bab 12 | together

1.6K 106 2
                                    

Cinta Yang Terakhir

Tanpa kita sedari
banyak lagi perkara
yang perlu kita tahu.

💋💋💋



Malam yang sepi. Kedengaran bunyi sengkering yang tengah menyanyi merdu. Tingkap ditutup rapat. Langsing dibuka luas.

Airi termenung seketika bagaimana mahu mendekati suaminya, Haris. Dia menganggap ini adalah cabaran besar pada dirinya. Biar dia merasa macam mana mahu menjadi perempuan didalam hati Haris. Hanya nama dia. Airiana Alysha.

"Payahlah nak fikir tentang tu. Tengok google pun bosan jugak. Aku nak idea aku sendiri." Kata Airi dirinya sendiri.

Airi mendongak ke arah bintang. Cantik! Boleh menghilangkan masalah difikirkan.

"Alysha, kau belum tidur lagi ke?"

Haris menyapa Airi. Airi separuh terkejut. Dia ni kan selalu buat Airi terkejut.

"Belum. Tak ngantuk lagi. Kau pulak? Dah pukul 2 pagi ni." Tanya Airi balik.

Haris melabuhkan punggung di sebelah Airi sambil melihat ke arah bintang.

"Dah tidur dah tadi. Pastu terbangun. Aku nak tidur balik pun dah tak dapat tidur. Ringan rasa mata ni." Ujar Haris senyum.

Pintu bilik Airi terbuka luas sebab tu Haris melihat Airi sedang mengelamun di waktu pagi. Sejujurnya dia mahu spend time dengan Airi. Teringin juga nak bermesra dengan bini.

Airi angguk faham sambil senyum senang hati. Entah mengapa Haris lain macam hari ni. Tadi dia balik lewat pun Haris tak marahkan dia. Sebelum ni Haris ada period pain ke huh?

Airi meneliti wajah milik Haris yang sedang masih menikmati pandangan bintang di langit. Dia mengambil kesempatan nak meneliti wajah Haris.

Permulaan dari kening, kening Haris ni lebih kacak lagi dari Kamal. Mata dia pula berwarna biru laut. Cool! Kalau ada anak ni, confirm muka anak kacak jika ikut muka Haris.

Hey, apa aku merepek ni!? Boleh jadi juga sebab aku kan bini dia. No hal aku dengan dia akan dapat baby, omel hati Airi.

Sambung lagi, bibirnya merah jambu! Kalau dapat kiss dengan dia ni. Terus ke laut.

Haris perasan Airi hanya memerhati wajahnya. Dia menoleh ke tepi lalu mengangkatkan alis kanannya.

"Wah! Handsome!"

Tanpa Airi sedari, dia mengeluarkan suaranya. Terus dia menekup mulut menggunakan dua belah tangannya. Cover malu.

"Erm, memang aku handsome. Puas ke memerhati muka aku ni. Kalau nak sangat..." Haris merapatkan mukanya. Sampai bersentuhan hidung Airi dan Haris.

Pipi Airi membahang. Aduh. Ni dah salah orang. Sepatutnya dia perlu membuat Haris malu bukannya dia. Kenapalah hati dia cair sangat time ni? Dengan Kamal tak pulak melting macam ni.

Airi menjauhkan jarak mukanya dan Haris. Haris tergelak.

"Asal muka kau merah eh? Malu?" Usik Haris.

Airi menggeleng laju. Memang tak ah dia menggaku yang dia 'terpikat' dengan wajah Haris.

Haris membetulkan kedudukannya. " Aku tak sangka pulak kau jadi bini aku. Even though kau ni tunang Kamal. Yang aku suka aku tak perlulah dengar parents aku membebel pasal kahwin. And aku tak perlu cari calon."

"Huh? Pasal tu ke kau nak kahwin? Aku ni ingat Kamal dah putus tunang dengan aku boleh bebas. Tapi tak pun. Lagi-lagi dapat suami yang macam tak kisah sangat pasal aku. Punah harapan nak dapat suami yang aku impikan "

Haris menunjal kepala Airi.

"Ish! Kau dikira untung kau kahwin dengan aku. Rumah ada, kereta ada, kerja ada dan ada full package lagi." Kata Haris bangga. Full package yang dimaksud dia ialah kacak. Hak pui.

Kembang hidung Haris puji diri sendiri.

"Lol. Tapi kasih sayang terhadap bini takda hahahha." Gelak Airi. Tangan dia memeluk bahagian perutnya. Senak rasanya benar sangat gelak.

Reaksi wajah Haris berubah jadi masam. Dia berlarikan pandangan dari Airi.

Airi berhenti gelak. Seram pulak dia tengok wajah Haris berubah menjadi masam.

"Tahu pun diam. Actually aku ni risau kat kau. Suami mana pulak tak risaukan bini sendiri. Tanggungjawab besar tu bagi seorang suami. Kau tu apa tahu pasal tu. Kau nak kasih sayang jekan."

Bahu Haris terasa berat macam ada sesuatu. Dia menoleh ke tepi. Airi tertidur. Senang-senang je eh tidur pastu bahu dia jadi bantal. Ingat apa ke huh?

Tanpa Haris sedari, dia tersenyum manis. Comel je Airi ni. Tak sia-sia dapat bini macam dia ni. Bangga bro!

Haris mengangkat Airi macam gaya bridal gitu. Baru sweet. Dia meletakkan Airi perlahan-lahan di atas katil. Takut terjaga pulak Airi. Nanti dia yang susah nak tidurkan balik Airi. Hahaha budak lagi Airi ni.

Haris mengusap-ngusap ubun-ubun Airi. Dibibirnya senyum lebar. Hati dia berasa lain macam yang tak pernah ada sepanjang hidupnya.

Matanya tertumpu ke arah leher putih Airi. Dalam fikiran dia sudah mahu melakukan sesuatu dekat leher putih. Dia senyum sinis.

Nilah balasan kau kahwin dengan aku! Hohoho.



To be continued

________________________________

Click this 🌟 button and comment.

Love Is Cruel ✔️Where stories live. Discover now