KKSK 11

407 16 0
                                    

PINTU rumah dibuka, Aina melangkah masuk menuju ke biliknya. Dia menghempaskan tubuhnya di atas katil. Terasa penat berkerja walaupun hari pertama. Dia mencapai telefon pintarnya lalu menelefon seseorang.

"Assalamualaikum mak," ucap Aina sebaik sahaja Puan Samsiah mengangkat panggilannya.

"Waalaikumussalam," balas Puan Samsiah sambil duduk berehat di sofa sambil menonton televisyen.

"Mak sihat?" tanya Aina.

"Alhamdulillah, sihat," jawab Puan Samsiah.

"Aina nak beritahu yang Aina dah dapat kerja," kata Aina.

"Alhamdulillah. Kerja apa, sayang?" tanya Puan Samsiah kepada anaknya.

"Aina jadi Pegawai Marketing dekat Syarikat Maju Holding Sdn berhad," jawab Aina.

"Hebat anak mak. Aina bila nak balik sini? Rindu la," tanya Puan Samsiah. Aina sudah lama tidak pulang menjenguknya di kampung kerana kesibukan.

"Ingat nak balik hujung minggu ni la," kata Aina. Sememangnya dia merancang untuk pulang ke kampung pada hujung minggu. Lagipun, bukannya jauh. Hanya mengambil masa 30 minit sahaja namun masa dan keadaan tidak mengizinkan. Kesibukan kerja lagi ditambah pula tiada kereta. Dia hanya menaiki LRT untuk ke kerja dan grab untuk ke tempat lain.

AINA bersiap-siap untuk pulang ke kampung. Dia ingin menetap di sana selama dua hari satu malam memandangkan cuti hujung minggu telah menjelma.

"Kau nak pergi mana pagi-pagi ni?" tanya Emylia melihatkan Aina sudah siap bertudung dan digalasnya beg pakaian.

"Aku nak balik kampung. Lama aku tak jenguk mak aku," jawab Aina sambil minum air kopi dan mati nasi goreng yang digorengnya di dapur sebelum dia bersiap.

"Kau balik sana naik ape?" tanya Emylia.

"Naik grab," jawab Aina.

"Nak aku hantar tak?" tanya Emylia.

"Tak payahlah," jawab Aina.

Aina menghabiskan nasi gorengnya lalu menuju ke pintu hadapan bersama beg pakaiannya.

"Aku pergi dulu, bye," kata Aina sambil memakai kasutnya.

"Take care," pesan Emylia sebelum Aina meninggalkan rumah itu.

"ASSALAMUALAIKUM," ucap Aina apabila tiba di rumah emaknya itu.

"Waalaikumussalam, Aina," jawab Puan Samsiah sambil keluar dari rumahnya.

Mereka bersalam-salaman dan berpelukan seketika lalu masuk ke dalam rumah.

"Rindunya mak," kata Aina.

"Mak pun rindu Aina, sayang," balas Puan Samsiah.

"Jom kita pergi makan. Hari ni nak masak lauk kegemaran Aina, Asam Pedas Ikan Pari," kata Puan Samsiah.

Mereka menuju ke dapur dan makan. Sambil makan, mereka berbual-bual kosong. Mereka makan dengan penuh berselera.

"Sedap mak masak," puji Aina. Dia sudah menambah nasi sebanyak dua kali.

"Rindu la tu dengan masakan mak," kata Puan Samsiah sambil mencuci tangannya. Dia sudah habis makan tetapi Aina masih belum habis makan.

"Ha'ah, mak masak sedap. Ditambah pula dengan kasih sayang, penambah rasa tu," puji Aina lagi sebelum menghabiskan suapan nasinya yang terakhir.

"Ada-ada je kau ni," kata Puan Samsiah sambil mengelap tangannya menggunakan kain buruk.

PUAN Samsiah dan Aina sedang menonton televisyen pada malam itu. Rancangan Buletin Utama TV3 menjadi pilihan mereka.
.
"Kamu balik KL bila?" tanya Puan Samsiah.

"Esok, lusa dah nak kena kerja," jawab Aina

"Kamu pergi kerja selalu naik apa?" tanya Puan Samsiah.

"Naik LRT je mak, tak pun bas," jawab Aina. Sememangnya dia selalu naik LRT pergi kerja kerana tempat kerjanya dekat dengan stesen LRT. Jika tidak pun, dia menaiki bas Rapid KL

"Tak teringin nak ada kereta sendiri ke?" tanya Puan Samsiah.

"Teringin la juga, tengah kumpul duit ni," jawab Aina.

"Nah," kata Puan Samsiah sambil menghulurkan sekeping surat yang berisi wang.

"Apa ni, mak?" tanya Aina sambil menerima wang itu.

"Ada la duit simpanan mak sikit, dalam lima ribu. Gunalah beli kereta. Kesian mak tengok kamu, nak pergi kerja pun terkejar-kejar. Ada kereta sendiri kan senang," jawab Puan Samsiah.

"Tak payahlah mak," Aina cuba menolak pemberian emaknya itu.

"Ambillah," balas Puan Samsiah.

"Terima kasih, mak," ucap Aina.

"Sama-sama," balas Puan Samsiah.

Vote and comment!

Kita Kawan Sampai KahwinWhere stories live. Discover now