KELIHATAN Raiqal bersut hitam berdiri di tepi kereta sambil menunggu Aina keluar dari rumah. Raiqal berasa tertarik dengan permakaian Aina pada malam itu.
"Cantik kau malam ni," puji Raiqal sambil menjemput Aina masuk ke dalam kereta.
"Kau pun handsome," puji Aina pula.
"Aku memang always handsome," kata Raiqal sebaik sahaja dia masuk ke seat pemandu.
"Perasan lah kau ni," sindir Aina.
"Kita nak ke mana ni?" tanya Aina sebaik sahaja mereka memulakan perjalanan.
"Ada le, surprise," jawab Raiqal.
"Surprise apa pula?" tanya Aina lagi.
"Kau boleh tak jangan banyak tanya? Ikuti je lah," jawab Raiqal.
"Ye la," balas Aina. Dia malas hendak bertekak dengan Raiqal.
"TEMPAT apa ni?" tanya Aina sewaktu mereka tiba di sebuah tempat bersebelahan dengan sebuah restoran yang disediakan sebuah meja dan dua buah kerusi. Di atas meja itu ada lilin.
"Surprise!" kata Raiqal lalu menjemput Aina untuk duduk di sebuah kerusi di situ.
Aina hanya mempamerkan muka pelik.
Raiqal menepuk tangannya lalu ada seorang pekerja restoran itu datang membawa makanan. Semuanya telah ditempah pada petang tadi.
"This for you, miss and this for mr.," kata seorang pekerja restoran itu sambil meletakkan dua Chicken Chop di meja mereka.
"Thank you," ucap Raiqal dan Aina serentak.
Mereka makan bersama-sama sambil berbual-bual kosong.
"Actually, aku ada something nak cakap," kata Raiqal sebaik sahaja mereka habis menikmati kelazatan makanan itu.
"Apa?" tanya Aina sambil menyedut air Fresh Oren.
"Sebenarnya....aku...dah lama...suka kau," jujur Raiqal sambil tergagap-gagap.
"Apa?" tanya Aina. Air yang disedutnya hampir tersembur keluar.
"Ya, aku suka kau dari dulu lagi. Dari zaman sekolah lagi," jawab Raiqal.
"Raiqal," panggil Aina dengan lembut.
"Ya," sahut Raiqal.
"Sebenarnya, aku pun dah lama suka kau," jujur Aina juga.
"Really?" tanya Raiqal. Dia tidak menyangka bahawa Aina turut menyukainya.
"Yes!" jawab Aina.
Raiqal tersenyum lebar. Nampaknya, dia tidak bertepuk sebelah tangan. Dia menepuk tangan lagi sekali. Datang seorang pekerja restoran itu bersama sejambak bunga lalu memberikan kepada Raiqal.
"For you," kata Raiqal sambil menghulurkan pula bunga tersebut kepada Aina.
"For me?" tanya Aina sambil menyambut huluran itu.
"Thank you," balas Aina.
AINA melangkah masuk ke dalam rumahnya setelah Raiqal menghantar pulang. Terasa sangat bahagia apabila secara rasminya mereka menjadi pasangan bercinta.
"Amboi, tersenyum-senyum nampak," perli Emylia sewaktu Aina melangkah masuk ke rumah sambil tersenyum.
"You alls nak tahu tak?" tanya Aina kepada rakan-rakannya sewaktu dia melabuhkan punggungnya di atas sofa.
"Apa?' tanya Nadhirah.
"Dia ajak kau kahwin ke?" tanya Emylia pula.
"Kau ni gelojoh la, Emy. By the way, aku dan Raiqal a.k.a my crush secara rasminya dah couple," jawab Aina sambil tersenyum.
"Serius ke?" tanya Nadhirah.
Aina hanya mengangguk kepalanya.
"Kan aku dah kata, dia suka kau. Kau taknak percaya," kata Emylia.
Aina hanya tersenyum.
"Nampaknya, kawan kita ni dah bahagia. Nad, kita still alone," perli Emylia.
"Ha'ah la Emy. Kita still single mingle tringle," balas Nadhirah.
"Esok lusa, datang la jodoh korang. Tengok-tengok, korang yang kahwin dulu," kata Aina.
Mereka ketawa mendengar apa yang dikatakan oleh Aina.
"AWAK, jom lunch," muncul Raiqal di hadapan pintu bilik pejabat Aina. Sejak mereka bercinta, panggilan pun sudah berubah daripada aku-kau kepada saya-awak.
"Okay, awak," balas Aina sambil mengambil beg tangannya lalu keluar bersama Raiqal.
"Raiqal, jom lunch dengan I," muncul Daliya menghalang laluan mereka untuk berjalan.
"Sorry, I nak pergi lunch dengan Aina," balas Raiqal.
"You ni tak habis-habis dengan minah kampung ni," kata Daliya.
"She is my girlfriend," balas Raiqal.
"What?" tanya Daliya sambil terkejut.
"Aina, jom,," ajak Raiqal. Dia mengedahkan Daliya yang berada di situ.
Aina hanya menurut perintah Raiqal.
"Aina, the game has started!" kata Daliya seorang diri.
Vote and comment!
YOU ARE READING
Kita Kawan Sampai Kahwin
RomansaCOMPLETE Aina Adriana bersahabat baik dengan Raiqal Hakimi sejak zaman persekolahan lagi. Namun semua berubah selepas mereka terpisah selepas tamat persekolahan. Aina melanjutkan pelajaran di tanah air manakala Raiqal melanjutkan pelajaran ke bumi J...