SELEPAS menghantar Aina pulang ke rumah sewanya, Raiqal pulang kembali ke rumah ibu bapanya. Dia melabuhkan punggungnya di sofa. Kelihatan Puan Farhana dan Encik Johari berbual-bual sambil menonton televisyen.
"Macam mana, mama?" tanya Raiqal kepada Puan Farhana.
"Macam mana, apa?" tanya Puan Farhana pula dengan kehairanan.
"Aina la, lulus tak nak jadi calon bakal menantu mama?" tanya Raiqal lagi.
"Hmm, hujung bulan ni mama hantar rombongan merisik dan terus bertunang," jawab Puan Farhana.
"Seriously, mama?" tanya Raiqal dengan terkejut.
"Yes!" jawab Puan Farhana.
Raiqal tersenyum bahagia.
"Benda yang baik, eloklah kita percepatkan," sampuk Encik Johari.
"Betul tu, papa," jawab Puan Farhana.
"Yes!" kata Raiqal dalam hati.
MAJLIS pertunangan di antara sang jejaka dan si gadis berlangsung dengan meriah sekali di rumah Puan Samsiah. Puan Samsiah sudah sedia maklum dengan kedatangan rombongan meminang itu. Pertunangan itu direstui oleh kedua-dua pihak.
"Anak mak dah bertunang dah," kata Puan Samsiah kepada anaknya. Dia tidak menyangka bahawa anaknya sudah menjadi tunangan orang. Terasa seperti sahaja dia melahirkan anaknya itu, kini anaknya sudah dewasa dan sudah menjadi tunangan orang.
"Ya, mak," balas Aina.
"Mak doakan Aina dan Raiqal berkekalan hingga ke jinjang pelamin dan seterusnya hingga ke akhir hayat," kata Puan Samsiah lagi.
"Insyaallah, mak," balas Aina.
"Tahniah beb," muncul Emylia dan Nadhirah. Mereka dijemput hadir ke majlis pertunangan tersebut.
"Thank you," balas Aina lalu mereka berpelukan.
"Tahniah Aina," muncul Munirah pula.
"Thanks, Munirah," balas Aina lalu dia memeluk Munirah pula. Munirah pula membalas pelukan itu.
"Tak sangka kau bertunang dengan Raiqal," kata Munirah.
"Tu la, dalam diam-diam," muncul Aimar pula.
"Eh Aimar, lama tak jumpa," kata Aina. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan sahabatnya itu.
"Ha'ah, ni pun Raiqal yang jemput. Terkejut juga aku dapat tau korang dah nak berkahwin," balas Aimar. Semalam, Raiqal menghubunginya untuk menjemputnya ke majlis pertunangan mereka. Terkejut juga apabila Raiqal menyatakan bahawa dia akan bertunang dengan Aina, sahabat semasa zaman sekolah mereka.
"Dulu asyik gaduh aje, tengok-tengok sekarang nak kahwin dah kau berdua," kata Munirah mengingatkan Aina dan Raiqal selalu bergaduh sesama zaman sekolah dulu.
"Kalau dah jodoh, tak ke mana," balas Aimar.
"Amboi seronok membawang, nak join sekali," muncul Raiqal.
"Mana ada kita orang membawang, kita orang mencili," balas Aimar.
"Pandai kau sekarang Aimar, layar buruk," kata Aina.
"Korang berdua bila lagi? Sudah seperti pinang dibelah dua," kata Raiqal kepada Aimar dan Munirah.
"Baju dah sedondon," kata Aina pula melihatkan Aimar memakai sehelai t-shirt berwarna biru muda manakala Munirah pula berbaju kurung berwarna biru muda juga.
Munirah dan Ammar saling berpandangan. Pakaian mereka sedondon, sama warna.
"Merepek la korang ni," balas Munirah.
Ammar hanya tersenyum. Ada udang di sebalik batu ke?
DUA bulan sudah Aina dan Raiqal mempunyai hubungan ikatan pertunangan. Aina dan Raiqal sering meluangkan masa berdua. Mereka berjalan-jalan di sebuah taman.
"Aina, saya nak pergi tandas kejap. Awak tunggu sini ye," kata Raiqal. Dia ingin pergi membuang air kecil sekejap.
"Okay," kata Aina sambil melabuhkan punggungnya di sebuah kerusi. Dia melihat Raiqal menuju ke tandas.
"Aina!" muncul seseorang.
"Eh, Khairul. Awak buat apa dekat sini?" tanya Aina.
"Saja jalan-jalan," jawab Khairul.
"Apa kata kita pergi minum? Lama tak jumpa awak," ajak Khairul.
"Saya ada hal sikit, sorry la," jawab Aina. Dia sedang berdating dengan Raiqal.
Muncul Raiqal menyebabkan Khairul rasa tak senang duduk.
"Siapa ni?" tanya Khairul kepada Raiqal.
"Aku tunang Aina," jawab Raiqal. Dia cemburu melihat kemesraan antara Aina dan Khairul sebentar tadi.
"Kalau macam tu, saya gerak dulu. Bye, Aina," balas Khairul lalu beredar dari situ. Dia terkejut apabila mengetahui yang Aina sudah bertunang kerana dia sudah lama memendam rasa suka terhadap Aina.
"Kalau aku tak dapat Aina, orang lain juga tak boleh dapat Aina," kata Khairul dalam hati. Dia sedang merancang sesuatu.
"SIAPA lelaki tadi tu?" tanya Raiqal kepada Aina semasa dalam perjalanan pulang.
"Kawan dekat universiti dulu," jawab Aina.
"Saya taknak awak rapat dengan dia," kata Raiqal.
"Kenapa? Jealous ke?' tanya Aina sambil tersenyum.
"Off course, awak tunang saya," jawab Raiqal.
"Kita orang kawan je la," balas Aina.
"Saya tak suka," kata Raiqal sambil memuncungkan bibirnya.
"Okaylah, saya tak kawan dah dengan dia," balas Aina.
Raiqal mendiamkan dirinya.
"Merajuk la pula, alolo kesiannya dia," kata Aina sambil tersenyum-senyum.
"Mana ada saya merajuk," balas Raiqal.
"Ye ke?" tanya Aina.
"Ye lah. By the way, jom pergi makan and then saya hantar awak balik," jawab Raiqal.
"Okay," balas Aina.
Mereka menuju ke sebuah restoran untuk menikmati makan malam bersama-sama.
Vote and comment!
YOU ARE READING
Kita Kawan Sampai Kahwin
RomansaCOMPLETE Aina Adriana bersahabat baik dengan Raiqal Hakimi sejak zaman persekolahan lagi. Namun semua berubah selepas mereka terpisah selepas tamat persekolahan. Aina melanjutkan pelajaran di tanah air manakala Raiqal melanjutkan pelajaran ke bumi J...