Manakala Yeonjun dan Janet sedang duduk di hujung puncak bukit. Masing-masing berdiam diri dan menikmati udara segar.
“ Yeonjun ” panggil Janet.
“ Ye? ” soal Yeonjun.
“ Kenapa kau orang berlima pindah ke Academy Moa? Korang dari sekolah mana? ” soal Janet.
“ O-ouh. Kita orang berlima sebenarnya sekolah lain-lain kecuali Beomgyu , Taehyun dan Hueningkai yang satu sekolah. Untuk masuk academy Moa kan perlu dalam kumpulan, jadi kami berlima bentuk satu kumpulan dan masuk sekolah ni ” kata Yeonjun sambil melihat kearah Janet yang melihat kearah pemandangan.
Janet mengangguk apabila mendengar cerita Yeonjun. Yeonjun pula tak lepas memandang wajah Janet dari sisi. Cantik. Itu yang terdetik di mindanya manakala jantung sudah berdebar tak tentu arah.
“ Yeonjun! Yeonjun dengar tak apa Janet cakap? ” soal Janet sambil melihat kearah Yeonjun.
“ H-huh? Apa ? ” soal Yeonjun yang baru tersedar dari termenung. Janet mengeluh sebelum menolehkan seluruh badannya kearah lain .
“ Sorrylah tak dengar tadi ” kata Yeonjun.
“ Penatlah cakap ” kata Janet. Yeonjun tersenyum.
“ Lah merajuk ke ? ” soal Yeonjun lalu mengesot mendekati Janet.
“ Janganlah merajuk, kalau kau senyum lagi comel. Cair hati aku ” kata Yeonjun sambil merapatkan jarak antaranya dan Janet.
“ Ish nak marah pun tak jadi ” kata Janet lalu menoleh kearah Yeonjun.
Pandangan mereka saling berpaut. Janet terkejut kerana dia tak menyangkakan jaraknya dan Yeonjun amat rapat sehingga hidung mereka hampir bersentuhan.
Manakala Yeonjun menatap mata Janet dengan penuh perasaan. Dia suka aku macam aku suka dia ataupun tak.. Itu yang terdetik di hati Yeonjun.
“ Ehem! Tepi sikit ” suara seseorang membuatkan Janet dan Yeonjun serentak menjarakkan diri masing-masing.
Tiba-tiba Yeji duduk di ruang antara Yeonjun dan Janet membuatkan Janet tertolak sedkit ke tepi. Janet menjeling 360° sebelum memberi ruang.
Bongoklah Janet kau patut tolak di jatuh ke bawah je. Kata minda Janet. Manakala Yeonjun melihat Yeji.
“ Nak apa? ” soal Yeonjun.
Tanpa menjawab soalan itu Yeji mengeluarkan telefonnya dan mula berselfie dengan Yeonjun. Janet yang sudah tak tahan melihat, terus bangun dan bereda kearah Soobin dan Minjae yang masih duduk di bangku kayu.
“ Mint.. Janet nak join boleh? ” soal Janet.
“ Ah mari duduk sini ” kata Minjae dengan senyuman sambil menepuk ruang kosong di sebelah kirinya kerana sebelah kanannya sudah di duduki oleh Soobin.
YOU ARE READING
❝ acadeмy мoa ❞
Acak❝ acadeмy мoa ❞ [ coмpleтed вυт υnder conѕтrυcтιon ] " ĸιтa вerвeza, ѕeвaв тυ laн ĸιтa lagι ѕpecιal darι yang laιn " © all rιgнт reѕerved ιdea вy @𝓪𝓹𝓻𝓲𝓵𝓫𝓵𝓸𝓼𝓼𝓸𝓶𝓮 [ #PLUTOPROJECT ] ѕтarт: ocтoвer 09 , 2019 end: janυary 15, 2020