🌹Readers Pov🌹
Nama dia Jeon Jungkook. Crush aku dari darjah 2 lagi. 9 tahun aku sekelas dengan dia aku tak pernah dengar suaranya walaupun satu suku kata. Riak wajah yang sentiasa tiada perasaan sentiasa menghiasi wajah handsomenya. Dia ni beku sampaikan orang panggil dia 'ice'. Dia ni pendiam. Macam yang aku bagitahu tadi, dia beku macam ice tapi kalau kena caranya, semua boleh cair. Sebagai contoh,
"Hey Jungkook, How's your day?" tegur seorang senior kami. Dia tersenyum lalu mengangguk. Iya itulah kali pertama dan terakhir aku nampak bibirnya mengukirkan senyuman. Itu pun masa darjah 3. Sekarang dah tingkatan 4.
Aku selalu perhatikan dia walaupun dia tak pernah pandang aku sebelah mata pun. Dah nama pun crush. Tak nak dia tahu tapi nak dia notice. 🤷🏻♀️
Dia terlalu pendiam sampai ramai cuba untuk membulinya. Aku hanya menggeleng perlahan dan melaporkannya kepada guru disiplin. Hanya dengan cara ini aku dapat bantu dia.
❤️
Hari ini ada latihan sukan. Aku nampak Jungkook tidak memakai pakaian sukan. Guru sukan kami yang garang kalah singa menyoal Jungkook berkali kali tapi dia tidak menjawab. Sehinggalah guru itu melibaskan rotan ke peha dan betisnya berkali kali sambil berkata,
"Mak ayah kau tak ajar ke cara beradab dengan guru?!"
Saat itu, aku nampak mata Jungkook mulai memerah dan bibirnya diketap. Aku tak sanggup melihat lagi. Aku terus menenangkan guru itu dan tarik Jungkook ke bilik persalinan.
Aku menggeledah loker loker di bilik itu dan menjumpai sepasang baju dan seluar sukan dalam salah satu loker disitu.
"Ni baju Taehyung. Taehyungkan dah pindah so awak pakai jela" ujarku dengan tangan menghulurkan pakaian itu.
Dia senyum dan menunduk hormat kepada aku. Aku faham. Dia nak bagitahu terima kasih.
"It's okay" jawabku dan terus memberi ruang kepadanya untuk menyalin pakaian.
❤️
Sejak daripada hari itu, Jungkook sudah tidak hadir ke sekolah. Hari ini genap 2 minggu dia tak hadir. Aku risau dia ada tertinggal maklumat maklumat yang penting. Aku pun mengambil keputusan untuk ke rumahnya.
Aku menekan loceng rumah yang agak mewah dihadapan aku ini. Muncullah wajah crushku yang seperti baru bangun tidur. Dia jongketkan keningnya tanda 'kenapa datang'.
"Next week exam.. study jom?" ajakku. Dia mengangguk dan membenarkan aku masuk ke rumahnya.
Dia ke dapur menyediakan sedikit minuman dan kudapan untuk kami. Lalu dia duduk di hadapan aku dan menjongketkan lagi keningnya. Ya, aku tetap faham. Dia bertanya 'nak study apa?' dengan bahasanya yang tersendiri.
Aku mengeluarkan buku Math. Dia smirk dan menggeleng. Oh aku lupa. Dia antara pelajar yang bijak juga dalam batch aku. Dia menarik tangan aku ke tingkat atas dan menunjukkan aku playstation. Dia nak aku main dengan dia.
"Saya nak study lah kook.. next week exam.. awak takpelah dah bijak.." kata aku lalu bergerak ke tingkat bawah semula. Dia menarik tangan aku lagi membuatkan aku memandang dia.
"Ambil buku awak duduk atas ni.. saya ajarkan" KATANYA.
Aku terkaku.
"kenapa? Terkejut ice boleh bercakap?" soalnya. Aku menggeleng perlahan. Aku pun ambil buku aku dan duduk disampingnya yang sedang leka bermain playstation.
Dia hanya senyap dan masih bermain sedangkan aku dah bosan. Aku pun cuba bercakap dengannya.
"Kook, omma appa awak mana?" soal aku. Dia terus pause kan gamenya dan memandang aku.
"Dorang dah meninggal sejak aku lahir lagi" jawabnya mudah. Aku nampak dia macam tak selesa dengan soalan aku.
"Maaf" ujarku. Dia menggeleng kepala tanda 'tidak mengapa'.
❤️
Hari berganti hari, aku dan Jungkook semakin rapat. Dia masih beku seperti selalu. Dia hanya bercakap bila perlu dengan aku. Sampailah hari ini, minggu pendidikan muzik.
"Peserta seterusnya.. Jeon Jungkook sila naik ke pentas" kata pengacara majlis itu.
Jungkook sudah sedia di atas pentas..
"Budak ice ni nak menyanyi? Mesti sumbang! Buuuuuu!" semua pelajar membalingkan sampah dan 'buu' ke arah Jungkook.
Aku nampak Jungkook seperti 'down'. Aku pun sebenarnya terkejut dengan penyertaan dia dalam pertandingan nyanyian ini tapi aku fikir logik. Mungkin melalui ni dia boleh melontarkan suaranya?
"SENYAP!" jeritku kepada pelajar pelajar yang 'buu' ke Jungkook.
Muzik mulai kedengaran..
If You - Jungkook✨
Suaranya yang manis amat meremangkan bulu roma kami. Dia sentiasa memandang aku apabila menyanyikan lagu itu.
Sehinggalah lagu bertukar. Jungkook menarik aku ke pentas dan menatap mata aku serta tersenyum senyum sambil menyanyikan lagu Love Maze .
Bila tiba dilirik terakhir..
"It's love maze.."
Dia mengucup tangan aku lalu menarik kedua dua tangan aku memandangnya.
"Terima kasih sebab hadir dalam hidup saya. You make me begin" ujarnya dengan tersenyum ikhlas.
Aku mengangguk. Jungkook melutut dihadapan aku sambil menunjukkan sebentuk cincin mutiara yang terukir tulisan 'JK' disitu. Aku melihat wajahnya.
"JK means Jungkook.. saya nak awak pakai cincin ni dan bermakna saya awak punya dan saya memakai cincin nama awak bermakna awak saya punya.. Will you..?" ujarnya dengan penuh ikhlas.
Aku dengar ramai sedang bersorak untuk aku menerima Jungkook.
"Cepatlah! Saya dah tak tahan malu dah ni!!" kata Jungkook dengan tersengih bunny.
"Yes" jawabku. Semua pelajar bersorak dan Jungkook menyarungkan cincin itu ke jari manisku lalu mengucupnya.
"You're mine"
🌹The End🌹
Vote and comment ye😉
YOU ARE READING
[ONESHOT] Love Story | BTS
FanfictionJust for ARMY, our Love Story - BTS♡ [ONE STORY for ONE CHAPTER]