Ketika Eping menyikat rambutnya di hadapan meja solek, dia terimbas kembali kejadian penampakan tubuh tanpa seutas benang si bujang tua. Dia mencebik bibir."Huh!" Dengusnya sambil menutup mata dengan erat.
Kelopak mata dibuka semula, dia menatap wajahnya dalam cermin. Kerutan pada dahi menajam.
"Heii.. apahal pula teringat benda tu? Tak guna punya otak," dia mencemuh dirinya sendiri.
Sikat berwarna merah diletakkan pada meja solek, dia pun bergerak ke arah tilam. Sambil berselimut, matanya merenung siling berwarna putih lembut. Kenangan bersama mendiang suaminya berlalu dalam fikiran.
"Josh.. how are you there? Are you miss me? I.. miss you.." bisiknya.
Tiba-tiba saja dia menjadi sebak. Air mata si balu mengalir ke pipi begitu saja.
"Hei.. Eping, dia dah tiada.. tidurlah. Jangan sedih-sedih, jalani kehidupan awak sampai 'waktu itu' tiba," dia menasihati dirinya sendiri.
Selimut ditarik hingga ke paras leher, dia pun menutup mata. Malam ini, buat yang pertama kalinya dia tidur di rumah orang lain sejak menjadi balu..
******
Pagi pada hari kedua Eping berkerja, dia bangun dengan rambut berserabai. Bunyi jam penggera dari telefon bimbit menunjukkan pukul 7 pagi. Puan Sierra sudah terlebih dahulu menghantar pesanan ringkas bahawa Mark perlu memakan ubat pada jam 8 pagi, selepas bersarapan.
"Hm.. nak kejutkan orang tu ke? Dia dah bangun? Dia nak makan apa untuk sarapan?" Eping menyoal ketika mengemaskan rambutnya di hadapan meja solek.
Setelah selesai membasuh muka dan berus gigi, dia pun keluar dari bilik. Sebelum dia turun ke dapur, diketuknya pintu bilik Mark.
Tok.. tok.. tok..
"Bos? Dah bangun ke? Hoi," cara Eping menyapa sememangnya kasar.
Mark yang tadinya masih tidur nyenyak terganggu dengan sapaan si balu. Badannya menggeliat, mata kuyunya menjeling pintu.
"Hei.. awalnya di kacau saya. Pedulilah awak sana," keluh Mark. Selimut ditarik menutup kepala kerana malas melayan panggilan Eping.
"Ah, lantak kau lah bos." Kata Eping diluar pintu.
Dia pun turun ke bawah menuju ke ruang dapur. Suasana sunyi dalam rumah banglo itu agak menyeramkan si balu, tapi dia tidak pedulikan keadaan tersebut.
Peti sejuk bersaiz besar dibukanya. Berbagai-bagai jenis sayuran dan makanan sejuk beku memenuhi kotak penyimpanan makanan itu.
"Huh.. ni makanan untuk setahun ke? Tinggal seorang, tapi fridge penuh. Masak sup je lah. Awak suka atau tak, ada saya kisah? Haha.." Eping bercakap sendirian di hadapan peti sejuk.
Dicapainya beberapa batang sayuran dan daging ayam.
~~~~~~
Sedang dia memasak, tiba-tiba Mark yang baru saja turun dari tingkat atas masuk ke dalam dapur.
"Hoi," tegurnya.
Prang..!
Sudip yang dipegang Eping terketuk pada mulut periuk akibat terkejut. Dia lantas menoleh ke belakang dan berdengus semasa terpandang Mark.
"Heh, macam hantu," sindir Eping. Dia alihkan mata pada masakannya semula tanpa menghiraukan Mark yang masih memerhatikannya.
Mark pula berdiri di tepi meja makan. Jarinya mengetuk-ngetuk permukaan meja itu.
YOU ARE READING
Widow and the Boss 🧔👱♀️
RomanceI'jien Gracevon@copyright protected ©2019/2020 Genre : Romance, Comedy, Drama Lang : Malay, English _ cerita ini hanya rekaan penulis. Jika ada persamaan dengan hidup anda, saya minta maaf. Tq _ _ EIRINE SWAN @ EPING ialah...