Pada mulanya kita hanya mengenali nama dan rupa
Tetapi tidak personaliti
Suara juga susah untuk dibezakan
Seterusnya kita menjadi kenalan
Di mana aku menyedari kewujudan kau
Dan kau menyedari kewujudan akuKita saling memerlukan kerana itulah lumrah seorang manusia
Yang tidak dapat hidup bersendirianLalu kita saling berhubung
Bermulalah episod persahabatan kita
Walaupun pada mulanya aku dan kau agak kekok
Walaupun pada mulanya aku sangat pendiam
Dan kau pula sebaliknya
Walaupun pada mulanya aku tidak mahu terlalu bergantung harap kerana aku takut akhirnya aku akan bersendirianTetapi kini hubungan kita semakin erat
Setiap cerita yang kita kongsi
Setiap gelak tawa yang kita hembur
Setiap nasihat yang telah engkau beri
Setiap gurauan dalam bicara
Setiap detik kita luang bersama
Akan kekal menjadi kenangan indah kitaSungguh
Aku tidak sangka hubungan kita akan seakrab ini
Aku tidak pernah berharap agar kau akan sentiasa berada dengankuNamun Allah lebih mengetahui rahsia di sebalik pertemuan kita
Takdir telah menyatukan kita
Begitu juga takdir akan memisahkan kita
Entah bila dan bagaimana
Namun aku berdoa
Agar perkenalan kita menjadi sebuah takdir yang indahMaaf andai aku terguris perasaanmu tanpa sedar
Maaf andai ada perbuatanku yang membuat kau tidak selesa
Terima kasih kerana sudi menerimaku seadanya
YOU ARE READING
diari siswi
Randomkeputusan telah pun muktamad , harapan semoga ianya yang terbaik . maka bermulalah sebuah cacatan hidup baru , penginjakkan fasa baru , meninggalkan gaya hidup lama . Langkah pertama yang penuh dengan debaran dan harapan oleh semua pihak , terutaman...