DP||6

10 0 0
                                    


"Eh... Zana, dah hantar dah?" tanya Erina dengan muka yang berkerut-kerut sambil mengusap-usap perutnya yang meronta supaya diisi.

"Kau ni dah kenapa muka macam ayam tertelan dedak pula ni?"

"Wah, sedap kau samakan aku dengan ayam eh. Aku dari tadi tunggu kau nak rehat sama-sama. La ni, baru nampak muka kau. Lagi satu, apahal lambet sangat kau turun ni? Cer cerita."

'Dah, bebel pulak minah ni,' desis Zanna.

"Oh yeke, maaplah sis lambat sikit tadi sebab... err meh la kita makan dulu nanti aku cerita eh?"

Lalu, mereka pun beriringan menuju ke kantin bagi mengisi perut dengan masa yang masih berbaki lagi 5 minit sebelum waktu rehat tamat.

Di satu sudut kantin,

"Kau ni ham, apahal aku tengok kau ni dah semacam je tebiat kau tu?" tanya Razeem sahabat baik Elham.

"Lain macam? Cer kau spesifik kan sikit. Aku tahu, aku dengan buang tebiat tak boleh berpisah. Kau ni pun Raz, cakap tu biarlah terang," kata Elham yang sedang khusyuk melantak nasi ayam.

"Ok, sebenarnya aku tengok tebiat kau ni makin teruk tau. Dalam erti kata lain, kau sedang dilanda... angau eh?"

"Uhukk, apa?" Laju tangan Elham menggapai air laicinya akibat tersedak.

Setelah memastikan kerongkongnya lega, "wahai Raz, kau cuba nak bagi soalan perangkap ke apa. Nak angau apa nya, kita sebagai pelajar yang berwawasan dan berdisiplin, tak mainlah berangau-angau ni, tak baik untuk kesihatan kita" ucap Elham dengan penuh keyakinan.

"Amboi kau ham, berwawasan, berdisiplin konon. Cuba kau tengok jam kau tu, dah pukul berapa? Makanan pun tak habis lagi, ada hati nak cakap macam kau tu pelajar harapan. Puihh," sindir Razeem dan terus mengangkat punggung meninggalkan Elham yang masih terkocoh-kocoh melicinkan nasi ayamnya.

"Woi, Raz tunggu!" Jerit Elham lalu mengejar langkah sahabatnya itu.

🔖🔖🔖

"Oh, patutlah turun lambat, terlanggar dengan prince charming rupanya! Oh, so sweet!" ucap Erina dengan penuh kegedikan.

"Eh, tolong sikit. Not prince charming, tapi bala! Urghh,"

Tiba-tiba,

"Aduh, maaf-maaf. Saya nak kejar kawan saya tadi tak sa..."

"Erghh, kau lagi bala! Kau ni memang tak ada mata ke? Selalu sangat dah kau langgar aku? Apa dah tak ada orang lain ke kau nak langgar haa?" berang Zanna.

Apa takde benda lain ke nak dilanggar? Tiang dan dinding di sekolah ini punyalah banyak, aku juga yang nak dilanggarnya.

Erina disebelahnya hanya mampu memerhatikan sahaja.Tidak mahu membesarkan lagi perbalahan mulut yang sedang tercetus.

Nasib mereka baik kerana keadaan di kantin sudah mulai lengang.

Setelah mendengar perkataan yang dikeluarkan oleh Zanna, Elham yang tertunduk dari tadi mengangkat kepalanya.

"Awak! Terlanggar lagi ye kita! Maybe awak ni jodoh saya kot. By the way, nama saya Elham Nash, nice to meet you... Nur Zanna," lalu beredar dengan satu kenyitan mata.

Amboi, terus jadi mat romeo kau.

"Wah wah, sempat tengok tag nama pulak. Puihh, tak hingin aku nak jadi jodoh kau. Dalam mimpilah! Silap-silap, dalam mimpi pun aku tak hingin," balas Zanna yang sedang mengepal tangannya lagak nak menumbuk si 'bala' itu.

"Zana, kau... sebenarnya terlanggar dengan mamat tu dah berapa kali haa? Kau tak share pun? One more thing, nama dia nice lah dengan muka dia! Really like prince charming!"

"Oh, nice eh? Apa kata kau je yang take over jodoh dia. Kau pun lawa pula kan, memang padan sangat dengan mamat kepala senget tu," sindir Zanna lalu meninggalkan Erina yang masih di dalam angan-angannya.

"Eh, Zana! Janganlah marah beb! Aku gurau je," lalu turut membuntuti langkah Zanna menuju ke blok kelas mereka.

★★★★★★★

Khamis14/5
9:00pm
Dear Pinky, Haihh... hari ini hari yang begitu merimaskan. Di mana-mana je... ada sahaja bala. Dalam kelas ada minah sewel yang dengki, buku cikgu singa tertinggal. Mana-mana tempat ada mamat kepala senget yang mengaku jodoh. Apa lah nak jadi. Mungkin hari ini aku terlupa baca doa tolak bala kut, itu yang jadi macam ni, haihh. Senang je kan, kerja kau pinky, kau boleh terima luahan aku seadanya. Dahlah sini je lah dulu coretan. Goodnight Pinky.
Sincere, Zana.

'Mudah-mudahan hari esok aku tak lupa untuk baca doa tolak bala,' bisik Zanna sambil menepuk bantalnya lalu menutup lampu sisi katilnya.

📚📚📚

"Amboi Zana, ceria je pagi ni? Ada apa-apa ke? Tak pun mimpikan prince charming eh?" tegur Erina diselitkan gurauan.

"Mulut tu biar sedap sikit ye Eri, tak ada maknanya nak mimpikan mamat kepala senget tu. Aku ceria sebab aku dah baca doa tolak bala. Moga-moga tak ada lah bala yang menimpa aku hari ini," balas Hana dengan yakin sekali.

Lalu, mereka berdua pun beriringan menuju ke bangunan blok B, di mana kelas mereka ditempatkan sambil mulut mereka saling berkongsi cerita.

Sedang pelajar 5 Excellent menunggu kedatangan Cikgu Hairina, Cikgu Sara, merangkap guru kelas 5 Excellent bersama seorang murid baru memasuki kelas tersebut.

Serta-merta, kelas tersebut bertukar sepi.

"Ok, hari ini kita ada kawan baru, go introduce yourself to classes," pinta Cikgu Sara kepada murid baru tersebut.

"What! Tak mungkin!"


Stay tune°vote°comment°

DIARI PINK [OG]Where stories live. Discover now