LM ; 32

2.9K 204 16
                                    

~ can i have a day full of you ? ~

⚠️Siapa yg nk join group wasap tu boleh tekan link di description . Join ramai-ramai kalau tak author tknk upd dah . Ngajuk⚠️

⚠️80 votes to unlock nextchap⚠️

"Apa masalah Datin ni ?!"

Berang Hailee dengan perangai mak mentuanya ini . Asla bertemu saja , Datin Raina pasti mahu menghina dirinya . Apa teruk sangat ke dirinya ini ?

"Kau masalah aku ! Kau kahwin dengan anak aku sebab apa hah ?! "

"Sebab saya cintakan anak Datin . Susah sangat ke Datin nak faham ?! Lagipun kami dah kahwin and Datin tak dapat buat apa dah"

Mahu saja Hailee menangis di hadapan Datin Raina . Hailee yang sekarang bukan lagi seperti dulu . Dulu garang dan ganas . Tapi sekarang , cengeng tidak habis-habis nak menangis .

"Aku tak kira ! Aku nak juga kau bercerai dengan anak aku ! Kau tak layak . Aku jijik pandang muka kau !"

"Datin ni mak jenis apa hah ! Hancurkan rumah tangga anak sendiri . Datin tak kesian ke dekat Bryan ? Dia selalu protect Datin kalau musuh dia nak serang Datin . Tapi Datin balas apa dekat dia ?!"

"Itu memang tanggungjawab dia ! Jaga keselamatan aku . Eh kau tak payah cerita banyak ! Tinggalkan anak aku Kalau tak - "

"Kalau tak apa ?! Datin nak cuba bunuh saya ?! Ke Datin nak apa-apakan adik saya!"

"Eh kau jangan biadap dengan aku ye perempuan . Sekarang juga aku boleh bunuh kau kalau kau nak"

"Bunuh je saya Datin kalau tu dapat puaskan hati Datin"

"Eh kau !"

Satu tolakan diberikan oleh Datin Raina . Hailee sudah jatuh terduduk di atas jalan tar . Sewaktu dia berjalan-jalan ingin membeli makanan di kedai runcit , Datin Raina datang menarik dirinya dari kedai tersebut .

Dia tidak dapat melarikan diri kerana bodyguard Datin Raina sudah mengepung dirinya .

"Kak Hailee !"

Dia berpaling ke belakang melihat Leo datang menghampirinya . Bodyguard Datin Raina ingin menghalang tapi Leo pantas mengeluarkan pistol dari seluarnya .

"Aku ni datang nak selamatkan kakak ipar aku . So kau kenalkan aku ni siapa ?"

"Datin tolong suruh bodyguard Datin ni lepaskan kak Hailee . Jangan sampai saya report dekat bos "

Leo tahu Datin Raina sedikit takut dengan anak kandungnya . Kerana tahap marah Bryan tidak boleh bawa bincang . Semua orang pasti akan kene tempias kalau cuba masuk campur .

Datin Raina memberi isyarat mata kepada bodyguard-nya . Terus badan Hailee ditolak ke arah Leo . Leo menyambut badan kakak iparnya yang kelihatan tidak berdaya .

"Akak okay"

Hanya anggukan saja sebagai jawapan . Setitis demi setitis air mata Hailee jatuh . Dua minggu dia berkahwin dengan Bryan , dua minggu itulah Bryan tidak pernah tahu rancangan Datin Raina .

Hanya dia saja yang tahu . Itupun kerana dia menyuruh Jessica mengintip Datin Raina .

****

"Datin ada buat apa-apa dekat akak ke ?"

Hailee menggeleng . Dari tadi soalan yang ditanya hanya anggukan dan gelengan saja yang mendapat balasan . Leo menggaru kepala . Perlu ke dia hubungi isteri dia sekarang ?

[SU] LOVELY MAFIAWhere stories live. Discover now