"THANKS," ucap Aina apabila Raiqal telah memberikan kunci bilik kepadanya.
"Bilik kita sebelah-menyebelah. Kalau ada apa-apa, panggil aku," pesan Raiqal.
"Okay," balas Aina.
"Raiqal!" panggil Daliya.
"Apa, Liya?" tanya Raiqal.
"Kunci bilik I mana?" tanya Daliya memandangkan dia tidak terima kunci bilik lagi.
"You sebilik dengan Aina," jawab Raiqal.
"What? Sebilik dengan minah kampung ni?" tanya Daliya sambil menjeling ke arah Aina.
"Suka hati dia je panggil aku minah kampung," kata Aina dalam hati.
"Yes! Bilik lain dah full," jawab Raiqal sebelum meninggalkan Daliya di situ.
Aina sudah menuju ke bilik. Dia malas nak layan minah gedik tu.
Daliya menunjukkan muka yang mencuka. Dia tergedik-gedik berjalan ke bilik yang sama dengan Aina.
DALIYA masuk ke bilik itu. Dia meletakkan bagasinya di tepi katil. Dia terperasan yang Aina memandang ke arahnya
"Kau usya aku kenapa? Tahulah aku ni cantik pun," tanya Daliya kepada Aina sambil melepaskan rambutnya yang telah diikat rapi. Daliya ni free hair, so faham-faham je lah.
"Perasan la kau ni," kata Aina di dalam hati lalu melelapkan matanya. Kepenatan terasa setelah empat jam berada di dalam kereta.
"Kenapa la papa aku suruh kau ikut sekali? Menyemak je," perli Daliya.
Aina tidak melayan Daliya sebaliknya dia buat-buat tidur.
"Tidur lagi best dari dengar kau membebel," kata Aina dalam hati lalu dia melelapkan matanya.
Tiba-tiba telefon pintarnya berbunyi. Satu mesej di whatsapp masuk dari Raiqal. Sememangnya, mereka sudah ada nombor telefon sesama sendiri bagi memudahkan urusan mereka.
Raiqal
Nanti pukul 8 malam, turun tau. Kita pergi dinner. Ajak Liya sekali.Aina
Okay, jumpa dekat lobi.Raiqal
Okay, see you."BAGI la aku mandi dulu. Tak nampak ke aku dah pegang tuala ni," kata Aina melihatkan Daliya berebut-rebut dengannya untuk masuk ke bilik air.
"Aku mandi kejap je," balas Daliya lalu masuk terus ke bilik air dan menutup pintu.
Aina hanya berdiri di situ sahaja. Dia berasa sangat geram dengan Daliya.
Tidak lama kemudian, Daliya keluar dari bilik air. Dia telah habis mandi. Aina pula yang masuk ke dalam bilik air.
"Minah ni mandi ke cuci bilik air? Penuh sabun kot," kata Aina dalam hati melihatkan keadaan bilik air penuh dengan buih sabun.
Aina meletakkan tualanya di belakang pintu bilik air. Tiba-tiba dia terjatuh kerana tergelincir akibat buih sabun yang banyak
Gedebuk! Aina terjatuh.
"Aduh, sakitnya!" kata Aina. Dia sedang terduduk. Kakinya berasa sakit akibat terseliuh.
"Hahaha, padan muka kau," balas Daliya.
"Plan aku berjaya," kata Daliya di dalam hati. Dia sengaja menuang sabun yang dibawanya sendiri untuk kenakan Aina.
"Tolong lah," pinta Aina kepada Daliya.
"Alolo kesiannya, tak ingin aku tolong kau," balas Daliya sebelum dia keluar dari bilik itu. Dia telah pun bersiap untuk keluar.
TERCAPIT-CAPIT Aina berjalan keluar menuju dari bilik yang dia menginap bersama Daliya. Kelihatan Raiqal dan Daliya sedang menunggunya di lobi hotel.
"Sorry, aku lambat," kata Aina sebaik mereka menyedari kehadirannya.
"Sokay," balas Raiqal.
"Bersiap mengalahkan mak datin," sindir Daliya.
Aina hanya mendiamkan dirinya.
"Kaki kau kenapa?" tanya Raiqal apabila melihat Aina berjalan tercapit-capit.
"Aku jatuh bilik air," jawab Aina.
"Macam mana boleh terjatuh?" tanya Raiqal.
"Dia tu tak hati-hati. I dah pesan dekat dia, elok-elok. Bilik air tu lincin sebab sabun tertumpah," jawab Daliya bohong.
"Jom, sebelum makan, kita pergi klinik," ajak Raiqal.
"Tak payahlah, sikit je ni," balas Aina.
Vote and comment tau!
YOU ARE READING
Kita Kawan Sampai Kahwin
RomansaCOMPLETE Aina Adriana bersahabat baik dengan Raiqal Hakimi sejak zaman persekolahan lagi. Namun semua berubah selepas mereka terpisah selepas tamat persekolahan. Aina melanjutkan pelajaran di tanah air manakala Raiqal melanjutkan pelajaran ke bumi J...