Duhai ibu

12 0 0
                                    

Duhai ibu..

Ajarlah anakmu mengenal susah senang hidup ini..

Keselesaan dan kesenangan tidak membantu anakmu membina jatidiri..

Kepayahanlah yang mengajar erti syukur dan sabar..

Hanya orang yang biasa susah faham erti susah..

Mana mungkin anakmu kenal erti susah
tanpa merasai erti susah..

Mana mungkin anakmu kenal erti syukur tanpa melihat apa yang dia miliki itu lebih baik dari orang yang tidak memiliki

Ajarlah anakmu nilai ihsan akal budi yang membentuk peribadi mulia

Ihsan bukan dipura purai..semulajadi ia diwarisi

Agar hidupnya membesar dengan penuh kasih sayang   dan rahmah

Ajarilah anakmu melihat cantiknya hati Bilal bin Rabah yang berkulit hitam seorang hamba abdi

Ajarilah anakmu untuk melihat peribadi mulia Uwais Al Qarni

Ajarilah anakmu untuk melihat yang buruk dan tidak enak dipandangan mata itu ada seribu kebaikan yang terselindung..

Bukan apa yang terlihat indah itu kekal disini

Lihatlah akhir hidupnya yang menanti

Kita bakal pergi...merekalah warisan kita

Bekal amal segunung manapun kita bawa

Rahmat Allah penentu kita disana nanti

Lunaknya hati si ibu bukan kerana nafsu dan duniawi..

Kerana kita tahu dunia ini tempat untuk diuji bukan dipuji

Ajarilah anakmu bagaimana menjadi contoh yang baik..

Jadilah kamu contoh yang terbaik agar dikenang, diingat dan didoakan setelah jasadmu berpisah pergi..

Inilah penutup matlamat akhir hidup insan..apa yang bakal kamu tinggalkan hanyalah.. Sedekah Jariah, Ilmu yang bermanfaat dan doa anak² yang soleh.

Waullahhualam.

L.A✒

#NotaLA

Coretan PenaWhere stories live. Discover now