BAB 8
Farhan melepaskan keluhan berat . Beg dicampak ke arah almari , sesungguhnya hatinya sendiri memberontak untuk memujuk gadis itu . Namun , dia juga manusia yang mempunyai ego sendiri . Setiap kali , Sarah berjalan melintasinya segala kenangan yang dilalui terimbas satu persatu .Hmmh . Memanglah tak banyak sangat kenangan , tapi cukup untuk membuatkan dia merindui pujaan hatinya itu .
Handphone yang berada di atas meja belajar dicapai . Segala mesej yang masuk dibuka satu persatu . Namun , yang paling membuatkan dia terkejut apabila membuka mesej daripada Sarah . Senyuman mula merekah di bibirnya , terbayang di matanya wajah Sarah yang merah sewaktu menghantar mesej ini . Tangannya pantas menekan icon ‘call’ .
“Hel..lo.”ujar Sarah tergagap sewaktu mengangkat panggilan daripada Farhan itu .
“Gagap ke ?”tanya Farhan selamba .
“Hah ? Eyh , takdelah . Just pelik sebab tiba – tiba awak call .”terang Sarah .
“Yelah , saya pun pelik juga sebab ada orang tu rindu kat saya .”usik Farhan , badannya dihempas ke katil sambil tersenyum .
“Hah ? Err .. Awak dah baca mesej tu ke ?” bibirnya mengukir senyuman , matanya dipejam dan dalam masa yang sama mukanya seperti udang bakar .
“Dahlah wak . Kalau tak , takdelah saya call . Banyak betul awak missed call saya kan ? Sorry tak angkat , phone silent tadi . Anyway , saya lagi rindu kat awak tau !”jawab Farhan .
“Yelah tu , tadi awak siap gelak – gelak lagi dengan perempuan tu .”jelas Sarah dengan nada rajuk .
“Alalalala , ada orang tu jealouslah pulak . Tu Nadia lah , kawan je . Actually , waktu tu kitorang bertiga tapi budak lelaki tu pergi tandas . Awak tak marah kan ?”
“Takkanlah saya nak marah , awak yang cakap awak bertiga waktu tu .” ucap Sarah pula. Cepat benar rajuknya hilang .
“Tapi tadi saya nampak awak nangis . Kenapa ?”tanya Farhan mengejut .
“Hah ? Saya nangis ? Eyh , takdelah . Mata saya masuk habuklah .” dalih Sarah . Biarlah perkata itu hanya dia yang mengetahui . Malah , hubungan dia dan Farhan sudahpun pulih .
‘Ah ! Macam mana dia boleh perasan aku menangis tadi ? Aduhh.’ Desis hati kecil Sarah . Matanya dipejam untuk mereka alasan yang lebih kukuh.
Farhan dihujung talian masih lagi diam tanpa berkata . Nampak gayanya , seperti menunggu penjelasan daripada Sarah .
“Urmm , wak . Nak kena bagitahu ke ? Tak payahlah . Benda kecik je , kay ?”ujar Sarah yang masih lagi menyembunyikan perkara sebenar .
“Hmm , kalau awak cakap macam tu takpelah . Awak dah mandi belum ?”tanya Farhan secara tiba – tiba.
“Mestilah dah , awak tak mandi lagi eyh ?”tanya Sarah dengan nada yang ditekankan
“Hehe , belum .”jawab Farhan , suaranya dikendurkan . “Eei , awak ni apalah ! Pergi mandi cepat!”arah Sarah .
“Okay . Saya excited sangat dapat text dari awak tu yang tak teringat nak mandi .”terang Farhan .
“Apalah awak ni , teruk !”ujar Sarah lagi .
“Alah teruk – teruk pun ada orang sayang juga . Kan awak kan?”usik Farhan lagi .
“Eish , dahlah pergi mandi . Busuklah .” balas Sarah pula . Selepas itu , talian terus dimatikan . Farhan tersenyum bahagia .
**********
“Awak nak cari apa ni ?”tanya Farhan setelah puas berjalan menemani Sarah sehari suntuk di Mid Valley itu .
“Ermm , nak cari teddy bear untuk Ain kat ‘Memory Lane’ kejap . Lepastu kita balik . Boleh kan?”balas Sarah , matanya dikelip – kelip ke arah Farhan .
“Ye , okay .”balas Farhan semula . Mereka mengorak langkah ke ‘Memory Lane’ pula . Sewaktu tiba di situ , dia hanya mengekori langkah Sarah ke arah satu rak tinggi dan lebar yang dipenuhi pelbagai jenis teddy bear yang berbagai – bagai saiz dan warna .
Sewaktu menunggu Sarah masih memilih teddy bear , dia tertarik pada satu teddy bear putih sederhana besar yang memegang sekeping kad merah tertulis perkataan ‘I Love You’. Teddy bear itu dibelek – belek.
Sarah yang masih setia memilih itu dipanggil untuk datang ke arahnya , “Wah , comelnya bear ni . Pandai awak pilih , saya nak bagi yang nilah dekat Ain .”ucap Sarah selamba .
Teddy bear putih yang berada di tangan Farhan diambil dan terus bergerak menuju ke kaunter . Namun , terhalang dek tangan Farhan yang kemas memegang tangan kanannya .
“Siapa kata saya pilih untuk awak bagi kat Ain ?”tanya Farhan .
“Habis tu ?”tanya Sarah kembali .
”Bagi kat awaklah , sayang ooi .”hidung mancung Sarah dicuit .
“Bagi saya ?”tanya Sarah lagi .
“Yelah.”
“Habistu saya nak bagi kat Ain yang mana ?”tanya Sarah pada Farhan .
“Nanti saya pilihkan , tapi yang ni saya bayar .”terang Farhan lagi .
“Macam tu pula ? Kay , saya ada dua pilihan yang brown ni ke yang pink ni ?”tanya Sarah sambil memegang kedua-dua teddy bear tersebut . Teddy bear putihnya diserahkan kepada Farhan .
“Ermm , kalau saya , saya ambil yang brown tu “Farhan membuat keputusan .
“Okay , dah jom bayar .” balas Sarah dan terus bergerak ke kaunter untuk membuat pembayaran .
“Awak lepas ni kita pergi …”
“Nope . Kita terus balik .”potong Farhan pantas .
“Alaah , tapi saya nak pergi Popular kejap .” balas Sarah dengan riak muka masam .
“Sayang , mama awak dah cakap awal – awal tadi suruh awak balik sebelum maghrib kan ? Sekarang dah pukul enam setengah dah . Nanti apa pula mama awak cakap .”jelas Farhan panjang pada buah hatinya itu .
“Kay , Fine . “jawab Sarah pendek . Langkah dilajukan , tangannya pantas mengeluarkan handphone dari poket . Nombor telefon Abang Riz didail tapi belum sempat dia menekan call , handphone sudah dirampas oleh Farhan .
“Awakk!!”Sarah separuh menjerit .
“Cakap dengan saya, awak tak merajuk dulu .”ujar Farhan sambil menjauhkan handphone dari Sarah yang masih cuba merampasnya kembali .
“Ye , saya tak merajuklah .Bagilah handphone.”minta Sarah lagi , kakinya terjengket – jengket menggapai handphone yang masih lagi berada di tangan Farhan .
“Cakap ‘I Love You’ dulu baru saya bagi .”jawab Farhan , keningnya diangkat sebelah . Sarah yang mendengar terus berhenti daripada mengambil Galaxy SIII miliknya .
“Awak ambil kesempatan !” ujarnya dan terus berjalan meninggalkan Farhan yang sudah tergelak di belakang
YOU ARE READING
Hanya Kau Yang Terakhir
Teen Fiction"Kenapa mesti kau wujud dalam hidup aku? Kenapa?" Hari ini mungkin permulaan. Aku kena kuat, aku mesti kuat nak hadapi semua ni. Walaupun pemergian abang merentap separuh dari nyawa aku. -Sarah-