BAB 24

5.6K 148 18
                                    

Badan yang lesu di henyak di atas sofa di ruang tamu itu.

Tangan kanannya diletakkan di atas dahi.

Adam menutup matanya.

Sofiea datang menghampiri ke ruang tamu apabila mendengar bunyi disitu tadi.

Sudip masih ditangannya.

Dia sibuk menyiapkan makan malam untuk mereka malam nanti.

"Abangg..okay tak? Dia mengerakkan sedikit tubuh suaminya itu

Namun tiada respon..

"Laa..boleh pulak dia tertidur",

Sofiea menggeleng kepala melihat perangai suaminya itu.

"Penat betul tu..letak je badan terus lena",

Sofi mengomel seorang diri.

Dia menyambung kembali tugasnya yang tergendala sebentar tadi.

Sekejap lagi baru dia mahu mengejutkan suaminya itu.

Tidak sampai hati dia mahu menggerakkan sekarang.

***
Azan maghrib berkumandang dari mana entah.

Adam bangkit perlahan-lahan.

Alangkah terkejutnya melihat isterinya itu tercogok di kerusi berhadapannya saat itu.

"Ya allah..sayangg..terkejut abang..kenapa duduk macam tu..abang ingat apa tadi,"

Adam mengurut dadanya perlahan.

Menunjukkan begitu terkejut la mungkin.

Sofiea tersenyum melihat reaksi suaminya ketika itu.

"Abang penat sangat tak sampai hati sayang nak kejut tadi, tu yang biar tidur tu sedar-sedar dah maghrib",

Sofiea bangun menuju ke arah suaminya.

Rambut suaminya dibelai perlahan.

Adam seronok di belai sebegitu

"Abang mesti penatkan?, takpa abang mandi dulu,solat lepas tu kita makan sama-sama ye..dia meletakkan tangan di leher suaminya pula.

Adam tersenyum mendengar kata-kata isterinya itu.

"Okay abang naik dulu mandi.

Dia tersenyum lalu bangun menuju ke arah tangga

"Sayang taknak solat sekali?

Dia memandang wajah isterinya.

Sofiea menggeleng laju

"Sayang cutii", balas Sofiea perlahan.

Adam yang mendengar tersipu seketika.

"Ouhh..okay-okay..sorry,"

Adam berlalu menuju kebiliknya di tingkat atas.

Sofiea pula berlalu menuju ke dapur ingin menghidangkan makan malam mereka.

Meja makan dipenuhi dengan pelbagai lauk pauk.

Adam mengaru kepalanya yang tidak gatal itu.

Agak terkejut dia melihat hidangan di atas meja itu.

Sofiea datang dengan membawa air

"Sayangg..ada orang nak datang rumah kita ke?

Adam bertanya hairan

"Takde", Sofiea membalas

""Habis tu lauk semua ni sapa nak makan?,

Adam bertanya lagi.

"Kita la", Sofiea membalas laju.

En Doktor VS Cik NurseWhere stories live. Discover now