{ Part 1}

149 3 0
                                    

{Senorita}

Kepalanya pening.. tekaknya kering dan haus. Selimut di tubuhnya di betulkan tanpa sedar.. matanya di gosok beberapa kali. Kepalanya di picit kasar. Matanya di buka perlahan.

What.. aku dekat mana ni? Tangan kasar menyelak selimut yang melilit di tubuhnya. Ya Allah.. mulutnya di tekup. Nafasnya sesak! Air liur terasa pahit. Matanya menjadi panas. Apa yang jadi? Dia memalingkan mukanya melihat sekeliling bilik. Baju jubahnya berterabur di atas lantai. Tudungnya juga tersangkut elok pada lampu tidur.

Seorang lelaki keluar dari bilik air dengan hanya memakai kain tuala. Riak wajah lelaki itu agak terkejut namun pantas di betulkan. Riaknya hanya bersahaja. Matanya di alihkan pada arah lain. Dia tidak mahu terjadi apa-apa diantara dia dan si gadis.

"Kau! A..apa yang kau dah buat pada aku!? Hiks.. Hiks.. apa salah aku? Ni semua dosa.. kenapa kau buat dekat macam ni!?? Allahuakbar.. cadar katil di genggam erat! Air matanya menitis laju. suaranya di tahan. Bibirnya di gigit kemas. tangisannya tidak didengari. Dia menahan sebak yang maha dahsyat.. mahkota yang dia jaga selama ni di rampas tanpa dia rela. Dan lelaki yang merampasnya bukanlah suaminya, tetapi orang lain! Orang luar yang dia hanya kenal untuk beberapa kali. Ujian apa yang engkau berikan kepada aku ni ya Allah..

" Aku.. aku minta maaf. Matanya masih menghala ke arah lain. Dia tidak mahu matanya melihat Nadira dalam keadaan macam tu. Jiwa dia sesak dan sakit. Dia berlalu duduk di atas kerusi di meja solek. Rambutnya di keringkan menggunakan tuala kecil yang tergantung pada sisi cermin.

" Minta maaf? Dalam hidup aku.. aku tak pernah jumpa lelaki kejam dan keji macam kau. Aku ni nampak murah ke di mata kau? Jubah yang aku pakai.. sarung kaki yang aku tak pernah lupa untuk pakai..tudung yang aku sarungkan dekat kepala aku ni tak cukup ke nak menghalang nafsu serakah kau!? Hiks..Hiks.. a..Ay..ayah aku jaga dan di..dik aku cukup dengan ilmu agama.. dan kau! Jari telunjuknya di angkat menunjuk ke arah cermin. Kau.. kau kotorkan anak perempuan dia dengan perbuatan keji kau! Allah.. ayah maafkan Dira.. arghhhhhhhhhh!!!

Dia berlari menuju ke arah katil. Tangan Dira yang menarik rambutnya sendiri di lepaskan. Tubuh Dira yang terdedah di tutup dengan jaket kulitnya yang bersepah di atas lantai. Air mata Dira yang mengalir di seka. Sungguh dia tak berniat nak buat macam ni.. keadaan yang memaksa dia untuk bertindak sebegitu. Maafkan aku Dira.

" Kau jangan sentuh aku dengan tahan jijik kau! Tangan Haikal dia tepis kasar. Kau keluar.. aku nak kau keluar!! Eh babi! Kau dah rosakkan aku! Lepastu kau nak berlagak macam kau kisah pasal aku!? Pergi mati! Aku lebih rela mati dari duduk sebilik dengan syaitan yang bertopengkan manusia macam kau! Lampu tidur yang berada di sebelahnya di ambil lalu di baling tepat mengena kepala Haikal. Lelaki itu tidak mengelak.. hanya duduk menutup mata. Darah yang mengalir menghasilkan rasa puas di hati Dira. Haikal bangun lalu beredar keluar dari bilik tersebut. Di biarkan Dira sendiri melayan perasaan. Marah? Dia tak salahkan Dira dengan apa yang terjadi kepada dirinya pagi itu. Dia layak mendapat lebih lagi dari sekadar di baling lampu tidur. Darah yang mengalir tak mampu mengembalikan maruah Dira.

Rogol? Tak.. dia tak merogol Dira. Dia hanya meletakkan Dira di dalam biliknya sahaja. Yang membuka baju dira.. yang menyelimutkan Dira.. semuanya kerja kawan-kawan perempuanya. Dia tidak sangka lakonan yang dia ingin hasilkan rupanya kelihatan seperti original dia yang merogol Dira. Habis segala jubah dan tudung berselerak di atas lantai.. segala selimut dan cadar kelihatan seperti berkedut dan serabut. Haish.. kerja bodoh apa yang kau buat ni kal..

Rambutnya di usap ke belakang.

Kenapa aku buat macam ni?

"Sebab aku sayang dia.. aku taknak dia terlepas pada orang yang salah. Ye.. aku mengaku yang aku tak lah sebaik lelaki-lelaki yang keluar masuk dalam masjid dan surau. Jauh lagi nak di bandingkan dengan ustaz-ustaz yang ada ilmu agama di dada. Dia Sejenis lelaki yang mempunyai perempuan di sekeliling pinggang. Tapi aku lelaki biasa.. Cinta aku pada dia datang tanpa di pinta. (Dia lain) dia tak sama dengan perempuan yang selalu aku heret ke hulu dan ke hilir. Perempuan yang mudah di dapat hanya dengan menggunakan duit. Dira lain.. dia seorang gadis yang susah untuk dia dekati. Pelbagai cara yang dia gunakan untuk mendekati gadis tersebut.. namun hampa! Hatinya sekeras batu. Sudah 3 kali pinangan di tolak mentah-mentah oleh Dira. Keluarga Dira juga sudah mula menunjukkan tanda kasihan kepada dirinya. Salah dia apa? Kenapa Dira berkeras taknak bersuamikan dia?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 19, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

she differentWhere stories live. Discover now