AKIRA 1

1.1K 14 2
                                    

Sekarang

Pagi yang indah. Aku selak langsir. Cahaya suria lembut menyapa retina aku yang baru nak berfungsi. Alunan indah kicauan burung bersahut-sahut memuji keagungan Tuhan yang mengarah matahari untuk tunduk patuh, menyingsing ke dada langit.

Aku tersenyum kecil melihat Ah Guan, jiran seberang rumah, mencekak pinggang sambil memerhati penuh sabar anak anjingnya berlari mengelilingi sebatang pokok kelapa liar di depan rumah aku.

Dah jadi rutin harian Ralph, anak anjing yellow Labrador Retriever kesayangan Ah Guan, untuk bertawaf keliling pokok kelapa tu. Aku syak umi tabur pheromone keliling pokok tu. Tapi Ralph betina, walaupun nama dia jantan. Sesuatu betul.

Aku membiarkan mata aku melekat pada kecomelan Ralph bila pintu bilik aku bergendang kuat. Aku memalingkan wajah ke arah pintu bilik.

"Siapa?" Teriak aku.

"Nao ni. Bukalah cepat!" Jerit Naufal sama naik oktaf suaranya. Aku merengus sambil menuju ke pintu sebelum buka sedikit. Mata aku bergerak dari bawah ke atas.

Naufal atau Nao, adik aku, umur dua tahun lebih muda, lengkap berbaju Melayu siap bersampin. Mata aku mendarat pada songkok di kepalanya pula. Amboi, siap berkerongsang.

"Kau apahal pagi-pagi lagi dah datang bangang ni?" Aku menggaru rambut kerinting aku yang mirip Merida dalam kartun Brave. Muka terkejut Naufal aku pandang penuh rasa jengkel.

"Weh kaki, kau minum air ketom he malam tadi?" Soal Naufal dengan mata yang terbuntang luas. Dahi dia berkerut seribu sambil memandang aku atas bawah. Refleks laju tangan aku menyepuk kepala dia sampai tercampak songkok dari kepalanya.

"Sakitlah gila!" Tengking Naufal sambil mengurut kepalanya yang bisa kena penangan aku.

"Siapa suruh panggil Aki kaki?" Tangan kanan aku angkat lagi, niat nak menyepuk kepalanya buat kali kedua membuak-buak.

"Naufal! Apa tu!" Suara umi dari dalam bilik utama menegur. Aku menampal senyuman mengejek sambil menyandar pada jenang pintu. Padan muka. Derhaka lagi dengan kakak kau. Selamba panggil aku gila lagi.

Naufal berdengus marah. "Umi, tengoklah sendiri anak dara kesayangan umi ni!" Laung Naufal berapi. Matanya menjeling aku dengan penuh dendam kesumat.

Hati aku mulai rasa tak sedap. Jarang Naufal berbaju Melayu pagi-pagi buta. Ada acara apa? Aku menelan air liur apabila pintu bilik umi terbuka dan wajah lembut umi berubah bengis.

Sebaik saja mata umi menangkap kelibat aku yang masih berbaju tidur, satu rumah bergegar dengan jeritan suara umi umpama guruh berhalilintar.

"Nur Akira Huriya!!!!"

Satu badan aku menggigil ketakutan. "U-Umi..." Kejung badan aku bila umi melangkah laju menuju ke arah bilik aku yang terletak lebih kurang lima meter dari bilik umi. Lima meter jarak terasa seperti lima sentimeter. Bayangan umi yang sedang menghala ke arah aku umpama trailer yang memecut laju mahu merempuh aku.

Naufal awal-awal dah menjauhkan diri dan melekatkan badan dia ke dinding, tak mahu dirempuh. Umi terus tarik telinga aku, mengheret aku masuk ke dalam bilik tanpa belas ihsan. Naufal di luar dah tergelak sakan.

Namun tawa setannya mati sejurus umi melempar jelingan tajam kepadanya. Aku senyum puas walaupun telinga aku bagai nak tercabut dipulas umi.

"Umi sakit umi sakit sakit sakit.. Happy thoughts umi, happy thoughts!" Rengek aku sambil cuba meloloskan telinga aku dari piatan bisa umi.

"Aki sedar tak dah pukul berapa sekarang?" Mata sepet umi kelihatan besar dan bulat. Petanda umi betul-betul tengah marah. Aku mengerling jam berbentuk nombor yang melekat di dinding.

KITAWhere stories live. Discover now