Cuti akhir tahun bakal berakhir. Maksudnya.....
"Arghhhhh!" Keith menjerit entah kenapa. Mungkin sebab stress tak puas main game atau dia bakal menghadap kerja rumah yang berlambak dari cikgunya. "Keith! Kenapa terjerit-jerit ni?!" Tanya ibunya setelah terkejut mendengar jeritan anak lelakinya dari bilik. Ibu mana yang tak terkejut. Takut pulak terjadi apa-apa kat anak dia tu. "Tak de pape mommy. Ni ha, kalah main ML." Tipu Keith. Wah! Banyak cantik tipu mak sendiri.
Cuti sekolah bakal berakhir. Maksudnya, Keith akan sibuk sepanjang persekolahan. Lagi-lagi dah pindah kat INTERNATIONAL SCHOOL, UK. Pening kan? Ya, memang pening sebab banyak mata pelajaran tambahan kat sekolah sana. Impian Keith memang nak sekolah kat Sekolah Antarabangsa. Tapi dia nak dalam Malaysia. Bukan luar Malaysia. Lagi-lagi kena cakap bahasa inggeris 24 jam. Eh, semua International School kena cakap inggeris. Dia memang pandai. Dia fikir jugak, bahasa inggeris ada banyak jenis. Kalau dia dapat kawan yang tak pandai bahasa inggeris cam mana? Siapa yang boleh jawab soalan KBAT ni?
~*~*~
Perempuan yang lembut, prihatin, baik hati dan banyak lagi aura positif yang ada padanya membuatkan ramai orang tergila-gilakan dia. Lagi-lagi artis antarabangsa.
"Welcome to Malaysia!" Gadis yang bernama Nadira atau lebih dikenali sebagai Ira mengalu-alukan kedatangan Irene. Irene tersenyum. Walaupun Irene berasal dari Korea, dia juga tau percakapan rakyat Malaysia. Irene merupakan salah satu pelajar International School, UK yang mengambil mata pelajaran tambahan BM, BI, Fesyen, Muzik dan banyak lagi terutama bidang bahasa. Dia memilih banyak bahasa sebab nak melancong kat negara orang.
Walaupun cuti tinggal lagi 2 minggu, Irene tetap nak melancong ke Malaysia selama 5 hari bermula hari ni. Dia tak de masalah sebab kawan dia Ira dapat menunjukkan arah. Kira Ira ni GPS lah ye. Selama 3 tahun belajar kat International School, Ira lah yang menjadi peneman setia. Maklumlah, kawan sebilik. "Kita pergi makan dulu. Aku lapar ni." Kata Irene. Ira ketawa. Entah apa yang lawak. Irene harap, sepanjang dia berada di Malaysia, dia dapa belajar keunikkan negara Malaysia walaupun sekejap. 'Masa untuk melancong!'
Hope you enjoy read this story... Love you...
YOU ARE READING
My Destination
RomanceKeith adalah salah seorang pelajar International School, UK. Pada mulanya benci dengan seorang remaja perempuan, kemudian berkawan. Dari kawan menjadi crush. Pelbagai cabaran yang dilalui oleh Keith sebelum dan selepas mendapat cinta hatinya. ad...