Hari ini aku bangun agak awal daripada biasa.Kalau tidak disebabkan pagi itu aku ada presentation pada kelas Miss Nandini memang tak ada maknanya aku nak bangun awal.Pada pagi itu, aku hanya mengenakan jeans berwarna biru kehitaman dan dipadankan dengan baju jaket kulit yang memang mengikut potongan badan aku.Aku menyisir rambut aku yang panjang beralun dengan menggunakan jari. Seperti biasa solekan aku tidak tebal seperti make-up Si Mayat Hidup tu a.k.a Lianna.
Selepas berpuas hati dengan penampilan diri,aku mencapai telefon dan beg untuk keluar turun ke tingkat bawah.
Semasa aku turun untuk ke tingkat bawah aku terdengar bahagian ruang makan yang agak sedikit riuh dengan suara gelak ketawa.Pelik...Ada orang datang rumah ke? Jarang tetamu atau kawan-kawan mama atau papa berkunjung ke rumah pada waktu pagi.Aku meneruskan perjalanan aku pergi ke ruang makan. Apabila aku sudah tiba di ruang makan, semua mata memandang ke arah aku.Aku dapat lihat ada seorang lelaki muda yang merupakan tetamu keluarga aku pada pagi itu.Aku memang lansung tidak mengenali lelaki tersebut.Rupa parasnya agak kacak dan kelihatan lembut bak kata orang sejuk mata memandang.
Papa yang melihat aku agak kekok di hadapan tetamunya itu terus bersuara.
"Morning, Rin.Kenalkan ini driver baru kita yang akan jemput dan hantar Rin ke kolej.Tapi,sementara Pak Mat cuti ni Luqman pun akan jadi driver papa.But don't worry,sebab papa dah bagi jadual waktu balik Rin.Nanti tak adalah serabut sangat Luqman yang mana satu dia perlu jemput dan hantar.Luq, apa-apa pun awak utamakan untuk jemput dan hantar anak saya dulu ya," kata papa.
"Okay uncle.Don't worry.Saya akan patuhi arahan." Balas Luqman sambil tersenyum manis.
Terserlah dua lesung pipit di wajah Luqman apabila tersenyum.Aku agak terpana melihat wajah lelaki yang bernama Luqman.Wajahnya tidak seperti lelaki yang sering menghimpit dan mengejar aku.Boleh dikatakan wajah Luqman bersih dan nampak macam orang baik.
Pelik betul aku.Luqman si driver baru boleh makan bersama-sama keluarga aku pada pagi itu .Pak Mat pun tidak sebegitu.Dahlah tu, Luqman panggil papa aku pun uncle bukan boss atau tuan.Apa yang menarik sangat si Luqman tu sehingga keluarga aku melayannya dengan baik seperti ahli keluarga.
"Dahlah Rin.Makanlah, apa yang duk menung lagi tu.Tahulah dapat driver hensem.Tak payah sampai angau macam tu sekali," usik abang.
Aku menghadiahkan abang jelingan yang tajam.Hek eleh ingat aku nak sangat ke mamat kampung macam tu.Makin riuh ruang makan itu dengan ketawa keluarga aku apabila abang mengusik aku.
"Please heh,not my taste okay," balas aku sambil duduk di sebelah mama dan berhadapan dengan Luqman.
"Tengok pa, jual mahal." Kata abang lagi.
Aku hanya buat tidak endah dengan usikan abang walaupun hati aku panas apabila usikan abang mengundang ketawa keluarga aku.Entah apa yang lawak pun tak tahulah.
"Rin makan cepat sikit.Nanti kesian dekat Luqman tunggu lama," ujar mama.
Pada masa itu, Luqman sudah keluar ke garaj kereta bersama abang.Aku yang mendengar kata-kata mama mula panas hati.Apahal semua orang dalam rumah ini baik dengan mamat tu?
"Hish mama ni.Suka hati Rinlah.Lagi pun Rin baru je duduk nak breakfast.Dia tu pekerja buatlah cara nak kerja ni macam pekerja kaki kipas je.Lagi pun dia tu makan gaji dengan kita kenalah ikut arahan kita."
Mama menggeleng kepala mendengar jawapan aku.Tiba-tiba aku ditampar perlahan oleh mama di lengan.
"Apa ni mama.Rin tengah makankan.Takkan pasal mamat kampung tu pun mama nak pukul Rin.Betullah cakap Rin tadi." Kata aku sambil menggosok lengan yang dipukul oleh mama.
YOU ARE READING
Suami Aku Mr.Tarbiah[On Going]
RomanceCover by @theAisyah_ Hanna Rianna ialah seorang gadis yang sempurna dari segi rupa paras malah harta.Namun tidak semua manusia dalam dunia ini sempurna.Begitu juga Hanna Rianna, meskipun kaya rupa dan harta, tak dapat dinafikan bahawa dirinya yang m...