KKSK 7

405 17 0
                                    

RAIQAL berbaring di atas katil sambil menyiapkan assignment yang perlu dihantar esok harinya. Dia terlihat gambar keluarganya di komputer ribanya. Terasa rindu kepada mereka. Sudah lama dia tidak pulang ke tanah air kerana dia sedang melanjutkan pelajaran di bumi Jepun.

"Kau tak siap lagi ke assignment?" tanya Ammar menyebabkan Raiqal tersedar dari lamunannya. Ammar merupakan roommate Raiqal dan merangkap kawan baiknya dari sekolah menengah. Siapa sangka mereka masih bersahabat hingga ke dewasa.

"Not yet. Why?" tanya Raiqal sambil minum air kopi yang tersedia di tepinya.

"Saje tanya," jawab Ammar sambil bermain telefon pintarnya.

Tiba-tiba, telefon pintar Raiqal berbunyi. Kelihatan nama Raisha, satu-satunya adiknya.

"Assalamualaikum," kedengaran suara Raisha di hujung talian.

"Waalaikumussalam, kau ada apa call abang?" jawab Raiqal.

"Saja jer, abang sihat?" kata Raisha sambil melabuhkan punggungnya di kerusi menghadap kolam renang. Rumah banglo yang mempunyai kolam renang kepunyaan ibu bapanya di hujung kampung. Mereka tidak suka menetap di bandar kerana suasana di kampung lebih tenang dari di bandar.

"Alhamdulillah sihat. Mama papa sihat?" tanya Raiqal pula.

"Alhamdulillah, kita orang semua sihat," jawab Raisha.

Setelah beberapa minit mereka berborak, mereka mematikan talian. Kerinduan melanda di hati Raiqal terhadap keluarganya itu.

JAM menunjukkan pukul 7:50 pagi, Aina kelam kabut keluar dari asrama bilik untuk ke kuliah. Dia melihat ke arah jam, ada 10 minit lagi sahaja untuk ke kuliah. Dia tidak jaga tidur. Dia berlari untuk ke kuliah dan tiba-tiba dia terlanggar seseorang di tangga menyebabkan buku-buku di tangannya terjatuh.

"Sorry," ucap Aina lalu mengutip buku-bukunya.

*Sokay," balas lelaki itu sambil membantu Aina mengutip buku-bukunya.

Selepas itu, Aina terus ke kuliahnya. Dia lihat jam tangannya yang telah menunjukkan pukul 8 pagi. Dia masuk dan melihat kuliah sudah bermula.

"Sorry, prof," ucap Aina kepada seorang pensyarah wanita yang sedang mengajar.

"Kenapa kamu datang lambat?" tanya pensyarah yang bernama Profesor Hasnah dalam nada tegas.

"Saya..... hmm....saya," jawab Aina dalam keadaan tergagap-gagap.

"Saya tak suka kamu lambat. Kamu kena tepati masa yang telah ditetapkan. Kamu ingat saya ni apa? Nak kena tunggu kamu pula ke?" tengking Profesor Hasnah kepada Aina.

Semua pelajar memandang ke arah Aina. Aina tertunduk malu.

Profesor Hasnah merupakan seorang pensyarah yang sangat tegas dan garang. Dia tidak suka jika ada segelintir pelajarnya ponteng atau datang lambat ke kuliahnya.

SELESAI kuliah itu, Aina terus menuju ke kafe untuk makan. Dia berasa sangat lapar kerana dia tidak sempat bersarapan pagi itu. Sewaktu dia ingin membayar makanan yang dibeli, tiba-tiba duit syilingnya terjatuh. Dia ingin mengambilnya namun ada tangan yang lebih pantas.

"Thanks," ucap Aina. Dia melihat seorang lelaki yang kacak sama seperti yang membantunya mengangkat buku-bukunya tadi.

"Welcome, by the way boleh saya tahu apa nama awak?" tanya lelaki itu.

"Aina, awak pula?" jawab Aina lalu menanyakan soalan yang sama kepadaada lelaki itu.

"Khairul but panggil Khai je," balas Khairul.

"Oh," balas Aina lalu duduk di sebuah meja bersama makanannya.

"Can I join you?" tanya Khairul melihatkan Aina makan berkeseorangan di sebuah meja.

"Off course," jawab Aina.

Mereka makan bersama-sama sambil berborak. Ada ketikanya bergelak ketawa seperti sudah lama mengenali antara satu sama lain.

"I have to go, ada kuliah selepas ini," kata Khairul.

"Okay," balas Aina.

"Nanti apa-apa whatsapp, dah ada nombor phone kan?" kata Khairul pula.

"Sure," balas Aina.

"Bye," kata Khairul sebelum pergi.

MALAM itu, Aina sedang bermain telefon pintarnya sambil mendengar lagu kpop. Aina sememangnya meminati lagu-lagu Kpop. Antaranya, lagu dari Exo, Black Pink dan sebagainya. Tiba-tiba, muncul satu mesej dari aplikasi WhatsApp

01********
Assalamualaikum hi.

Aina
Waalaikumussalam hi.

01********
Saya Khai. Ni Aina ke?

Aina
Ha'ah saya Aina.

Lantas, Aina mengetik butang kenalan lalu menulis nama Khairul.

Khairul
Awak tengah buat apa?

Aina
Saya tak buat apa-apa pun. Saja rehat-rehat.

Khairul
Oooo.

Aina
Saya dah nak tidur la awak. Lewat dah.

Khairul
Sorry kacau awak. Good night.

Aina
Sokay. Good night too.

Jam menunjukkan pukul 11:30 malam, Aina menarik selimut di kaki dan terus melelapkan mata. Dia perlu tidur awal kerana esok ada kuliah pagi. Dia tidak mahu lewat lagi ke kuliah. Roommatenya semua sedang dibuai mimpi manakala dia masih tidak tidur lagi.

Cepat vote and comment!

Kita Kawan Sampai KahwinWhere stories live. Discover now