Imbas kembali kejadian di hospital..
Azmirul baring di atas katil dengan keadaan lemah. Ahli keluarganya yang bawa dia ke sini untuk dapatkan rawatan. Keadaan dirinya semakin hari semakin teruk. Azmirul batuk-batuk.
Doktor Faisal masuk ke bilik khas yang abah sedang duduk sekarang. Hanya ada abah seorang sebagai pesakit. Doktor Faisal nampak sebaya dengan abah. Doktor Faisal memang berkawan baik dengan Azmirul.
Doktor Faisal masuk dengan satu sampul coklat yang besar. Wajah Doktor Faisal nampak sedih. Abah mendongak. Kini hanya ada Azmirul dan Doktor Faisal sahaja. Zakiyah keluar kejap isi borang dengan jururawat untuk daftar hospital.
"Kau okay tak ni Mirul? Kau nak sedut oksigen bagitau tau. Aku boleh bagi kat kau. Aku risau dengan keadaan kau sekarang ni.."ujar doktor Faisal risau. Dia berdiri di tepi katil kawannya, Azmirul.
Azmirul pandang kawannya, Faisal. Dia jadi sesak nafas sekejap. Itulah yang buat Azmirul sukar untuk berbual dengan orang.
"Aku okey je Faisal.."balas abah lemah.
"Okey ape Mirul? Kau dah teruk ni tau. Serius kau dah teruk. Kau tak nak sihat ke? Kau tak nak ke hidup bahagia dengan keluarga dan anak-anak kau. Dorang semua perlu kan kau tau."tegas doktor Faisal serius.
"Macam mana aku nak sihat? Aku tak de peluang dah. Peluang untuk aku sihat tu tipis. Aku dah nak mati tau takkk.!!"
Azmirul meraup wajahnya. Dia menangis. Dia sedih. Sakit yang dia hidap sekarang ni memang membawa maut dengan cepat. Doktor Faisal mengeluh. Betul kata kawan baiknya itu, peluang Azmirul untuk sihat adalah sangat tipis. Penyakit yang sudah sampai penghujungnya.
"Tapi...tapi kita boleh rujuk dekat doktor luar negara. Nak? Aku tolong kau dapatkan rawatan luar. Insyallah kau akan sihat."
"Tak pe Faisal. Aku tak nak menyusahkan isteri dan anak-anak aku dah. Kalau dorang perabis duit untuk aku dapatkan rawatan ke luar negara tu, aku tak nak. Kalau aku usaha nak sembuh sedaya upaya pun kalau Allah nak ambil nyawa aku pun aku tetap akan mati. Aku tak nak bagi harapan dekat anak-anak aku. Dorang akan lagi sedih."
Azmirul masih berfikir tentang isteri dan anak-anak nya. Jika keluarganya berabis duit semata-mata untuk sembuhkan dia, sampai ke luar negara yang makan hampir puluhan ribu ringgit untuk menyembuhkan penyakitnya, lebih baik biarkan sahaja keadaannya kini. Duit simpanan isteri dan anak-anak itu lebih baik digunakan untuk masa depan mereka. Jika dah tertulis yang dia akan pergi meninggalkan mereka dalam beberapa hari ini, dia tetap akan mati walau berape banyak wang yang meraka habiskan untuk sembuhkannya. Membazir duit sahaja.
"Tapi kau tak nak ke teruskan hidup dengan isteri dan anak-anak kau? Sakit kau sekarang mungkin teruk tapi tak salah kita ikhtiar cari jalan yang terbaik untuk kau sembuh balik."nasihat doktor Faisal tidak mahu Azmirul patah semangat.
"Aku sayang keluarga aku tapi mungkin dah masanya aku berpisah dengan dorang nanti.."
Azmirul kesat air matanya yang jatuh di pipi. Entah kenapa aku cakap macam ni. Jawapan yang terlintas di fikiran aku lontarkan sahaja. Tapi aku yakin ajal aku mungkin dah dekat sangat dengan aku. Kadang-kadang aku sedih mendengar azan yang berkumandang di rumah. Entah kenapa lepas asar sahaja bahagian pusat terasa berdenyut-denyut.
"Ape kau merepek ni Mirul? Kau kawan aku. Aku pun sebagai kawan, aku tak nak tengok kau terseksa macam ni. Aku tak nak kau tinggalkan aku pun. Sape nak teman aku lepak nanti tengok bola kat kedai mamak. Kau kena sembuh Mirul. Kau lah kawan baik aku dunia akhirat.."ujar doktor Faisal sebak.
Azmirul adalah kawan baiknya sejak dari zaman sekolah rendah. Zaman dorang sekolah kampung lagi. Pergi sekolah naik basikal tua. Panjat pokok buah rambutan sama-sama. Kawan susah dan senang yang mereka bawa sampai lah sekarang. Mereka tetap berjumpa walaupun masing-masing dah hidup senang dan berkeluarga.
YOU ARE READING
BUAH HATI ENCIK BOSS
RomantikKisah percintaan antara encik boss dan staff kesayangan. Daripada bincang pasal kerja melangkah ke perbincangan peribadi. Daripada boss dan staff bertukar suami dan isteri. Mungkin enjoy. Tapi baca je. Cenggini 👍 kalau best. Komen kalau ada silap o...