
Mila bangun dan terus keluar. Sakit hati bercakap dengan kawannya itu. Dia terpandangkan lelaki kacak yang berdiri di tepi dinding. Mungkin tetamu di resort ini.
Mila senyum kepada lelaki kacak tersebut.
Lelaki kacak itu melangkah. Sudah puas dia menadah telinga. Ah, di dunia ini ada juga perempuan yang masih sayangkan suaminya meskipun suaminya itu penagih dadah. Hairan macam mana perempuan ada perasaan macam itu.
Dia, buat perempuan macam baju yang dia tak suka. Bila dah tak suka baju tersebut, dia buang. Buat apa simpan lagi, kalau sudah tidak menyenangkan hati.
Perempuan yang bernama Wani itu patut buang saja suaminya itu, sementelah dia yang terpaksa mencari rezeki.
" Abang tak faham ke? Wani tak dapat gaji lagi."
Suara menjerit itu memakukan langkahnya. Dia mahu mendengar apa yang dibicarakan.
"Abang, janganlah. Tu anak-anak abang juga kut." Wani menangis.
"Baiklah, Wani bagi. Nanti petang lepas kerja. Boleh kan? Jangan tinggalkan anak kita-kita, abang..." Wani merayu.
Tak tahu apa yang lelaki itu cakap tentang anak-anaknya. Tapi satu yang pasti, Wani memerlukan duit.
Wani memasukkan telefonnya ke dalam poket seluar. Buntu dia memikirkan masalah duit sekarang. Takkan pernah habis kalau suaminya itu hanya menghabiskan duit untuk membeli dadah.
Wani terkejut apabila ternampak seorang lelaki berada di situ. Dia senyum sekilas sebelum melangkah.
"You perlukan duit?" tanya lelaki kacak tersebut.
Langkah Wani terhenti. Dia berkalih, memandang lelaki kacak tersebut.
"I tahu you perlukan duit." Dia senyum senget.
"Macam mana encik tahu?" tanya Wani.
"I dah dengar perbualan you dengan kawan you dan juga panggilan telefon tu." Sekali lagi lelaki kacak itu senyum dengan hujung bibir terjongket.
Wani tersentak. Terkebil-kebil dia memandang lelaki kacak itu.
"You nak buat duit?" tanyanya lagi.
Wani mendiamkan dirinya.
"I boleh bagi berapa yang you nak. You sebut saja. Tapi, you kena buat kerja untuk I."
Lelaki kacak itu memberi tawaran kepada Wani.
Wani terkesan dengan berapa saja jumlah yang disebut lelaki kacak itu.
"Berapa saja?" tanya Wani sekali lagi.
Lelaki kacak itu senyum sinis sambil angguk kepala.
"Saya nak lima ribu."
"Okey. Tapi, I ada kerja untuk you. Mudah saja." Lelaki kacak itu senyum lagi.
Walaupun berdebar-debar apa kerja yang akan diberitahu oleh lelaki kacak ini, Wani angguk kepala. Dia sanggup lakukannya kerana dia yakin dia dapat buat. Cuma bagi kopi yang telah dimasukkan ubat tidur dan beritahu ada sesuatu yang berlaku di dalam bilik pemilik tempat ini.
Itu kerja mudah saja sebenarnya. Selepas dia selesaikan kerja, lelaki kacak ini akan membayar separuh lagi wang yang dijanjikan.
Wani pandang akaun banknya secara online. Duit yang dijanjikan sudah pun ada di dalam akaunnya. Walaupun separuh dahulu, tapi lelaki kacak ini memegang janjinya.
Apabila selesai semuanya, Wani keluar dari bilik bosnya. Menanti sehingga 10 minit dan dia mengetuk pintu bilik pejabat bosnya sekali lagi.
"Saya dengar bunyi dalam emper, encik."
Wani buat muka cemas ketika berhadapan dengan bosnya. Bosnya terbangun dengan muka cemas juga.
"Macam suara perempuan menjerit." Wani menambah lagi.
Wani hanya memandang bosnya itu terburu-buru keluar dari biliknya. Agak terhuyung-hayang. Wani tahu ubat tidur tadi sudah ada kesannya.
Wani keluar juga. Dia hanya memandang saja bosnya itu berlari masuk ke dalam empernya. Belum pun sempat pintu tertutup, Wani dengan segera meletakkan kayu mop bagi menghalang pintu itu tertutup terus.
Lelaki kacak itu keluar dari tempat persembunyiannya.
"I dah masukkan duit selebihnya ke dalam akaun you. Terima kasih."
Lelaki kacak itu melangkah masuk ke dalam emper bosnya. Dan Wani menarik kayu mop dan pintu itu tertutup dengan sendirinya. Tak tahulah apa yang akan jadi di dalam bilik tersebut. Dua orang lelaki dengan seorang perempuan.
Wani terus pergi. Adakerja yang harus dia selesaikan di sini. Lagipun dia dah dapat duit atas kerjayang biasa-biasa saja.
YOU ARE READING
CINTA HARUS MEMILIKI
RomanceTajuk: CINTA HARUS MEMILIKI Penulis: ZAZA QRY Harga: RM25 / RM28 Adlila dicurangi tunangnya, Falik. Daripada mahu menangisi kecurangan Falik, Adlila bertindak memaksa Falik membayar wang yang telah dia habiskan untuk Falik semasa tunangnya itu belaj...