PINTU rumah dibuka, terlihat rakan-rakan serumahnya sedang menonton televisyen sambil berborak-borak.
"Assalamualaikum," Aina melangkah masuk ke dalam rumah itu lalu menutup kembali pintu rumah lalu dikunci.
"Waalaikumussalam," jawab Emylia dan Nadhirah serentak.
"Best dating? Malam-malam baru nak balik," tanya Emylia.
"Mana ada dating, saje jalan-jalan," jawab Aina.
"Taknak mengaku pula," perli Nadhirah.
"Kita orang kawan je la," balas Aina.
"Ye la tu," kata Nadhirah.
"Aku tengok dia tu handsome juga. Takkan kawan je?" tanya Emylia.
"To be honest, dia crush aku dari zaman sekolah," jawab Aina secara jujur. Dia sememangnya sudah lama menyukai Raiqal dalam diam sejak zaman persekolahan lagi.
"Wow, dari zaman sekolah. Lama tu," balas Nadhirah.
"Dia tau tak kau suka dia?" tanya Emylia lagi.
"Tak," jawab Aina sudah tersenyum.
"Kau try la confess dengan dia," kata Nadhirah pula.
"Malu la," balas Aina.
"Mana la tahu, dia pun suka kau juga," kata Emylia.
"Entah la," balas Aina lagi.
"Kau ingat ni zaman sekolah ke? Nak crush-crush bagai," tanya Nadhirah.
Nadhirah dan Emylia ketawa.
"Aku nak confess tapi malu lah," jawab Aina.
"Confess je la," balas Nadhirah.
"Kalau dia reject aku, macam mana?" tanya Aina.
"Aku tak rasa, dia akan reject kau. Daripada gaya dia, aku rasa dia pun ada hati dekat kau," jawab Emylia.
"Ye ke?' tanya Aina lagi.
"Rasanya, ya," jawab Emylia lagi.
"LAMBATNYA balik, Raiqal," tegur Encik Johari apabila Raiqal melangkah masuk ke dalam rumah.
"Keluar dengan kawan," balas Raiqal lalu melabuhkan punggungnya di sofa.
"Keluar dengan kawan ke keluar dengan girlfriend?" tanya Raisha sambil menonton televisyen.
"Kawan je la. Ada-ada je kau ni, Sha oi," jawab Raiqal.
"Dah ada calon ke, Raiqal?" muncul Puan Farhana dari dapur.
"Calon apa, mama?" tanya Raiqal kepada Puan Farhana.
"Calon kakak ipar untuk Sha la," sampuk Raisha.
"Diam la kau. Kau tu budak bawah umur, sekolah pun tak habis lagi," balas Raiqal sambil menjeling ke arah adiknya.
Raisha hanya ketawa kecil.
"Dah ada ke?" tanya Puan Farhana lagi.
"Hmmm, dalam proses mengenali hati budi," jawab Raiqal.
"Tak lama dah mama dengan papa nak dapat menantu ni," kata Encik Johari.
"Kami still kawan, kenal dari zaman sekolah," balas Raiqal.
"Elok sangat la tu, dah lama kenal," kata Encik Johari lagi.
"Sebenarnya, Raiqal malu la nak jujur dengan dia, kata Raiqal suka dia," luah Raiqal.
"Try la, mana tahu dia pun suka dia," kata Puan Farhana.
"Nanti Raiqal fikirkan," balas Raiqal.
RAIQAL termenung lama di balkoni biliknya. Dia memikirkan tentang perasaannya yang sudah lama memendam perasaan terhadap seorang gadis yang bernama Aina Adriana. Dia menyukai gadis itu sejak pertemuan kali pertama di sekolah yang mereka belajar sewaktu di tingkatan tiga.
"Apa patut aku buat?" soal Raiqal bersendirian.
Dia mengambil telefon pintarnya lalu membuka galeri. Dia melihat gambar Aina yang diambilnya senyap-senyap sewaktu mereka berada di Pulau Pinang tempoh hari. Gambar itu diambil sewaktu mereka melepak di tepi pantai.
"Sebenarnya, aku suka kau," kata Raiqal sambil melihat wajah Aina yang berada di galeri telefon pintarnya.
Raiqal menekan aplikasi WhatsApp lalu menaip mesej kepada seseorang.
Raiqal
Assalamualaikum.Aina
Waalaikumussalam, ada apa?Raiqal
Saja je.
Kau buat apa?Aina
Baring je.Raiqal
Esok kau free tak?Aina
Hmmm esok aku ada hal la.Raiqal
Malam free tak?Aina
FreeRaiqal
Esok pukul 8 malam, aku ambil kau dekat rumah. Siap tau. Kita pergi dinner.Aina
Okay, aku tidur dulu.Raiqal
Good night.Aina
Good night too.Raiqal
Assalamualaikum.Aina
Waalaikumussalam."LAWA-LAWA nak ke mana, Cik Aina," tegur Nadhirah melihatkan Aina mengenakan baju dress berwarna merah dan dipakaikan cover lengan berwarna hitam berserta tudung selendang dililit berwarna hitam.
"Nak pergi date la tu dengan crush," perli Emylia.
Aina hanya tersenyum.
"Kau kena confess dekat dia juga malam ni," kata Nadhirah.
"Aku cuba," balas Aina.
"Jangan sampai terlepas, nanti kau juga gigit jari," perli Emylia.
"Okay," balas Aina.
Bunyi hon kereta telah mengejutkan mereka.
"Tu dah sampai dah Charming Prince kau," kata Nadhirah.
"Okay, aku pergi dulu," balas Aina sambil melangkah keluar dari rumah.
"Good luck, beb," kata Emylia sebelum Aina beredar pergi.
Vote and comment!
YOU ARE READING
Kita Kawan Sampai Kahwin
RomanceCOMPLETE Aina Adriana bersahabat baik dengan Raiqal Hakimi sejak zaman persekolahan lagi. Namun semua berubah selepas mereka terpisah selepas tamat persekolahan. Aina melanjutkan pelajaran di tanah air manakala Raiqal melanjutkan pelajaran ke bumi J...