JALAN raya agak sesak kerana ramai pengguna jalan raya ingin pulang ke rumah memandangkan waktu berkerja sudah habis. Begitu jugalah dengan Aina yang terkandas dalam kesesakan lalu lintas. Tiba-tiba, perutnya berbunyi meminta untuk diisi.
"Lapar la pula," kata Aina sambil menggosok-gosok perutnya.
Aina membelok kiri ke sekolah restoran yang sering dikunjunginya apabila dia malas masak di rumah. Dia keluar lalu duduk di sebuah meja di restoran itu.
"Nasi goreng ayam satu dengan teh tarik satu," pesan Aina kepada seorang pekerja restoran itu.
Pekerja restoran itu mencatat pesanan itu lalu pergi ke dapur restoran.
Tidak lama kemudian, makanannya telah siap dihantar ke meja yang diduduki oleh Aina.
"Thank you," ucap Aina.
Pekerja itu mengukirkan senyuman sebelum beredar ke dapur restoran.
"Eh Aina," muncul seorang gadis yang bertudung biru.
Mereka bersalam-salaman dan berpelukan seketika.
"Munirah, lama tak jumpa. Duduklah," balas Aina. Gadis itu adalah Munirah. Munirah telah mengambil tempat di hadapan Aina.
"Kau apa khabar?" tanya Munirah.
"Alhamdulillah sihat," tanya Aina.
Mereka berbual-bual panjang sambil menikmati makanan bersama-sama. Biasalah lama tak bersua muka.
"Okaylah aku nak balik ni, nak Maghrib dah ni," kata Munirah selepas mereka habis makan.
"Ha'ah, aku pun. Nanti rajin-rajin la WhatsApp aku. Tak puas lagi nak membawang dengan kau," balas Aina. Sempat lagi mereka mengambil nombor telefon masing-masing.
"Okay, bye," kata Munirah sebelum beredar dari situ.
"KAU pergi mana? Lambatnya balik," tegur Nadhirah melihatkan Aina baru pulang ke rumah. Jan telah menunjukkan pukul 8 malam. Selalunya, pukul 6 petang, Aina susah pulang ke rumah.
"Kau pergi date ke?" tanya Emylia.
"Date apanya, aku mana ada pakwe. Lainlah korang," jawab Aina.
"Habis tu, pergi mana?" tanya Emylia lagi.
"Aku terserempak dengan member lama, member zaman sekolah dulu. Membawang tak ingat dunia," jawab Aina sambil duduk di sofa.
"Oooo," balas Emylia.
"Kau dah makan ke? Kita orang tadi dah melantak nasi goreng sampai habis," tanya Nadhirah. Tadi, dia telah menggoreng nasi. Selepas itu, dia dan Emylia telah makan sampai habis. Dia berfikir mungkin Aina makan di luar.
"Dah, aku masuk bilik dulu. Nak mandi," jawab Aina lalu masuk ke bilik tidurnya.
Aina mencapai tualanya lalu pergi ke bilik air untuk mandi. Selepas itu, dia menunaikan solat Fardhu Maghrib.
AINA sedang menyiapkan tugasannya di bilik pejabatnya. Tiba-tiba, interkom berbunyi.
"Aina, masuk bilik saya sekarang," bunyi suara Dato' Johan melalui interkom.
"Baik, Dato'," balas Aina.
Aina mengambil sebatang pen dan sebuah buku catatan lalu menuju ke bilik Dato' Johan. Dia tidak tahu mengapa Dato' Johan ingin berjumpanya.
Aina mengetuk pintu bilik Dato' Johan perlahan-lahan.
"Masuk!" kata Dato' Johan sebaik sahaja terdengar bunyi ketukan pintu itu.
Aina masuk lalu duduk di hadapan meja milik Dato' Johan.
"Ada apa-apa yang saya boleh bantu, Dato'," tanya Aina.
"Saya nak hantar kamu ke tapak projek kita di Pulau Pinang pada minggu hadapan. Kamu akan berada di sana selama seminggu bersama-sama Raiqal dan Daliya atas urusan kerja," terang Dato' Johan.
"Saya nak kamu memantau projek-projek yang telah dijalankan di sana," kata Dato' Johan lagi.
"Baik Dato'," balas Aina.
"Kalau tak ada apa-apa lagi, saya minta diri dulu," kata Aina.
Dato' Johan hanya mengangguk kepalanya.
Aina beredar ke bilik pejabatnya.
PAKAIAN Aina telah dimasukkan ke dalam bagasinya. Dia mengemas barang-barang yang dia ingin membawa bersamanya ke Pulau Pinang. Dia berasa sangat teruja kerana ini kali pertama dia perlu berkerja di luar.
"Kau nak pergi mana pula? Dengan bagasi ni," tegur Emylia melihatkan Aina meletakkan bagasinya di tepi pantai.
"Aku kena pergi Penang, outstation," jawab Aina sambil menggalas beg tangannya di bahu.
"Ooo. Take care tau," kata Emylia.
"You too," balas Aina.
"Pon," bunyi sebuah kereta berhenti di hadapan rumah mereka. Seperti yang dijanjikan, Raiqal menjemput Aina di rumahnya.
"Bye," kata Aina sebelum keluar dari rumah.
"Hi," tegur Raiqal yang sedang berdiri di pintu keretanya.
"Hi," balas Aina lalu meletakkan bagasinya di bonet kereta kepunyaan Raiqal.
Raiqal membuka pintu seat belakang kepada Aina lalu menjemput Aina untuk masuk ke dalam keretanya.
"Thank you," ucap Aina lalu masuk ke dalam kereta.
Raiqal membantu Aina menutup pintu kereta lalu masuk ke seat pemandu.
Daliya mempamerkan wajah mencuka. Dia cemburu melihat kemesraan antara Raiqal dan Aina.
"Aina, tunggu kau!" kata Daliya dalam hati.
Vote and comment!
YOU ARE READING
Kita Kawan Sampai Kahwin
Lãng mạnCOMPLETE Aina Adriana bersahabat baik dengan Raiqal Hakimi sejak zaman persekolahan lagi. Namun semua berubah selepas mereka terpisah selepas tamat persekolahan. Aina melanjutkan pelajaran di tanah air manakala Raiqal melanjutkan pelajaran ke bumi J...