HASIL daripada simpanan Aina sendiri dan wang pemberian ibunya, Puan Samsiah, Aina telah membeli sebuah kereta Viva. Aina hanya mampu membeli kereta terpakai kerana duitnya masih tidak mencukupi untuk membeli kereta keluaran terbaru. Dia juga telah mengambil lesen kereta. Jadi, dia boleh memandu kereta itu ke mana-mana sahaja.
"Fuyo, kereta baru," tegur Nadhirah apabila Aina parking keretanya di hadapan perkarangan rumah. Di dalam pagar rumah, kereta Emylia sudah terparkir. Hanya muat satu kereta sahaja untuk parking. Jadi, Aina parking keretanya di luar perkarangan rumah. Kereta Emylia adalah kereta keluaran terbaru manakala keretanya hanya kereta terpakai sahaja.
"Baru la sangat. Second hand je la," balas Aina sambil menekan buton lock kereta di kunci.
"Okay la tu, senang kau nak pergi mana-mana," kata Emylia.
"Ha'ah, tak menyusahkan kau dah selepas ini," balas Aina lalu masuk ke dalam rumah.
"Ke situ pula kau ni. Kita kan kawan, saling bantu-membantu antara satu sama lain. Tak ada benda yang menyusahkan pun," kata Emylia yang sedang bermain telefon pintarnya di ruang tamu.
"Ye lah tu," balas Aina lalu masuk ke biliknya lalu membuka tudung yang disarungnya.
AINA pergi berkerja seperti biasa memandangkan hari Isnin telah menjelma. Hari untuk berkerja. Aina ditugaskan untuk menyemak fail-fail syarikat. Dia melangkah masuk ke bilik yang menyimpan segala fail dokumen syarikat, Dia mengambil berapa fail untuk disemak.
"Aina, buat apa tu?" muncul Raiqal di hadapan pintu bilik fail.
"Ambil fail la. Encik Raiqal ada apa-apa yang saya boleh bantu?" tanya Aina kepada Raiqal.
"Pukul 1 kita ada meeting dengan client kat luar, so kita lunch sekali," jawab Raiqal sambil memperbetulkan tali lehernya.
"Baik, Encik Raiqal," balas Aina.
"By the way, tak payah nak encik-encik sangat. Panggil aku Raiqal je, lagipun kita kan dah kenal lama," kata Raiqal.
"Okay," balas Aina lagi sebelum berjalan ke biliknya.
"You, kejap lagi kita lunch together, nak?" muncul Daliya pula. Dia tidak berpuas hati kerana dia terdengar yang Raiqal mengajak Aina makan tengahari bersama-sama.
"Sorry Liya, I have a meeting," jawab Raiqal lalu meninggalkan Dayila di sini.
Dayila dengan muka yang mencuka terus masuk ke biliknya.
SELEPAS bermesyuarat dengan client, Aina dan Raiqal makan tengahari bersama-sama seperti yang telah dijanjikan. Raiqal membelanja Aina makan nasi lauk ala kampung di sebuah restoran yang tidak jauh dari tempat mereka bekerja.
"Thanks belanja aku makan," ucap Aina setelah mereka habis.
"Sama-sama," balas Raiqal lalu menghabiskan air Milo ais yang dipesannya.
"Lama tak jumpa kau," kata Raiqal.
"Ha'ah, lama tak jumpa. Tak sangka kita kerja sekali. Dulu selepas PT3, kau pergi mana, menghilangkan diri?" tanya Aina.
"Selangor, and then aku sambung belajar dekat Jepun," jawab Raiqal. Selepas tamat peperiksaan PT3, Raiqal pindah sekolah. Sesiapa pun tidak tahu dia berpindah ke Selangor. Selepas tamat SPM pula, dia melanjutkan pelajaran ke Jepun.
"Ooo," balas Aina.
"Kau pula?" tanya Raiqal pula.
"Aku stay sekolah situ sampai form 5, anda then sambung study dekat universiti dekat-dekat sini aje," jawab Aina.
"Okay la tu. Mana-manapun sama je," balas Raiqal.
"Jom la kita balik offices balik. Dah habis makan dah," kata Aina.
"Okay, jom," balas Raiqal lalu mereka bersama-sama meninggalkan restoran itu.
TEPAT pukul 5 petang, waktu bekerja sudah tamat. Masa untuk pulang ke rumah. Aina mengambil beg tangannya di atas meja lalu keluar dari bilik pejabatnya.
"Kau nak balik dah ke?" tanya Raiqal sewaktu mereka bertembung di hadapan pintu bilik pejabat. Bilik pejabat merekai bersebelahan.
"Ha'ah," jawab Aina.
"Kau balik naik apa?" tanya Raiqal lagi.
"Naik kereta aku la," jawab Aina.
"Ooo, take care. See you tomorrow," kata Raiqal.
"You too. Bye," balas Aina sebelum melangkah keluar dari syarikat itu lalu menuju ke keretanya.
Cepat vote and comment!
YOU ARE READING
Kita Kawan Sampai Kahwin
Любовные романыCOMPLETE Aina Adriana bersahabat baik dengan Raiqal Hakimi sejak zaman persekolahan lagi. Namun semua berubah selepas mereka terpisah selepas tamat persekolahan. Aina melanjutkan pelajaran di tanah air manakala Raiqal melanjutkan pelajaran ke bumi J...