"KENALKAN, ni kak aku, Kak Elyana," kata Emylia kepada Aina. Kelihatan sebelahnya berdiri seorang gadis yang cantik berusia tiga tahun lebih tua daripadanya.
"Aina," kata Aina sambil berjabat tangan dengan Elyana.
"Just call me Kak Yana," balas Elyana sambil mengukir senyuman.
"Okay, Kak Yana," kata Aina sambil tersenyum.
"You're so pretty, Kak Yana," puji Aina. Sememangnya Elyana sangat cantik. Kulit mukanya lincin tanpa sebarang jerawat.
"Apa kurangnya awak, cantik juga," puji Elyana kepada Aina.
"Kak Yana, Aina, jom," kata Emylia sambil membantu Elyana membawa bagasinya.
"Let's go," balas Elyana lalu mereka berjalan bersama-sama ke kereta kepunyaan Emylia.
KERETA Viva kepunyaan Emylia berada dari rumah sewa rakan-rakannya selepas menghantar Aina pulang. Emylia pergi menghantar kakaknya pulang ke rumah ibu bapa mereka dan dia juga ingin menetap di sana untuk beberapa hari. Aina melangkah kaki masuk ke dalam rumahnya. Kelihatan Nadhirah sedang memasak di dapur.
"Mana Emy?" tanya Nadhirah sambil memotong bawang.
"Dia balik rumah parents dia," jawab Aina sambil menonton televisyen di ruang tamu. Dia buka tudung yang disarungnya lalu mengikat rambutnya yang panjang hingga ke paras bahu.
"Ooo, mari la makan. Aku masak sambal ayam ni," kata Nadhirah sambil menghidangkan makanan. Di dalam itu, mereka telah membuat jadual tugasan untuk kerja rumah termasuk memasak. Pada hari itu, Nadhirah dijadualkan untuk menyediakan makanan. Setiap hari, mereka bergilir-gilir memasak. Mereka jarang makan di restoran luar kerana ingin berjimat cermat. Makanan pula dijamin halal dan bersih.
"Wow, sedapnya," kata Aina sambil menjamu selera.
"Tengoklah, siapa yang masak," kata Nadhirah. Nadhirah sememangnya pakar dalam bidang masakan. Semua jenis masakan, dia terrer. Sudah boleh bersuami la macam ni.
Mereka makan bersama-sama sambil berbual-bual kosong.
"Esok kau ada temu duga kan?" tanya Nadhirah.
"Ha'ah, dekat Maju Holding Sdn berhad," jawab Aina. Dia sudah bersedia untuk ditemu duga. Dia mahu berkerja dalam bidang marketing syarikat.
"KAMU nak pergi mana, Raiqal?" soal Puan Farhana melihatkan anaknya bersiap seperti ingin keluar.
"Nak jumpa kawan kejap," jawab Raiqal sambil menuruni tangga rumahnya dari bilik ke ruang tamu.
"Jangan balik lambat tau, malam ni kita ada tetamu," kata Encik Johari. Malam ni sahabat baiknya ingin datang ke rumahnya kerana sudah lama tidak berjumpa.
"Okay, papa. Raiqal pergi dahulu," kata Raiqal sebelum keluar dari rumah itu.
"Raisha mana, awak?" tanya Encik Johari. Kelibat anak bongsunya lansung tidak nampak.
"Dia ada kelas tambahan la, kejap lagi balik la tu," jawab Puan Farhana. Raisha, anak bongsu mereka masih bersekolah di tingkatan lima. Disebabkan peperiksaan besar, SPM bakal dihadapi, dia tidak pernah lekat di rumah kerana banyak kelas tambahan yang perlu dihadiri.
"Assalamualaikum," muncul Raisha di hadapan pintu rumah.
"Waalaikumussalam," jawab Encik Johari dan Puan Farhana serentak.
"Abang mana? Katanya dah balik," tanya Raisha. Dia tidak nampak kelibat Raiqal. Menurut Raiqal, dia sudah pulang ke tanah air.
"Abang kamu keluar sekejap," jawab Encik Johari.
"Kalau macam tu, Sha masuk bilik dahulu," kata Raisha lalu menaiki tangga untuk ke bilik tidurnya.
SEBUAH kereta BMW terparkir di hadapan rumah banglo dua tingkat milik Encik Johari dan Puan Farhana. Kereta Honda city milik Raiqal yang telah dihadiahkan oleh ayahnya bersempena dengan hari lahirnya ke 20 tahun telah diparkir di perkarangan rumah itu. Dia keluar dari keretanya dan melangkah masuk ke dalam rumah. Salam diberi kepada semua yang sedang duduk di ruang tamu.
"Assalamualaikum," ucap Raiqal ketika melangkah masuk ke rumahnya.
"Waalaikumussalam," jawab mereka.
Raiqal bersalam-salaman dengan Encik Johari, ayahnya dan Dato' Johan, bapa saudaranya.
Daliya, sepupunya menyuakan tangan untuk bersalam namun Raiqal hanya mengukirkan senyuman.
"Lama Paklong tak nampak kamu, Raiqal. Bila balik sini?" tanya Dato' Johan.
"Pagi tadi, Paklong," jawab Raiqal lalu mengambil tempat di sebelah ayahnya.
"Liya pun baru balik semalam dari Australia," kata Dato' Johan.
Daliya yang duduk di hadapan Raiqal tidak habis-habis mengukirkan senyuman.
'Gedik la minah ni,' kata Raiqal di hati.
"Raiqal, bila nak start kerja dekat syarikat Paklong?" tanya Dato' Johan. Sememangnya Raiqal sudah menyatakan bahawa dia akan menggantikan tempat ayahnya di syarikat itu kerana syarikat itu dibangunkan oleh dua beradik, Encik Johari dan Dato' Johan.
"Raiqal ingat Raiqal nak berehat dahulu, baru je habis belajar. Dalam dua atau tiga minggu lagi rasanya," jawab Raiqal.
"Syarikat Paklong sentiasa terbuka untuk Raiqal," kata Dato' Johan.
"Terima kasih, Paklong," ucap Raiqal.
"Sama-sama," balas Dato' Johan.
Vote and comment tau!
YOU ARE READING
Kita Kawan Sampai Kahwin
RomansCOMPLETE Aina Adriana bersahabat baik dengan Raiqal Hakimi sejak zaman persekolahan lagi. Namun semua berubah selepas mereka terpisah selepas tamat persekolahan. Aina melanjutkan pelajaran di tanah air manakala Raiqal melanjutkan pelajaran ke bumi J...