02

13 0 0
                                    

Hyera telah bersiap siap untuk turun ke bawah. Tidak lama kemudian, Hyera mengorak langkah turun ke ruang tamu. Sampai sahaja di ruang tamu, Hyera berniat untuk duduk di sofa.

Tetapi niatnya terbatal. Loceng pintu berbunyi menandakan ada tetamu datang. "Hyera, pergi buka pintu. Mana tahu tetamu kita dah sampai" omma Hyera menyuruhnya membuka pintu. "nae omma" laung Hyera. Lalu Hyera pun pergi ke arah pintu dan membuka pintu.

Ternyata tetamu mereka telah sampai. Kelihatan seorang lelaki dan wanita sedang berdiri di muka pintu. "anneyong ahjumma. Anneyong ahjussi" sapa Hyera ramah. "jemputlah masuk" Hyera menjemput tetamunya itu masuk.

Terlihat seorang lelaki mengikut kedua orang tua itu masuk ke dalam rumah. Hyera hanya memerhatikan sahaja. Dia seakan akan mengenali lelaki tersebut. Dia cuba ingat, tetapi fikirannya serabut dan tidak dapat mengingat. Dia hanya mengabaikan sahaja.

"ahjumma duduk lah dulu. Hyera nak panggil omma kejap" pamit Hyera. Sampai sahaja di dapur, Hyera terus ke arah ommanya. "omma, tetamu dah sampai" beritahu Hyera. "yelah. Omma nk layan tetamu kejap. Kamu hidangkan makanan ni dekat meja makan eah?"   "nae omma". Omma terus pergi ke ruang tamu.

"eh puan jeon dah sampai. Maaf lambat keluar."  kata pn. Kim sambil duduk di sebelah en. Kim. "eh tak apa lah. Kami pun baru sampai"    " eh, jom lah makan makan dulu. Saya ada sediakan sedikit makanan." ajak pn. Kim

"hmm, jom lah. Sambil sambil tu boleh lah kita bincang sekali." "hmm, betul tu" mereka pun terus berjalan ke meja makan. Mereka makan malam bersama.

Semasa sedang makan mereka hanya senyap sahaja menikmati makanan tersebut. "yeobo, awak cakap lah" kata pn. Kim kepada en. Kim. "eh, saya pulak" bantah en. Kim. "yelah, awak kan ketua keluarga". "yelah" en. Kim mengalah.

"Hyera, appa nk kamu kahwin dengan dengan Wonwoo hujung bulan ni" en. Kim memulakan bicara. Hyera tersedak. "bwo?!  Tapi appa...." belum sempat Hyera menghabiskan katanya, appa nya telah memotong katanya.

"tak de tapi tapi. Keputusan appa muktamad"   "nae" Hyera hanya mengalah.
Hyera memandang ke arah Wonu. Wonu smirk ke arah Hyera. Hyera yang melihatnya sudah seram sejuk. Tetapi dia buat buat tidak nampak dan teruskan makan.

Tundukkan playboy ituWhere stories live. Discover now