EYRUL 5

1.4K 100 73
                                    

"HEI,hei," tegur Eyra apabila melihat suaminya yang melulu masuk tanpa amaran.

"Ya saya?Can I help you miss? "

"Suka hati kau aje masuk bilik aku eh.Datang dahlah tak diundang"

Matanya mencerlung tajam memandang Fairul.Tak sukanya dengan orang yang tak minta izin ni!

"Siapa kata aku datang tak dijemput? Abang kau yang ajak.Selalunya kalau balikkan memang aku tidur bilik kau," kata Fairul mempertahankan diri.

"Siapa yang ajak kau ke sini?"

"Kau pekak ya?Abang kaulah,Izzat"

"Hah dah tu pergilah tidur dekat bilik dia"

"Aku boleh je.Tapi kakak ipar kau nak campak mana?"

"Tolonglah berambus.Pergi tidur guest room," halau Eyra marah.

"Nanti kesianlah dekat Kak Sari nak kena kemas bilik tu," Fairul masih lagi berdalih.

Baginya,bilik Eyra tersangatlah best!Ingat dia nak sangat ke sebilik dengan wanita itu?Jika diizinkan,sudah lama dihalau isterinya tidur di ruang tamu.

"Ewah!Siapa kata Kak Sari kena kemas.Kaulah kemas sendiri,"

Kak Sari itu,dia sahaja yang boleh arahkan.Hanya Eyra yang berhak ke atas pembantu rumah tempatan itu.

"Kau ni bisinglah.Aku nak tidur bilik ni.Bukan selalu tidur sekatil kan," usik Fairul lalu mengenyitkan mata.

"Okay.Biar aku tidur kat guest room,"

Eyra menghayunkan langkahnya ke bilik tetamu.Asalkan terasing dengan Fairul.Dia masih marah lagi akan suaminya.

Baru sahaja dia ingin menutup pintu,Fairul menolak pintu tersebut dan meluru masuk.Eyra jatuh terduduk di lantai.Dahinya merah akibat hentakan pintu.Suaminya mencampak beg baju ke atas katil.

"Asal kau ikut aku?" soal Eyra.

"Aku nak tidur dengan kau," pinta Fairul.

"Aku bukannya tak kasi kau tidur dengan aku.Tapi aku takut tak dapat kawal diri"

"Kawal diri kau daripada?"

"Cederakan kau.Sakit hati pasal siang tadi tak habis lagi tau.Kau tak takut ke kalau kau bangun esok pagi kau sudah ada di alam barzakh?Tertimbus di tanah.Sebab apa?Sebab tak bernafas akibat ditekup muka dengan bantal semasa tidur"

"Nak cederakan aku konon.Kene cop 'isteri derhaka' je pun dah nangis.Inikan pula nak cederakan aku," perli Fairul dengan mimik mukanya.

Tanpa disangka,Eyra menumbuk kuat hidung suaminya.Terteleng muka Fairul akibat perbuatan isterinya.Dia meringis kesakitan.

Eyra terkedu dengan aksi beraninya.Dia menghampiri suaminya dengan takut-takut.

"Fairul," panggil Eyra cemas.

Rasa bersalah menguasainya.Fairul menepis kasar tangan Eyra yang memegang mukanya.Terdorong sedikit wanita itu ke belakang.Fairul mengangkat muka.Darah mengalir keluar dari hidungnya.

Dia menatap tajam wajah isterinya.Eyra benar-benar terkejut melihat darah yang mengalir.Dia menekup mulut dan menggeleng tidak percaya.

"Padu juha tumbukan aku," ujar Eyra perlahan.

Tanpa berkata apa,Fairul mengambil begnya lalu melangkah keluar.Dia membuka tingkap lalu terjun.Eyra yang terkejut dengan tindakan suaminya terus menjenguk ke luar tingkap.Dilihatnya Fairul sudah tercacak mati tercucuk besi pagar.

House Husband(EYRUL) ✅Where stories live. Discover now