HARRY POTTER dan 5NOVELnya

7.9K 108 3
                                    

HARRY JAMES POTTER

Harry James Potter (lahir 31 Julai 1980) adalah seorang anak ahli sihir rekaan yang merupakan protagonis dalam siri novel khayalan dan sihir hasil penulisan J. K. Rowling

Beliau merupakan anak tunggal kepada James Potter dan Lily Potter. Harry mewarisi mata ibunya yang hijau terang dan rambut bapanya yang berserabai. Pada usia mudanya, Harry digambarkan sebagai orang yang kecil dan kurus. Dia juga mempunyai parut di dahinya yang berbentuk panahan kilat. Parut itu adalah akibat sumpahan membunuh Lord Voldemort ke atasnya pada malam 31 Oktober 1981 yang pada malam yang sama turut membunuh ibu bapanya serta memusnahkan rumahnya.

Harry belajar di Sekolah Sihir Hogwarts dan bersahabat baik dengan Ronald Weasley dan Hermione Granger.

Harry Potter telah dilakonkan oleh Daniel Radcliffe dalam semua filem Harry Potter hingga kini dan bakal muncul dalam filem yang seterusnya iaitu, Harry Potter and the Half-Blood Prince.

MERUJUK NOVEL HARRY POTTER

Harry sangat terkenal di kalangan masyarakat sihir kerana telah mengalahkan Lord Voldemort, seorang ahli sihir jahat yang paling berkuasa dan merupakan watak antagonis utama dalam siri ini, dan semua itu berlaku ketika Harry masih berusia setahun. Voldemort telah kehilangan kuasa dn telah kehilangan tubuh walaupun masih terselamat.

James dan Lily Potter telah terbunuh dalam kejadian yang berlaku pada malam Halloween iaitu pada 31 Oktober 1981 ketika cuba melindungi Harry dari serangan Voldemort. James mati dahulu ketika bertarung di ruang hadapan rumah mereka. Lily pula memilih untuk mati ketika melindungi Harry setelah diberi pilihan oleh Voldemort lalu meletakkan sihir kuno pada Harry yang mampu menyelamatkannya. Kerana itulah ketika Lord Voldemort cuba untuk membunuh Harry, sumpahan tersebut telah berpatah balik dan mengena Voldemort membuatkan Voldemort tidak mempunyai jasad lagi dan menyelamatkan Harry.

Inilah yang menyebabkan Voldemort kehilangan kuasa (tetapi tidak kematiannya) dan pengasingannya dari dunia sihir. Kejadian tersebut membuatkan Harry terkenal dengan jolokan - "kanak-kanak yang terselamat dari maut" - kerana dia satu-satunya manusia yang terselamat dari sumpahan Avada Kedavra dan menjadi penyebab kepada kejatuhan Voldemort. Harry mempunyai parut sebagai peninggalan dari kejadian tersebut.

Selain Harry terselamat dari cubaan Voldemort untuk membunuhnya, sehingga buku kelima dia tidak tahu mengapa Voldemort kehilangan kuasanya - tetapi dalam Harry Potter dan Bilik Rahsia, Harry mengesahkannya apabila Tom Riddle menyoalnya, Harry menjawab:

Tak seorang pun tahu mengapa kamu kehilangan kuasa kamu semasa menyerang saya. Saya sendiri pun tak tahu. Tetapi saya tahu kenapa kamu tidak dapat membunuh saya...

Selepas kematian ibu bapanya, Harry terpaksa hidup bersama satu-satu keluarganya yang tinggal - adik perempuan ibunya, Petunia Dursley, dan suaminya, Vernon Dursley di sebuah pekan kecil Little Whinging di Surrey, England. Keluarga Dursleys tinggal di nombor empat, Privet Drive dalam rumah yang cantik yang mempunyai empat buah bilik dan selesa. Walau bagaimanapun, sepuluh tahun pertama Harry di sana, mereka mengabaikan Harry demi anak mereka sendiri Dudley Dursley dan mereka cuba untuk menanggalkan keajaiban diri Harry untuk menjadikannya"normal" dengan mengasingkannya dari dunia sihir dan apa-apa perkaitan dengannya termasuk perkataan "silap mata".

Perlu diketahui yang Harry adalah berdarah separuh - iaitu, anak kepada Muggle dengan berdarah sihir. Melalui bapanya, James, Harry adalah keturunan sihir tulen melalui keturunan Potter tetapi ibunya, Lily Evans (kemudian ialah Lily Potter) adalah kelahiran Muggle: ahli sihir yang dilahirkan oleh keluarga bukan sihir. Maka Harry adalah berdarah separa sihir dan mempengaruhi jalan cerita dalam banyak perkara.

KELUARGA

Harry James Potter dilahirkan pada 31 Julai 1980, kepada James dan Lily Potter. Tidak banyak diketahui tentang hubungan kekeluargaan Harry. Ibunya dilahirkan sebagai Lily Evans, dalam keluarga Muggle dan selepas ibu bapa Harry mati, dia dihantar untuk tinggal bersama adik perempuan ibunya, Petunia Dursley, dan keluarganya. Bapa Harry, James Potter, dilahirkan dalam keluarga berdarah sihir. Ini bermakna Harry adalah saudara jauh dengan keluarga sihir yang lain melalui bapanya, seperti mana yang Sirius Black katakan padanya yang semua keluarga lama sihir adalah berkaitan.

Kamu telah mencapai bab terakhir yang dipublikasikan.

⏰ Terakhir diperbarui: Apr 02, 2008 ⏰

Tambahkan cerita ini ke Perpustakaan untuk mendapatkan notifikasi saat ada bab baru!

HARRY POTTER dan 5NOVELnyaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang