KKSK 8

405 19 0
                                    

BEBERAPA tahun selepas Aina melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti, dia telah gradute. Kini, dia tinggal di sebuah rumah sewa teres satu tingkat bersama-sama rakan-rakan roommatenya semasa di universiti. Mereka menyewa rumah bertiga. Rumah tersebut mempunyai tiga bilik. Setiap orang duduk satu bilik. Bilik hadapan dihuni oleh Nadhirah manakala bilik kedua dihuni oleh Aina dan bilik ketiga dihuni oleh Emylia.

"Aina, esok kau free tak?" tanya Emylia.

"Free, kenapa?" jawab Aina.

"Teman aku pergi ambil kak aku dekat airport boleh tak?" tanya Emylia.

"Boleh je," jawab Aina.

"Pukul 10 pagi, mau siap. Flight kak aku pukul 10:30 pagi," kata Emylia.

"Okay," balas Aina.

TEPAT pukul 10 pagi, Aina sudah bersiap untuk menemani Emylia. Dia memakai baju blouse yang berwarna hitam dan dililitnya tudung bawal yang berwarna biru lembut. Aina suka permakaian yang simple tetapi cantik dan kemas. Dia berdiri di hadapan cermin sambil memperbetulkan tudungnya.

"Aina, kau siap tak lagi?" muncul Emylia di hadapan pintu bilik dengan memakai baju-t berwarna merah berlengan panjang dan tudung selendang yang berwarna hitam dililit di atas kepala.

"Dah," jawab Aina lalu mengambil beg tangannya yang terletak di atas katil berserta telefon pintarnya lalu keluar dari bilik.

"Okay, jom," kata Emylia lalu mengambil kunci keretanya yang terletak di tepi televisyen.

"Korang nak pergi mana?" tegur Nadhirah yang sedang menonton televisyen di ruang tamu.

"Aku nak pergi teman Emy ambil kakak dia dekat airport," jawab Aina sambil memakai kasut bertumit rata di luar rumah.

"Ooo, take care both of you," pesan Nadhirah sebelum Aina dan Emylia meninggalkan rumah itu.

"You too," balas Aina.

AINA dan Emylia sedang menuju ke KLIA untuk mengambil kakak Emylia yang baru pulang dari Jepun. Kelihatan banyak kenderaan berada di jalan menyebabkan mereka tidak tiba lagi di KLIA. Tiba-tiba, telefon pintar Emylia berbunyi. Satu panggilan daripada kakaknya telah masuk.

"Hello kak, Emy on the way la ni," kata Emylia sebaik sahaja menerima panggilan daripada kakaknya.

"Jammed la. Tunggu la sekejap," kata Emylia lagi sebelum menamatkan panggilan tersebut.

"Apa hal yang jammed sangat ni," rungut Emylia sambil mengetuk-ngetuk stairing kerana.

"Sabar la," kata Aina yang duduk di sebelahnya.

"Menyampah aku, tak habis-habis jammed," runggut Emylia.

"Biasalah, KL kan selalu jammed," kata Aina lagi. Aina sudah lali dengan kesesakan lalu lintas. Oleh sebab itu, jika dia ingin ke mana-mana, dia hanya menaiki LRT sahaja. Tidak terkandas dalam kesesakan lalu lintas.

SETIBA Raiqal di KLIA, dia melihat orang ramai di sana. Dia berjalan dengan sebuah bagasi besar untuk pulang ke rumah. Selepas beberapa tahun, dia merantau ke negara orang untuk melanjutkan pelajaran, akhirnya dia tanah air. Dia mengeluarkan telefon pintarnya yang berada di poket seluarnya lalu menghubungi seseorang.

"Hello mama, Raiqal dah ada dekat airport ni," kata Raiqal sebaik sahaja Puan Farhana menelefonnya.

"Okay, kejap lagi mama suruh Pak Mail ambil kamu," balas Puan Farhana.

"Okay mama. Bye, see you at home," kata Raiqal sebelum menamatkan panggilan tersebut.

Dia berjalan menuju ke ruang menunggu. Tiba-tiba, dia terlanggar seorang gadis yang sedang berdiri di sebuah tiang.

"Sorry," ucap Raiqal kepada gadis itu.

Gadis itu memandangnya lalu tersenyum.

"Raiqal?" tanya gadis tersebut.

"Ya, hmm siapa ni?" tanya Raiqal. Muka gadis itu seperti familiar. Seperti pernah nampak.

"Aku la Aina, dulu kan kita satu sekolah masa tingkatan tiga," jawab Aina.

"Ya Allah, tak sangka jumpa kau dekat sini," kata Raiqal. Dia tidak menyangka dia akan berjumpa dengan kawan baiknya semasa di tingkatan tiga dahulu.

"Kau buat apa dekat sini?" tanya Aina.

"Aku baru balik dari Jepun, belajar sana," jawab Raiqal.

"Ooo," balas Aina.

"By the way, this is my card. Apa-apa nanti WhatsApp la. Aku dah lambat ni," kata Raiqal sambil menyerahkan sekeping kad pelajar miliknya kepada Aina.

"Okay, bye," kata Aina sebelum Raiqal melangkah pergi meninggalkannya. Dia tidak menyangka dia akan bertemu dengan Raiqal di sini. Selepas berakhirnya PT3, Raiqal berpindah semula ke Selangor. Sejak dari itu, dia tidak dapat apa-apa khabar dari Raiqal.

Always vote and comment!

Kita Kawan Sampai KahwinWhere stories live. Discover now