LFDW - Chapter 25

1.6K 182 4
                                    

Pelbagai jenis permainan yang terdapat di Funfair itu seperti Sky Rider, Euro Wheel, Merry Go Round, Dodgem Car, Haunted Crystal dan banyak lagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Pelbagai jenis permainan yang terdapat di Funfair itu seperti Sky Rider, Euro Wheel, Merry Go Round, Dodgem Car, Haunted Crystal dan banyak lagi. Bagi yang kaki ekstrem pula boleh mencuba permainan yang agak mencabar seperti Vortex,
Challenger, Top Gun dan Flying Chairs.

"Oh no I'm so excited!Hazel...Sofia jomlah kita pergi try main Flying Chairs tu dulu," Jade terus menarik tangan dua orang sahabatnya itu menuju ke kaunter pertukaran duit ke token.

"Kamu berdua pergilah dulu aku nak duduk kejap dekat sana," kata Hazel. Dia sebenarnya mahu meluangkan masa bersama dengan Kris memandangkan dia yang pergi bawa si hantu itu.

"Jangan menghilangkan diri pula. Ala nak dating dengan Kris lah tu kan. Jom Jade usah dikacau pasangan tu kang ada yang mengamuk tak tentu pasal," Jade dan Sofia tersenyum sebelum pergi meninggalkan Hazel yang sudah bengang melihat dua orang rakannya itu.

Kris memandang kawasan Funfair itu dengan pandangan kosong. Dia mengalihkan pandangan apabila perasan Hazel yang datang menuju ke arahnya.

"Kris...are you okey?" kata Hazel seraya mengambil tempat duduk di sebelah Kris. Wajah pucat milik lelaki itu dipandang sedalam dalamnya.

"I'm okey. Kau tak nak pergi main ke?mesti ni kes gayat tinggi kan?"

"Macam mana kau tahu?kau dapat baca fikiran saya ke?" tanya Hazel.

Kris tersenyum seraya menggelengkan kepalanya.

"Saya agak je. Kenapa?kau nak saya baca fikiran kau sekarang?boleh jer..." Kris tersenyum senget.

"Hantu dapat baca fikiran manusia ke?tapi selalunya kau boleh baca fikiran sayakan?"

"Itulah sebabnya kenapa dalam dunia ni ada roh yang jahat dan ada juga yang baik. But sometimes I can read your mind. I don't know why but this is the fact," terang Kris.

"So that's mean kau salah satu dari roh yang baik or what?" tanya Hazel lagi.

"Kalau saya ni roh jahat kau rasa apa yang akan jadi dekat kau selama ini?kita dah kenal hampir dua minggu and kau dalam keadaan baik so that's mean Im a good ghost right?"

"Kalau kau roh yang baik kenapa kau masih berada di dunia?" soalan yang ditunggu tunggunya selama ini untuk diberikan kepada Kris akhirnya dapat juga dia katakan hari ini.

"Saya cuma rasakan saya roh yang belum tenang. Banyak lagi perkara yang saya belum selesaikan dalam dunia ini dan memandangkan nyawa saya berakhir begitu sahaja so why not saya nak selesaikan apa yang patut sebelum saya kembali di dunia saya,"

Hazel terdiam sebentar. Sebaik sahaja dia mendengar perkataan 'kembali di dunia saya' yang keluar dari mulut Kris dia rasakan seperti dihuni sesuatu perasaan yang berbeza daripada sebelumnya.

Kenapa tiba tiba boleh jadi macam ni?Oh no please, saya tak nak perasaan yang lain datang. I have to control my feeling.

"Masa untuk kau kembali di dunia kau lama lagi tak?"

Kris tersenyum mendengar soalan itu.

"Boleh dikatakan lama sebab macam mana saya nak tenang kalau dia sendiri pun belum ingat lagi siapa saya," ujar Kris dan di sebalik kata-katanya itu mempunyai maksud yang tersirat.

"Maksud kau apa?" kata Hazel sedikit bingung.

"Tak apa, bila-bila masa kau sendiri akan tahu juga," ujar Kris seraya tersenyum.

"Tapi saya nak tahu juga..."

"Kalau kau nak sangat tahu kau kena usaha sendiri cari jawapannya,"

"Macam mana saya nak cari jawapan kalau saya pun memang tak tahu apa-apa?ish kau ni memang kejamkan?tak nak bagitahu,"

"Saya kejam ke?atau kau yang tak nak berusaha?"

"Okey fine!malaslah nak bercakap dengan kau ni. Mesti banyak sahaja perkara yang kau nak rahsiakan dari pengetahuan saya,"

"Buat masa ni kau tak perlu tahu yang lain. Memang banyak perkara yang saya rahsiakan dari kau sebab itu adalah tujuan utama saya,"

"Kris...we are friend right?kenapa perlu berahsia?" ujar Hazel. Dia berasa sedikit kecewa saat itu.

Kris mengeluh perlahan. Ya memang kami kawan tapi aku cuma belum bersedia untuk memberitahunya semua perkara yang sebenar dan aku takut kalau dia tidak boleh menerima kenyataan. Bisik hati Kris.

Melihat Kris yang hanya berdiam diri, Hazel terus berdiri dari tempat duduk namun tangannya pantas dipegang Kris.

"Kris...let me go. Saya nak pergi jumpa kawan saya," kata Hazel tanpa memandang Kris.

"Maafkan saya," Kris perlahan-lahan melepaskan tangan Hazel. Dia tahu gadis itu marah tapi dia bukannya sengaja berahsia dengan Hazel dia pun ada sebab tersendiri juga.

"Hazel...I'm coming..." jerit Xander yang baru sampai. Sesekali matanya tertancap pada susuk tubuh lelaki yang berdiri di belakang Hazel mata Xander bagaikan tidak berhenti berkelip. Betul ke apa yang aku nampak ni?atau ni cuma mimpi.

Kris hanya beriak biasa. Xander pula yang terlebih over reacted sehingga menampar pipinya dua kali sebab dia nak tahu ini hanya mimpi atau reality.

Sakit!itulah yang apa aku rasakan maksudnya ini reality bukan mimpi apalah bangang aku ni. Ta-tapi...?

"Hey bro..."




Enjoy🍀

Please vote kalau sudi😀and
Thanks sebab sudi baca cerita ini❤

ʟᴏᴠᴇ Fʀᴏᴍ Dɪғғᴇʀᴇɴᴛ Wᴏʀʟᴅ ✔ [Completed]Where stories live. Discover now