"What! Tak mungkin!" Jerit hati Zanna menafikan kemunculan 'rakan baru' mereka itu.
Kenapa mamat kepala senget pindah masuk kelas ni. Arghh, kacau betul lah!
"Assalammualaikum semua, nama diberi Elham Nash Bin Zamrul. Terima kasih kerana sudi menerima saya masuk ke dalam kelas ini. Moga-moga kita dapat bersama memberikan kerjasama dalam apa jua tugasan okey!" ucap Elham diakhiri dengan sekilas kenyitan mata ditujukan khas kepada Nur Zanna.
Main kenyit mata pula. Fikir diri dah cute tahap beruang ke. Puih,
Kelihatan rakan sekelas Hannani menerima Elham dengan hati yang terbuka.
Tetapi tidak pada seorang insan yang bernama Nur Zanna Binti Tuan Ezrul.
Bagi Zanna, bala tetap bala. Tidak akan pernah lebih dari itu.
🔖🔖🔖
"Haish, kenapa Zanna langsung tak pandang aku pun. Punyalah penat aku bermukaddimah panjang-panjang tapi... tak berhasil langsung," keluh Elham perlahan.
Sejujurnya, niat dia masuk ke dalam kelas itu pertama sekali kerana dia tahu ilmu agamanya cetek tahap air surut.
Kedua, dia ingin mengenali lebih dekat lagi dengan Nur Zanna yang diminati sejak perlanggaran antara mereka di hadapan library.
Sifat keselambaanya itu telah menggugat tangkai hati milik Elham Nash. Selama dia hidup 17 tahun, tidak lagi dia menjumpai sifat perempuan seperti itu.
Baginya, that's girl so limited edition that he never found.
Perjuangan harus diteruskan! Bukan untuk kali ini tetapi akan datang.
Fighting!
"Ehemm... brader, apa yang fighting nya tu bersemangat nampak? Siap gaya pula tu? Menarik," tegur rakan sebelahnya.
"Err... fighting untuk belajar sama-sama? Ehe," tukas Elham yang ingin meng'cover' akan kelakuannya yang pelik itu.
Kemudian, dia menyambung kembali kerja menyalin nota yang diberikan oleh guru sejarah mereka.
Waktu rehat,
Memandangkan hari ini sahabat baiknya Erina, tidak hadir ke sekolah. Jadi, dia menghabiskan waktu rehat bersama diari pink nya itu di library.
Setelah memilih tempat yang sesuai, dia melabuhkan punggungnya di kerusi bersebelahan tingkap.
Jumaat 15/5
10:31am
Dear diary, halamak pinky... hari ni memang bala paling besar sekali yang melanda. Boleh pula mamat kepala senget tu pindah kelas aku. Dasar kepala senget, ada hati nak belajar kat kelas agama. Astaghfirullah bawak mengucap, tak baik halang orang yang ingin mempelajari ilmu agama.Tapi Pinky, kau tak rasa ke dia ada agenda lain masuk kelas aku? Ok, we will see.Till this, bye.
Sincerely, Zana.Tamat sahaja coretannya yang terakhir di muka surat yang keempat, dia mengerling jam merah jambunya.
Herm... masa banyak lagi ni.
Waktu rehat masih berbaki 6 minit sebelum loceng berbunyi menandakan waktu rehat bagi menengah atas akan tamat.
Sementara itu, kakinya melangkah ke arah rak buku bacaan fiksyen bagi menghabiskan waktu rehatnya.
Setelah memilih sebuah novel yang dirasakan amat menarik minatnya, dia kembali semula duduk di mejanya dan memulakan pembacaan dengan khusyuk.
Di kaunter perpustakaan,
"Rajinnya dia baca buku waktu rehat. Ni yang buat aku makin tertarik dengan dia ni," gumam Elham yang ketika itu sedang mengemas buku di kaunter mengintai Nur Zanna.
Matanya laju sahaja menangkap kelibat si crush yang sedang khusyuk dengan bacaannya.
Nampak sahaja Zanna bangun dari tempatnya, dia pun cuba menyorokkan dirinya dibawah meja kaunter. Takut-takut Hannani perasan akan dirinya kerana mengintai Zanna begitu lama.
Setelah memakai kasut,
'kenapa aku rasa macam ada orang pandang aku je haa? Kacau betul aku nak habiskan bab 4 tadi,' desis Zanna tidak puas hati.
Sedarlah wahai Zanna, kau sedang diperhatikan oleh 'stalker' berbaju ungu yang kau gelar mamat kepala senget tu.
Zanna tidak akan mudah menyukai mana-mana lelaki kerana itu prinsipnya.
Jangan harap! Sebelah mata pun aku tak akan pandang, inikan pula dua biji mata aku ni. Huhh,
📚📚📚
Tiba di kelas,
"Eh, minah baru balik dari pusat buku ke? Nak tunjuk rajinlah kononnya kan, tak gitu Dina?" Perli Ina diikuti Dina.
Eh, lalat diva ni, dah kena mandrem lalat ke apa? Tiber je nak perli-perli ni.
"Hoi minah, pahal diam je? Balas lah sikit. Ke tak nak ilmu yang kau dah hadam tu terkeluar balik ha? Hahahahaha," giliran Dina pula yang mengejek dirinya.
Selasak Zanna pun, tak mainlah balas perlian ni. Buat tambah dosa adalah. Diam itu lebih baik, gitu.
"Eh, korang ni apahal dengki sangat dengan Zanna? Biarlah dia nak balik dari kedai buku ke, pusat buku ke. Sekurang-kurangnya ilmu dia bertambah. Korang? Hado?" Bidas Elham mempertahankan si buah hatinya.
Terdiam dua ekor 'lalat' itu dan kembali ke tempat mereka setelah 'dicuci' oleh hero tidak diiktiraf.
"Awak ok?"
Stay tune° vote° comment°
YOU ARE READING
DIARI PINK [OG]
Teen FictionKisah Nur Zanna yang terlalu obses akan warna pink.Tiba hari kelahirannya, dia telah memperoleh hadiah berupa sebuah diari pink yang diidam-idamkannya selama ini. Diari pink membantu Nur Zanna melampiaskan segala yang terpendam di hati, tidak kira d...